Salam semua,
Seawal jam 8 pagi, saya dan beberapa orang sahabat dari MAIS sudah berada di Dewan SUK untuk perlawanan badminton yang dianjurkan oleh BAKAJASA, JAIS. Perlawanan pada kali ini hanya untuk permainan beregu sahaja. MAIS menghantar 6 beregu lelaki dan 3 beregu wanita. Saya berpasangan dengan teman serumah saya, Nora. Alhamdulillah, walaupun training tak cukup dan tak konsisten, tetapi kami berdua dapat melayakkan diri ke peringkat akhir menentang pasukan dari ILDAS. Keputusan akhir menyebelahi pihak ILDAS, namun saya masih berpuas hati kerana saya percaya saya dan Nora telah melakukan yang terbaik. Kami tewas dalam rubber game 21-16, 17-21, 21-17.
Bermain dalam suasana yang bising dan penuh dengan tekanan, sememangnya sukar. Konsentrasi kita mudah untuk dipengaruhi dengan persekitaran. Rasa kurang yakin dan gentar dengan pihak lawan menambah tekanan sedia ada. Kadang-kadang kita di hadapan, kadang-kadang pihak lawan mendahului kita. Semasa permainan, kita perlu bijak mengatur dan merancang strategi permainan untuk menumpaskan pihak lawan. Salah satunya dengan menyerang pasangan beregu lawan yang lebih lemah dan kurang cekap dalam permainan. Sokongan padu dan kata-kata semangat daripada sahabat-sahabat amat perlu apabila kita seakan hilang semangat semasa perlawanan berlangsung.
Paling penting, sebelum perlawanan, latihan yang konsisten sebelum perlawanan sangat perlu. Kita perlu berlatih, untuk memahirkan diri dengan perlawanan. Kita perlu bersedia dari sudut fizikal dan mental, supaya kita beroleh kejayaan.
Hidup ini pun macam bermain badminton juga. Kadang-kadang kita di puncak kebahagiaan , kadang-kadang kita dirundung kesedihan dan kelukaan. Kita akan di'smash' dan dihujani dengan shuttlecock yang bertubi-tubi dari pelbagai arah. Tekanan demi tekanan kita lalui sepanjang proses mematangkan diri dengan mehnah dan tribulasi kehidupan. Perasaan kurang yakin dan gentar menghadapi ujian yang mendatang adalah perkara biasa dalam hidup. Apapun kita perlu bersedia dan berusaha, sedaya yang mampu untuk mengatasi cabaran dalam kehidupan, bukan hanya berserah kepada takdir. Pertahanan diri perlu kukuh dan kuat. Hati perlu kebal, jiwa perlu kental. Iman perlu jitu dan padu. Allah sentiasa dalam hati, di kala susah dan senang. Sokongan dan dorongan daripada insan-insan lain seperti keluarga dan teman-teman amat dipelukan di saat semangat kita hampir hilang. Akhirnya, setelah segala daya kita curahkan untuk mendepani segala ujian, kita sandarkan segala usaha dan penat lelah kita hanyasanya kepada Allah SWT. Dan, redhalah dengan apa jua keputusan yang kita perolehi, hasil usaha, doa dan tawakkal kita padaNya. Insyaallah, kita akan berjaya dan menang..:D
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

8 ulasan:
wah...tahniah la ye. kalah menang x penting, yg penting semangat kesukanan tu.
hidup seperti permainan badminton :
selepas di smash di badan atau semasa cuba berhempas pulas mengangkat pukulan pihak lawan, akibatnya ada urat yang tergeliat atau terkehel..sakitnya hanya empunya badan yang tahu..kena jugalah mencari ubat bagi menyembuhkan selain berdoa kepada allah agar diberi kemudahan menjalani hari yang berikutnya dengan penuh kekuatan..
salam hani. saya dah lama tak bermain badminton ni. lagipun stamina sekarang rasanya kurang memberangsangkan setelah cedera di belakang hampir 2 tahun lepas.
tahniah! patut le rajin berjogging di tasik, utk dapatkan stamina :)
Ana,
Alhamdulillah..:)Next year, Ana punya turn main pulak weh!
Nowa,
Ahahaha.. seperti terkena batang hidung sendiri.. Moga Nowa dapat bergerak seperti sedia kala.. Anyway, we got the trophy!! Hope it can reduce your pain sis!
Dr Sam,
Maybe dah tiba masa untuk Dr berehat dari bermain badminton.kasi chance kat kami pulak! heheheheh..:) Thanx anyway..:P
Salam Hani...
Pak Ngah sedang belajar bagaimana hendak merasai kekalahan dan beralah...hahaha..saja buat kacau jer.
Salam Pak Ngah,
kalau macam tu, kena sengaja kalah la Pak Ngah.. baru dapat rasa..hehehe..
Catat Ulasan