Petang tadi, balik aje dari pejabat, aku mengajak Shikin berbuka puasa bersamaku pada hari ini. Nora ada kelas di UiTM. Lepas solat Asar, aku dan Shikin ke bazaar Ramadhan yang berada di bawah rumahku. Awalnya aku malas nak beli apa-apa, tapi bila dah tengok macam-macam benda, akhirnya aku 'terbeli' jugak ikan bakar, nasi goreng dan pecal. Karipap sardin pun aku sambar jugak.
Shikin : Kita suka beli kat tempat yang orang tak beli.
Aku : Kenapa?
Shikin : Kita kesian. Kita niat nak sedekah ajerr.. Macam mak kiterr...
Aku : Kalau macam tu, banyak la kedai kita kena sedekah. Sebab kesiann...
Sebab niat nak bersedekah tu jugak, nasi goreng harga RM3.50 aku beli. Sebab? Stall yang jual nasi goreng tu tak ada sorang pun beli nasi goreng atau mihun goreng dia. Kalau dinilai kuantiti nasi goreng tu, memang tak berbaloi harganya RM3.50. Sikit sangat. Then, sebab niat nak sedekah jugak, aku beli ikan bakar, harga RM3 seekor, beli 3 dapat free 1 pecal harga RM2.50. Ikannya kecik sangat, dua jari tangan jer kot! Paling tak tahan, pecalnya, dah la rasanya tak berapa sedap, tapi kuantitinya sikit sangat.. kalau kat kampung aku, agaknya lima ploh sen jerr...
Aku bukan nak mempertikaikan rezeki yang aku dapat hari ni. Alhamdulillah.. Aku bersyukur dapat jugak makan ikan bakar dan karipap sardin di saat-saat saudara seislamku di Pakistan yang sedang bertarung dengan banjir yang tak surut-surut lagi. Tak tau la diorang bukak posa macam mana. Ntah ada makanan ntah tidak. (Moga Allah permudahkan urusan mereka di sana dan memberi mereka ketabahan mengharungi ujian tersebut.) Tapi aku kecewa sangat dengan sikap peniaga-peniaga beragama Islam, yang suka mengambil kesempatan di bulan Ramadhan untuk mengaut untung lebih dengan menaikkan harga makanan. Kalau kualiti makanan yang dijual terbaik, tak mengapa lah. Ini tidak. Sudahlah harganya mahal, rasanya pulak tak seberapa. Sepatutnya di bulan Ramadhan inilah peniaga-peniaga kita berebut-rebut untuk memberikan kualiti makanan terbaik untuk dijual kepada pembeli-pembeli. Sudah tentu keuntungan berlipat ganda diperolehi, keuntungan dunia dan akhirat.
Anyway, masih belum terlewat untuk peniaga-peniaga ini menghayati rahmat yang Allah beri di sepanjang bulan ini. Betapa setiap amalan kita di bulan yang mulia ini digandakan pahalanya. Alangkah baiknya kalau mereka semua berlumba-lumba membuat kebaikan di bulan ini. Marilah kita sama-sama mendoakan supaya peniaga-peniaga kita ini diberikan petunjuk dan hidayah Allah untuk menjadi peniaga yang jujur dan menjaga kualiti makanan dan barang yang dijual.
Psstt..
Time bukak pose, aku cuma mampu makan separuh ajer dari juadah yang aku beli. Selebihnya aku simpan untuk Nora. Karipap sardinnya terlebih garam kot! Agaknya sebab tukang masaknya berpuasa. Itu pun nasib baik tak beli air kaler-kaler. Kalau ada, tak tau nak sumbat mana. Aku lebih suka minum teh aloe vera aku dan air kosong ajer. Itulah.. lain kali dengar cakap mak, beli satu ajer!
"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani
Shah Alam
Time bukak pose, aku cuma mampu makan separuh ajer dari juadah yang aku beli. Selebihnya aku simpan untuk Nora. Karipap sardinnya terlebih garam kot! Agaknya sebab tukang masaknya berpuasa. Itu pun nasib baik tak beli air kaler-kaler. Kalau ada, tak tau nak sumbat mana. Aku lebih suka minum teh aloe vera aku dan air kosong ajer. Itulah.. lain kali dengar cakap mak, beli satu ajer!
"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani
Shah Alam
4 ulasan:
sama la menu kita....tapi kat perkataan sardin tu je la. hahahaha. ana tak sempat lg nak g jengah pasar ramadhan, tggu husband cuti br nak gi...sorang2 x best la.
Alhamdulillah dengan rezeki berbuka semalam. Agaknya brader tu nak kawen sebab tu terlebih garam. Hahaha! Memang susah nak dapat makanan yang betul2 sedap dan ikhlas di masak (cukup ramuan) di bulan ramadhan ni sebab kebanyakannya berniaga sebab nak kaut keuntungan. Terkenang emak kita di kampung...
Ana, masak sendiri lagi sedap.. walaupun cuma sardin.. sebab tak leh nak kutuk.. heheheh.. sendiri masak, sendiri mau ingatlah!!
Nowa,
petang ni kita gi makan kat kedai RM2 ek?? yang tak cari keuntungan.. ngeeee..:)
Catat Ulasan