Tiada apa nak ku coretkan hari ini. Cuma nak meluahkan rasa syukur pada Allah swt yang telah mengurniakan nikmat yang banyak dan tidak ternilai kepadaku. Terima kasih Allah atas semua nikmatMu.. Alhamdulillah... Paling aku bersyukur, kerana masih dapat bernafas, berfikir untuk menghadapi hari esok. Syukurnya aku hidup dalam negara yang aman, syukurnya aku dilahirkan Islam, agama yang Kau redhai.. Syukurnya aku masih punya sekujur tubuh yang lengkap anggotanya untuk ku beribadat. Syukurnya aku dapat merasai limpahan kasih dan sayang keluarga, emak, ayah, abang, kakak, adik.. tidak seperti anak yatim, tidak berbapa, atau piatu, tidak berayah beribu. Syukurnya ada otak untuk ku berfikir menyelesaikan masalah. Syukurnya ada dahi untuk ku sujud di bumi dan menghambakan diri padaMu, syukurnya ku punya suara bisa ku lagukan dengan zikir dan tahmid memujiMu, syukurnya ku punya sahabat-sahabat yang sudi membantu di kala kesusahan, punya keluarga yang berkasih-sayang, punya hati dan perasaan untuk mencintaiMu dan mencintai orang-orang yang mencintaiMu dan KekasihMu..
Mak dan abah.. Ku bersyukur dianugerahkan ibu bapa yang ceria dan penyayang.. Kalian lah yang mengajarku mengenali Tuhanku adalah Allah, Nabiku adalah Muhammad.. Terima kasih mak abah, terima kasih Allah..
Mak dan abah.. Ku bersyukur dianugerahkan ibu bapa yang ceria dan penyayang.. Kalian lah yang mengajarku mengenali Tuhanku adalah Allah, Nabiku adalah Muhammad.. Terima kasih mak abah, terima kasih Allah..
Keluarga dan sanak saudaraku.. Moga kita terus kekal berkasih sayang dan mengingatiMu..
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, keluargaku dan saudara2ku yang Muslimin dan Musliamt, mudah-mudahan kami tergolong dalam golongan hambaMu yang bersyukur... Amin... Alhamdulillah..
4 ulasan:
Salam Hani.
Bersyukur kepada Allah dan menyayangi orang lain seperti suatu perniagaan, keuntungannya ialah orang lain akan menyayangi kita, insya Allah.
Memutuskan silataurrahim seperti menutup sebuah kedai kasih sayang, hehehe bermadah pula.
Dulu Pak Ngah ada ayah maka bolehlah berjabat tangan, berbual-bual, membeli pakaian untuknya tetapi sekarang tidak mungkin lagi berbuat demikian,
Sekarang hanya mengenang dan mengingatkan kembali masa lampau dan berdoa sahaja.
Bagi mereka yang masih ada ibubapa gunalah masa keemasan itu untuk kebaikan mereka.
Wassalam.
Salam Hani, saya macam Pak Ngah juga, dah tak ada ayah. Sekali-sekala teringat kasih dan belaian dia. Semoga Hani menghargai perkara yang masih ada pada Hani.
Pak Ngah,
Terima kasih atas nasihat Pak Ngah.Mudah-mudahan saya tetap terus menghargai dan menyayangi ibu bapa saya.
Ustaz Amin,
Ustaz membuktikan anak yatim pun boleh jadi Muslim yang hebat, berkat didikan dan doa arwah ayah Ustaz. Insyaallah, mudah-mudahan saya akan terus menghargai mereka dan semua perkara yang masih adapada saya.
Catat Ulasan