Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 24 Mac 2009

Diari - Adab dan Etika

Salam semua,

Hari ini saya sepatutnya berada di Bengkel Pemurniaan Kaedah-kaedah Sekolah Islam Negeri Selangor, tetapi disebabkan perlu ke Mahkamah Tinggi untuk memfailkan permohonan pengisytiharan peguam Syarie Negeri Selangor, saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut. Saya memandu sendirian ke bangunan Mahkamah yang terletak lebih kurang dua km dari pejabat saya. Disebabkan hujan lebat, ramai peguam-peguam syarie berebut-rebut meletakkan kereta masing-masing di parking space mahkamah, (yang sememangnya sempit kerana terpaksa berkongsi dengan Mahkamah Tinggi Sivil). Yang lebih teruk apabila para peguam dan orang ramai yang menghadiri mahkamah meletakkan kereta masing-masing ikut suka, menyekat laluan keluar masuk ke parking, mem'block' kereta dengan 'double parking'. Saya yang pada mulanya berhasrat untuk mencari tempat letak kereta, setelah dua kali berpusing-pusing di sekitar kawasan parking tersebut, saya bertukar fikiran dan terus menelefon seorang kakitangan di Bahagian saya untuk menemani saya, supaya beliau boleh menunggu di kereta dan saya menjalankan urusan di Mahkamah Syariah. Saya sempat melihat dua tiga orang pelanggan Mahkamah yang tidak dapat keluar dairipada kawasan letak kereta kerana kereta mereka dihalang oleh kereta lain.

Apa yang bermain di fikiran saya adalah, walaupun seseorang itu diajar dengan etika dan adab sebagai seorang peguam, tidak semestinya dia seorang yang beradab dan beretika dalam meletak kereta. Walaupun mungkin perkara ini remeh bagi sebahagian orang, its really had an impact on me. Untung pada waktu itu tidak ada kecemasan atau kemalangan yang berlaku. Bagaimana jika ada orang tercedera, atau orang yang keretanya disekat mempunyai kecemasan yang memerlukan beliau segera beredar? Pernah sekali saya mempunyai kes di Mahkamah dan telah meminta pemandu menghantar saya ke Mahkamah. Sebelum itu, saya telah berjanji dengan saksi saya, (seorang yang sangat menepati waktu) untuk mengambil beliau pada jam 10 pagi di rumahnya. Malangnya, kereta jabatan saya disekat oleh seorang yang tidak beretika dan beradab, yang menyebabkan pemandu saya terpaksa berkejar ke Unit Informasi untuk membuat pengumuman. Lebih kurang 20 minit selepas itu, barulah pemandu kereta berkenaan mengalih keretanya. Lebih mendukacitakan (dan menyebabkan hati terbakar) tak ada inisiatif pemandu itu untuk meminta maaf! Lebih teruk lagi, saya dimarahi oleh saksi saya yang terus memadamkan telefon bimbitnya kerana lama menunggu.

Apapun, kalau nak menyalahkan pihak peguam dan pengunjung yang meletakkan kereta masing-masing secara tak senonoh seratus peratus pun tak boleh, kerana saya difahamkan bangunan Mahkamah tersebut dalam proses renovation, dan sebahagian parking spacenya ditutup untuk kerja-kerja pembaikan. Bangunan baru untuk Mahkamah Syariah sedang dalam pembinaan. Berkemungkinan mereka sudah terlewat disebabkan kesesakan lalulintas ( hujan lebat) dan takut kes kena buang sebab lambat, depa pun park ikut suka.. Park at your own risk betul! Tapi saya tetap merasakan adalah tidak wajar untuk parking ikut suka, kerana seingat saya, banyak ruang meletak kereta disediakan oleh pihak yang berwajib, cuma kemungkinan disebabkan jarak yang agak jauh dengan Mahkamah, tidak ramai pengunjung Mahkamah yang meletak kereta mereka di situ.

Moralnya, walaupun mungkin kita merasakan kesilapan kita hanya kecil, kemungkinan ia memberi kesan yang besar pada orang lain. Perkara yang kita pandang kecil berkemungkinan dianggap besar dan sulit pada orang lain. Belajarlah menjadi insan yang lebih beradab dan beretika. Don't be selfish. Do think about other person as well. Berakhlaklah seperti akhlak Islam. Mudah-mudahan apabila kita memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita. Wallahua'lam..

8 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

"Saya paling takut apabila memandu ketika hujan lebat terutamanya di lebuhraya, siapakah orangnya yang paling ditakuti, tentulah orang itu ialah pemandu bodoh dan dengu yang memandu laju ketika hujan lebat. he he he bahasa kasar tu, di mana kasarnya, memandu laju ketika hujan lebat itu lagi kasar dan ........."
Demikian petikan satu perenggan daripada entri Pak Ngah yang telah diposkan atau dikeluarkan pada Januari yang telah lalu.
Inilah yang Pak Ngah pernah sebut di dalam entri-entri yang telah lalu Iaitu ilmu sekadar dihujung lidah dan tidak melanton keluar ke alam realiti atau tidak melibatkan psaikomotor dan penghayatan atau tidak mampu membuat rasional.
Semua orang ada kelemahan tetapi apa yang diceritakan oleh Hani itu bukan lagi menggambarkan kelemahan biasa. malah kepentingan diri yang langsung tidak menghiraukan kesusahan orang lain akibat perbuatannya.

Cikgu Nan berkata...

Sabar je la...
Nabi menghadapi karenah manusia yang lebih dahsyat daripada tu..
Ya jadikanlah aku orang yang benar-benar sabar. Aminnn

Cikgu Nan berkata...

opsss... lupalah..
dah kunjungi blog saya belum?

Hunny berkata...

Yer lah Pak Ngah,

Selfish betul depa ni. Kalau ada emergency, ambulan pun tak lepas lalu kat situ. Cepatlah siap Mahkamah baru.. tak yah drive, jalan kaki jer.. :)

Hunny berkata...

Cikgu Nan,

Betullah. Terima kasih atas pesanan tu.. Tapi geram masih lagi ada, sebab masa banyak terbuang. Urusan 5 minit jadi 1 jam, sebab isu parking! Anyway, saya dah cuba ke blog Cikgu, tapi tak dapat access. Why?

Hunny berkata...

Cikgu Nan,

Please give me your blog add. Tq :)

Ustaz Amin berkata...

Di Malaysia musim sudah tak bermusih. Sama macam sini. Masih hujan. Itu tanda dunia telah tua. Kita bagaimana? Mmm, urusan peguam dah selesai ke?..

Hunny berkata...

Salam Ustaz,

Memang dunia dah tua.. kita pun makin tua.. harap2nya tua2 berisi.. dengan bekalan amal dan iman. Urusan peguam saya dah selesai. Ustaznyer nanti jangan lupa sediakan gambar 2 keping, salinan IC, surat beranak, afidavit penampalan (ada kat saya), surat pemberitahuan daripada Mahkamah pasal penerimaan sebagai peguam, wakalah peguam syarie (kena lantik peguam untuk bercakap bagi pihak kita), kena failkan sebelum 7.4.2009. Balik nanti, jangan lupa ole2 untuk saya. Susah nak tinggal komen dalam blog ustaz. Ada penjaga blog yang tak respek orang lain dan suka cari pasal..