Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 2 Mac 2009

Diari - Konsert Maulidurrasul

Salam semua,

Pada 28hb Februari yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Konsert Maulidurrasul yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam. Konsert ini disertai oleh artis-artis popular negara seperti Mawi, Datuk Hajah Siti Nurhaliza, Dato Ustazah Siti Nurbayah, Ustaz Akil Hayy, Amy Search dan Kumpulan Rabbani. Alunan nasyid dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah saw berkumandang di seluruh penjuru stadium Malawati. Insyaallah, kalau ada kesempatan, saya kongsikan gambar2 konsert. Apapun, yang paling terkesan di hati saya adalah persembahan Dato Ustazah Norbayah yang penuh penghayatan tatkala menceritakan saat-saat Nabi wafat sungguh menyayat hati. Hadirin menitiskan airmata membayangkan saat Nabi menghadapi sakaratul maut, Baginda masih mengingati umatnya dengan menyatakan "ummati, ummati" sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Betapa sayangnya Nabi pada kita, betapa cintanya Nabi pada kita, sehinggakan sebelum nyawanya dicabut, Baginda masih menyebut-nyebut nama kita. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita mencintai Nabi kita? Adakah kita sebut-sebut namanya? Adakah kita amalkan Sunnahnya? Adakah kita contohi akhlaknya?

Kalau belum, ayuh sama-sama berselawat ke atas Baginda, amalkan Sunnahnya, contohi akhlaknya, dan buat apa yang diperintah Allah dan jauhi laranganNya, seperti mana dibuat oleh Nabi kita. Mudah-mudahan kita mendapat syafaatnya di akhirat.

Tiada ulasan: