Time lunch hour tadi, aku gi makan. Jumpa Eksekutif Undang-Undang Lembaga Zakat yang cantik jelita, Cik Najwa yang baru balik bercuti tiga minggu di Brunei.
"Salam kak. Lamanya tak jumpa.. Ermm.. napa nampak kurus ni?" tanyanya.
"Hmmm.. Tu lah.. I baru frust, macam ni la (kuang kuang kuang)," jawabku selamba.
Najwa yang sememangnya skema dan poyo terus bertanya,
"Sapa yang buat akak macam ni?"tanyanya serius.
"Hahahaha.. tak la dik. Acah jer laa," balasku tergelak-gelak, kelakar dengan ke'poyo'an dan keseriusannya.
Pagi tadi, jam 9.30 pagi, aku dan beberapa orang pegawai MAIS menghadiri mesyuarat di Hospital SMC KPJ. Aku berjumpa dengan Penasihat Undang-Undangnya, Noreen, yang bertahun-tahun aku tak jumpa.
"Hani, kurus la sekarang," katanya.
"Alhamdulillah," jawabku sambil tersenyum.
Malam tadi, main badminton kat seksyen 7, aku sorang lawan Nora dan Raudah berdua. Aku menang dua game pulak!! Hahaha.. walaupun tak sehebat Lin Dan, tapi aku syok, sebab dapat kalahkan diorang.. penat diorang bagi bola ke kiri ke kanan ke belakang, sumer aku dapat ambik.. agaknya, sebab aku dah kurus kot? hahahaha.. Jangan marah Nora!
Raudah kata,
"Ramai orang cakap kak Hani dah kurus".
"Sapa?" tanyaku ingin tahu.
"Ermmm.. Raudah, pastu Raudah, pastu Raudah lagi.." jawabnya tersengih-sengih.
Hek eleh budak ni! Sabar jer lah..:D
Anyway, ini first time aku tak marah walaupun orang mengata aku, sebab diorang kata aku kurus!! Hahahaha...lebih ramai orang mengata, lebih bagus! Rasa nak senyum jer hari ni..:D. Alhamdulillah.. :D
"Suka-suka"
Hunny
Shah Alam
12 ulasan:
bestnya hani...
saya pun teringin nak kurus
salam hani. bagus tu...belumpun cukup 40 orang cakap kurus, memang dah menjadi kurus (orang tua kata le :)
kl citizen,
Jom!!:)
Dr Sam,
Rite!! Mengata la saya lagi.. Muahahahahaha..:D
like! :)
Nowa,
I like it as well..:)
giler lah lu!!!
memang kurus la..nampak sgt! sbb tu mengelak jumpa kak hani seminggu, nak tengok kurus ke tak...hahahaha
Cik Ya,
Jangan jeles...hahahaha.. aku memang giler.. giler nak kurus.. salahkah?
Ana,
Alhamdulillah, tak sia2 kau mengelak.. hahahaha..:D
syafa je lom sempat mengata kak an kurus...
adusss......
lom tengok live lg ni..
cam ne ???
=))
Syafa,
Ahahahaha.. boleh boleh.. meh meh jemput datang.. ehehehhehe..:)
Catat Ulasan