Semalam saya dijemput sebagai panel untuk Bengkel Pemurnian Peraturan-Peraturan Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor di Pusat Kegiatan Guru yang terletak di bekas bangunan lama Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, Kg Jawa Kelang. Sebenarnya, Bengkel tersebut telahpun bermula sejak hari Isnin 23 Mac 2009, dan berakhir semalam, tetapi disebabkan kesibukan dengan tugas-tugas pejabat dan menyelesaikan permohonan pengisytiharan peguam syarie, saya hanya berkesempatan menghadiri bengkel tersebut pada hari yang terakhir.
Apapun, selain daripada sesi semakan dan cadangan pindaan ke atas beberapa peraturan yang dikemukakan oleh pihak urusetia (daripada Bahagian Pendidikan JAIS), perasaan saya menghadiri bengkel kali ini berbeza dengan bengkel semakan lain yang sebelum ini saya hadiri. Ia seolah mengimbau kembali kenangan semasa saya di Tingkatan 2 sehingga 5 (sempat ambil Tingkatan 6 Bawah sekejap sementara tunggu offer dari Universiti) di bangunan tersebut yang dulunya merupakan sebuah sekolah agama yang mashyur di Negeri Selangor. Selepas 13 tahun saya kembali semula ke sekolah ini, sekolah dah berubah, saya pun dah berubah, dengan portfolio yang berbeza dan pemikiran yang berbeza. Dulu sebagai pelajar yang perlu dibimbing dan dididik, sekarang sebagai panel yang memberi bimbingan pula kepada pegawai dan kakitangan Bahagian Pendidikan Islam JAIS, yang sebahagiannya merupakan bekas guru-guru saya dulu semasa di sekolah ini. Pelik juga, tapi itulah aturan hidup yang Allah tentukan, dulunya kita di bawah, perlukan sokongan dan bantuan, sekarang kita pula di atas, dan tak mungkin satu hari nanti kita berada di bawah semula. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui atas setiap sesuatu yang berlaku.
Oleh kerana itulah, Islam amat menitik-beratkan soal perpaduan dan ukhuwah islamiyyah di kalangan umatnya, sehingga terdapat satu hadis Nabi SAW yang menyatakan mafhumnya; "tidak beriman seseorang itu melainkan dia mengasihi saudara seislamnya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri". Justeru, marilah kita hidup secara harmoni dan tolong menolong di kalangan saudara seislam, kerana mungkin sekarang mereka perlu bantuan kita, akan datang kita pula yang meminta bantuan daripada mereka. Hanya Allah yang tahu kita di mana esok, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan seterusnya. Tambahkan iman dan amalan, mudah-mudahan selepas kita mati, kita tahu kita di mana.. Wallahua'lam..
Bangunan yang menempatkan bilik perbincangan kami dulunya adalah Blok Asrama A dan B. Sekarang jadi bilik mesyuarat dan bilik-bilik bengkel.
Dulu kat sini ada dorm (bilik asrama), tapi sekarang dah jadi bilik mesyuarat.
Ini kawasan di hadapan bilik mesyuarat. Dulu ada kolah mandi besar kat sini. (Kami mandi berjemaah) (hehehe). Sekali tu, tengah mandi, ada pengawas datang, minta nama dan no bilik, sebab time tu orang lain tengah berdiri dalam perhimpunan, kami dok mandi lagi.. wa kenabeb! Lambat gi sekolah rupanya.. Time kena tangkap tu, Form 4, honeymoon year maaa..
Dulu kat sini ada dorm (bilik asrama), tapi sekarang dah jadi bilik mesyuarat.
Ini kawasan di hadapan bilik mesyuarat. Dulu ada kolah mandi besar kat sini. (Kami mandi berjemaah) (hehehe). Sekali tu, tengah mandi, ada pengawas datang, minta nama dan no bilik, sebab time tu orang lain tengah berdiri dalam perhimpunan, kami dok mandi lagi.. wa kenabeb! Lambat gi sekolah rupanya.. Time kena tangkap tu, Form 4, honeymoon year maaa..
Ni pula dulu Blok Asrama C dan D. Time sekolah dulu, kat tempat ada tong biru tu, rumah warden kami. Namanya Ustazah Rubiah. Banyak kenangan manis kena marah dengan warden (sebab nakal!), harap-harap beliau ampunkanlah dosa dan kesilapan kami kat dia.
Ni dulu tempat saya layan training ping-pong dengan kawan-kawan. Time minggu periksa, tengah study, bila tension dan mengantuk jer, layan la dua tiga round, sampai dua tiga pagi pun ok.. hehehe.. Apapun, kat sini la saya start mengenali sukan ping-pong dan terus minat sampai hari ini... Sekarang jadi tempat makan penceramah..
Dewan makan, tetap juga jadi dewan makan... Yang ni tak berubah.. Maintain.. Cuma dulu kami makan di atas. Kat bawah budak lelaki.
Sajer la tangkap gambar koridor ni. Dulu pernah la pusing dan gayut2 kat tiang2 koridor ni, bila cikgu lambat masuk.. kat kelas (pintu oren) tu, dulu kelas tingkatan 5 saya.
Dulu pernah belajar di bangunan lama ini. sekejap, masa kelas Tingkatan 6 Bawah. Bangunan ni betul2 sebelah kubur. Memang pahala banyak lah sebab hari2 ingat mati.. hehehe.. Sekarang tak tau jadi apa, sebab nampak macam dah uzur dan tak digunakan.
Dulu Sekolah Agama Menengah Tinggi Hishamuddin, sekarang sekolah rendah agama. Dulu kelas masa Tingkatan 2 dan 3 saya di Tingkat 2 bangunan ini. Sebab tu agak slim time tu! Hari-hari exersice.. Haha!
Antara aksi pelajar-pelajar lelaki yang sempat dirakamkan. Semoga kelak kau jadi pejuang agama yang sentiasa berjuang untuk agama Islam, bangsa dan negara...
Suasana di dalam bilik bengkel kami. Cik Nurul, kakitangan Bahagian Pendidikan Islam yang sangat komited menaip semua cadangan pindaan kami. Di tempat beliau duduk, dulunya tempat meja dan kerusi saya di dalam kelas Tingkatan 5. Duduk depan sekali. Betul2 depan meja guru. Selalu kena sound sebab suka tidur dalam kelas. Pernah kena denda berdiri oleh guru subjek Bahasa Arab Tinggi dan Komunikasi sebab tidur dalam kelas. Memang dia marah betul waktu tu. Nasib baik tak ada rotan, kalau tak tentu berbirat2 kami dibuatnya. Kami sekelas minta maaf selepas kelas. Yang ajaib, saya dapat A1 untuk kedua-dua subjek tersebut!! Mungkin saya terlalu insaf lepas peristiwa tu, jadi belajar sungguh2.. heheheh.. (mustahil!) Anyway, terima kasih Ustazah!!
Sebahagian panel-panel yang dijemput, dua daripada bahagian Undang-Undang MAIS, seorang daripada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri. Bebaju hitam, pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam JAIS.
13 ulasan:
itulah dunia, dulu belajar sekarang mengajar, dulu kita lihat orang dimandikan, satu hari nanti pasti kita juga akan dimandikan. Apakah telah bersedia, itulah persoalannya. Selamat berjuang..
Ustaz Amin,
Agree with you.. Insyaallah, pesanan tu saya ingat sampai saya dimandikan..
huhu...dulu waktu hujung tahun 2008 kt ada wat seminar kat sekolah tu k.hani. seminar SPICES untuk guru-guru..bl k.hani letak gambr2 teringt waktu berkampung kat sekolah tu 2 hari..
Salam Hani.
Terkenang masa dulu,
begitulah masa bergerak setiap detik, jika dilihat masa terdekat tidak ketara perubahannya tetapi, sekiranya dilihat jarak masa yang jauh perbezaannya mengkagumkan.
demikianlah juga musafir kita di dunia ini, setiap saat menuju ke destinasinya.
semoga kita sampai dalam keadaan selamat.
salam,
sejuk hati guru-guru yang mendidik NurSalwani kerana telah menjadi seorang yang berjaya dan dapat menyumbang kembali kepada masayarakt.
Kak hani,
Good luck untuk bola tampar..:)Dari Izzah
To Fatahiyyah,
Tak pernah jumpa di sekolah tu, tapi kita jumpa di alam maya.. hehehe.. itulah taqdir Allah..:)
Pak Ngah,
Mudah-mudahan penghujung jalan kehidupan kita, berakhir dengan kemanisan syurga dan kegembiraan..
To Dr Sam,
Pembetulan, ejaan nama saya, yang sebenarnya, Nurhani Salwa, tetiba Dr Sam bagi nama baru plak..:) Mudah2an saya terus dapat menyumbang untuk masyarakat..:)
opsi...minta maaf lah ye Nurhani Salwa. laju sangat menaip sampai tersasyul.
bes kan g skolah lama.bila aku nk dpt peluang cmtu?cantik dh ko nye blog skrg.nnt aja kita plak ek???
Nor Ina Saleha jamaluddin,
Heee.. Bila2 pun boleh.. janji bayar upahnya.. huahhuah..
kenangan manis membawa sesuatu kemanisan dan kenagan pahit tak bererti pahit untuk selama2nya,sesungguhnya itu hanya pengalam hidup yang nyata,yang mesti di harungi oleh setiap khalifah di bumi allah dan kenangan hanya tinggal kenangan untuk di bawa ditelan kehidupan masa
Catat Ulasan