Semalam aku dan emak singgah umah pakcik aku di Jalan Gobek, Seksyen 11 untuk punggah buah durian. Rezeki bulan puasa. Alhamdulillah...:) Menjadi nampaknya dusun durian beliau di Janda Baik, Pahang. Syukurlah. Sebab, kami pun dapat merasa sama..:) Sepupu-sepapat aku (anak-anak beliau) pun ada sama. Apalagi.. syok la kami bersembang sebab lama tak jumpa. Sampai lewat malam kami kat sana.
Sembang punya sembang punya sembang, keluar la citer pasal jodoh (part paling maleh aku nak ghoyak..:).. Tu dia.. Macam-macam cadangan diorang kasik kat aku, supaya aku berusaha untuk bertemu dengan jodoh aku.. siap suruh aku masuk marathon lagi, supaya dapat bertemu jodoh dengan atlit.. hahahaha :D.. Sah-sah aku tertinggal kat belakang!
Bila bercerita pasal jodoh, teringat cerita kawan-kawan.. Macam mana mereka boleh bertemu jodoh dengan pasangan masing-masing.
Ada sorang kawan aku, bertemu jodoh dengan suaminya dalam kapal terbang nak ke Jordan. Masa tu, dia nak sambung belajar kat sana. Kebetulan suaminya nak solat, tau ajelah dalam kapal terbang, ruangan untuk solat very limited. Last-last, suaminya solat betul-betul kat ujung kaki tempat kawan aku ni duduk. Kawan aku ni pakai purdah. Time tu dia tengah terlelap. Dia tersedar suami dia ni tengah solat, tak ada sejadah atau lapik. Dia pun ambil la sehelai kain or selimut ke apa ntah, dan hamparkan di tempat sujud suami dia. Agaknya, time tu suami dia betul-betul terpesona dengan tindakan kawan aku tu.. Apalagi.. Kuch kuch ho ta hey lah!! Itulah saat-saat mula-mula diorang bertemu. Sekarang mereka bahagia dengan 4 orang cahayamata.
Sorang lagi kawan aku, bertemu jodoh masa berebut ikan bakar dengan suami dia kat pasar Ramadhan. Agaknya berkat bulan puasa. Berebut ikan bakar pun boleh jadi punca.. hehehe.. Sekarang bahagia dengan 3 orang anak.
Ada sorang lagi member aku ni, tukar-tukar tape syarahan dan debat dengan suaminya. masa sekolah menengah. Cinta pertama katanya. Sekarang bahagia dengan 4 orang cahayamata. :) Alhamdulillah..:) Ada jugak yang jumpa dekat tempat training.. Time berpeluh-peluh berkawad pun ada jugak.. Hahaha..
Yang peguam syarie pulak, ada yang bertemu jodoh dengan klien sendiri. Spesis ni, banyak jugak aku dengar.. :) Baru ni, ada sorang klien aku muallaf wanita, dah berkahwin dengan lelaki Melayu, tapi malangnya, suaminya tak bertanggungjawab. Mujur wanita muallaf ini masih kuat pegangan Islamnya, tak ada nak menukar agama. Ditakdirkan Allah, dia bercerai dengan suaminya, dan bertemu jodoh dengan seorang lelaki Myanmar yang kuat pegangan agamanya.
Ada jugak yang bercinta bagai nak rak, bertahun-tahun.. Last-last, kawin dengan orang lain jugak. Tapi kebanyakkan kawan aku bertemu jodoh masing-masing kat universiti. Jumpa masa belajar atau buat program sama-sama. Ada juga yang kawin dengan orang sekampung, atau berkahwin dengan kawan baik sejak kecil.
Anyway, banyak perkara yang menjadi punca menemukan kita dengan jodoh kita, tapi itu semuanya penyebab aje. Jodoh kita sebenarnya Allah dah tentukan sejak awal. Lambat dan cepat ajer bezanya. Hikmah di sebaliknya, Allah saja yang tahu, sebab hanya Dia yang tahu rahsia bilakah masa yang terbaik dan siapa yang terbaik sebagai jodoh kita.
Kalau dah jodoh aku, durian pun boleh jadi penyebabnya..:) Heeeeee..:)
Psstt... Korang macam mana pulak?? :D
"Sajer-sajer"
Hani
Shah Alam
6 ulasan:
kita tak akan tahu org itu adalah jodoh kita sehinggalah ianya benar2 terjadi..... :) iyakah?
Iya..:) sampailah kita kawen dengan beliau..
betul..jodoh dtg tanpa disangka. kak ana kenal ngan suami sbb tersalah hntar sms...Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik utk kita...
Hurmm.. tak ada sapa ke nak tersalah hantar sms kat i?? :D
aku doakan kau jumpa jodoh yang terbest!! amin...
p/s: terasa gak aku.. cinta bagai nak rak pastu kawen dgn orang lain.. hahahah...itu la namanya jodoh!!!
Nina,
Aminn..tapi tak ada niat nak perli sapa-sapa even kau ok? hehehe..
Catat Ulasan