Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Diari -Jom Sama-Sama Hayati Ramadhan.. :)

Salam semua,

Seronok sungguh puasa ni..:) Rasa tenang dan nyaman sangat. Program tak banyak, so tak terkejar-kejar nak miting. Banyak urusan dan kerja-kerja dapat selesai. Paling best, bila Ustaz Hasal Ketua Biro Kerohanian, KSK MAIS, menjemput penceramah-penceramah agama sepanjang Ramadhan ini. Setiap hari Jumaat, jam 8.30 pagi hingga jam 10 pagi, ada slot ceramah agama di pejabat. Semalam, giliran Ustaz Azman, seorang pendakwah bebas untuk memberi ceramah bertajuk "Penghayatan Ramadhan".

Ini 1st time saya dengar ceramah dia. Memang best sangat ceramah beliau dan meninggalkan kesan yang sangat dalam. Sebab, berdas-das kami terkena tembakan laser kata-kata nasihat dan pesanan beliau yang sangat menusuk kalbu. Memandangkan beliau adalah bekas pegawai di Pejabat Agama, jadi boleh dikatakan beliau sangat memahami cara bekerja pegawai-pegawai di pejabat agama. Banyak teguran yang beliau beri kepada kami. Bermula dengan menjaga aurat, rokok, tangkapan penceramah tanpa tauliah, senyuman dan layanan mesra kepada tetamu. Part paling 'bisa' bila dia kata, kami kakitangan wanita di MAIS berpakaian 'bungkus' bukan 'tutup'. Kalau 'bungkus' nampak bentuk badan, tapi kalau 'tutup' tak nampak.. Waduh!! Mujur pakai jubah time tu, tapi still terasa, so, terkena sedas!!

"Jabatan agama tak jabatan agama, MAIS tak MAIS, aku nak tutuh (taruh) aku tutuh ajer. Pas ni korang tak nak jemput aku, aku tak kisah," katanya disambut dengan gelak ketawa kami yang mendengar.

Seronok, menghiburkan dan sangat terkesan pada saya. Walaupun beliau agak lantang, tetapi penuh dengan mesej dan nasihat. Itulah kesimpulan yang saya dapat buat selepas mendengar ceramah beliau. Orang lain, saya tak pasti. Pas ni, boleh Ustaz Hasal jemput lagi..:)

Pesannya, nak mendapatkan 'taqwa' selepas berakhir Ramadhan, perlulah memahami tujuan puasa. Puasa tujuannya adalah untuk mengekang nafsu, termasuklah nafsu untuk makan berlebih-lebihan. Namun menurut beliau, apa yang kita lihat, sewaktu berbuka puasa, orang kita makan tak beringat. Lepas tu, sebab makan banyak, sembahyang pun lewat. Nak dekat Isyak baru solat Maghrib. Sepatutnya berbukalah dengan kurma dan air kosong, kemudian solat maghrib dahulu, kemudian barulah sambung dengan memakan makanan berat.

Menurut beliau, Ramadhan sepatutnya diisi dengan ibadah-ibadah untuk mencapai tujuan berpuasa iaitu mudah-mudahan kita menjadi orang yang bertaqwa. Antaranya :- 1) menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa 2) bangun malam untuk qiyamullail 3) bertadarus dan memahami bacaan Al-Quran yang dibaca (disertakan dengan terjemahan) supaya kita dapat mengambil iktibar dari bacaan Al Quran tersebut, 4) melakukan perkara-perkara sunat contohnya solat terawih) dan 5) memperbanyakkan berzikir , berdoa dan bersedekah.

Ustaz Azman.

Tazkirahnya padat dengan nasihat dan terkesan di hati.

Sebelah petangnya, aku dan adikku Kamil bergegas pulang ke kampung. Pukul 6.30 bertolak dari Shah Alam. Hujan turun renyai-renyai di Shah Alam, tetapi semakin lebat apabila kami melalui kawasan Puncak Alam. Disebabkan Kamil memandu, saya mengisi masa terluang dengan membaca Al-Quran. Alhamdulillah.. sempat khatamkan 1 juzuk. Sewaktu azan Maghrib bergema di corong radio kereta, kami baru sampai di Ijok. Kami berbuka dengan kurma dan air kosong sejuk yang saya bawa dari rumah.

"Kita Maghrib kat Petronas Ijok dulu. Tak la terkejar-kejar nak balik," cadang saya pada Kamil, walaupun sebenarnya jarak perjalanan kami tinggal lebih kurang 20 minit untuk sampai ke rumah.
Kamil bersetuju. "Ok," jawabnya.

Sampai di rumah, jam menunjukkan pukul 8 malam. Kami berdua terus ke dapur dan berbuka pula dengan juadah yang disediakan emak. Alhamdulillah.. 1st class betul masakan emak..:) Malamnya, seperti biasa, saya berjemaah dengan emak untuk solat Isyak dan terawih. Saya jadi imam, emak makmum. Jam 10.30, mata saya dah mengantuk. Langsung saya ambil wudhuk, buat adab tidur dan berdoa moga Allah beri saya kekuatan dan mempermudahkan saya untuk dapat bangun malam. Amin.. :)

"Ku Mengharapkan Ramadhan Kali Ini Penuh Makna"
Nurhani

Kg Raja

Kuala Selangor

4 ulasan:

ana berkata...

Salam...
memang terasa kena tembak betul dgr ceramah ustaz ni...hehehehe. bestnya kak hani pose kat kg.

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Diari ini belum lengkap la....ada yang tertinggal ..agaknya rahsia kot yang tidak catat tu ...atau...tunggu hari lain...hehe bergurau je.

Hunny berkata...

Salam Ana,

Rezeki kak Hani, kampung dekat ajerr.. jemputlah datang bukak pose sini..:)

Hunny berkata...

Pak Ngah,

Mana boleh citer semua.. biarlah rahsia.. hehehehe..:)