Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 8 Mac 2009

Cintai Nabi - Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor 1430H

Salam semua bloggers,

Dijemput beramai2 memeriahkan sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor 1430H/ 2009 di Stadium Melawati Shah Alam. Perarakan bermula jam 8 pagi dari Stadium Mini Shah Alam (bersebelahan KFC Drive Through Seksyen 13) ke Stadium Melawati Shah Alam diketuai oleh YAB Menteri Besar Selangor.

Tentatif program adalah seperti berikut:-

6.45 am - Ketibaan kontijen-kontijen

7.30 am - Kontijen mengambil tempat

8.00 am - Perarakan bermula dari Stadium Mini Seksyen 13 Shah Alam

8.30 am - Kontijen perarakan dan orang ramai tiba serta berkumpul di Stadium Melawati S.Alam

9.30 am - Keberangkatan Tiba DYMM Sultan Selangor

- Lagu Negeri Selangor

- Bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran

- Sembah Ucapan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor 1430H/2009M

- Titah Ucapan DYMM Sultan Selangor

- Persembahan Khas Maulidurrasul

- Pengumumam Anugerah Maulidurrasul 1430H/2009M

- Penyampaian Anugerah Maulidurrasul, Kontijen Terbaik dan Sepanduk Terbaik

- Bacaan Doa oleh SS Mufti Diraja Selangor

- Keberangkatan DYMM Sultan meninggalkan majlis

- Lagu Negeri Selangor

- Santapan/ Jamuan

- Keberangkatan Pulang DYMM Sultan Selangor

- Bersurai

Jom datang ramai-ramai memeriahkan sambutan sambil berselawat ke atas Nabi kita, junjungan mulia, Muhammad SAW. Jumpa di sana!!

2 ulasan:

sirNik berkata...

salam..ziarah..

ramai2 ke satdium mini shah alam..moga kehadiran anda mendapat rahmat daripada Allah swt..insyallah

nurhanisalwa berkata...

Sir Nik,

Mudah2an kita semua mendapat rahmat dari Allah swt.:)