Assalam semua,
Walaupun jam dah hampir pukul 2 pagi, namun aku masih mau menulis. Puncanya, sebab seorang teman lama, Emi yang kini menemani suaminya di Chiba Japan, bertanya, bila aku mau update cerita baru? Untuk tidak menghampakan beliau yang membuat permohonan dari jauh, aku type juga entri ini, sekurang-kurang nya dia boleh baca sementara suaminya pi klass. :P
Aku dan Facebook, memang berkawan baik, sebab FB ni menghubungkan aku semula dengan teman-teman lama dari zaman sekolah rendah yang dah lost contact. Dapat jumpa member-member lama yang sama bersekolah di Felda Gedangsa, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Klang, Uitm, UIAM, dll. Baru-baru ni, jumpa balik kakak angkat aku masa zaman sekolah menengah yang dah hampir 18 tahun tak jumpa. Memang aku happy, sebab time dia kawen pun aku tak datang..:P
Tetapi,walaupun FB ini dapat menghubungkan ikatan sesama manusia, FB jugak yang menjadi punca terlerainya ikatan dan persaudaraan antara manusia. Di London, sebuah firma guaman yang mengendalikan kes perceraian memaklumkan bahawa 1 daripada 5 tuntutan perceraian yang difailkan berpunca daripada FB. Ini kerana pengguna laman sosial FB bercerita mengenai seks dengan orang yang tak berkenaan.
Aku pun terkena juga. Ada sorang hamba ALlah ni, suka-suka ajer nak add aku dan remove aku as friend bila-bila dia suka. Walhal mula-mula dia dah add aku, then dia remove aku. Later, dia juga yang tergila-gila nak add aku semula. Bila aku tak layan, dia siap mesej kat inbox aku, kenapa aku tak approve dia?
So, disebabkan aku malassss nak panjangkan isu FB ni, aku approve friend request dia. Then, baru tadi, aku nak ziarah wall beliau, tapi tekan-tekan tak jumpa. Bila aku aku check friend's list, dia dah remove aku semula.
Perghhh..Aku betul-betul panasssss... Suka hati jer nak add or remove kita. Pada aku, kalau dalma FB, bila seseorang REMOVE kita, means dia tak nak berkawan dengan kita. Tak faham aku. Rasanya aku tak ada apa-apa masalah langsung dengan beliau.
Dan terbuktilah....memang FB boleh jadi punca pergaduhan, perceraian, pemisahan, dll. Kalau kita tersalah faham dengan maksud sebenar kawan kita, pun boleh jadi gaduh. Kat pejabat pun, orang bergaduh sebab FB. Mana taknya. Mengumpat pasal orang lain dalam FB, bila kawan lain baca, sampaikan pada orang yang diumpat.. Memang bencana besar!!
Tapi aku tak putuskan silaturrahim dengan dia. Tok Guru aku pesan, berdosa putuskan silaturrahim. Aku sentiasa welkam beliau jadi sahabat aku, walaupun dah 2 kali dia REMOVE aku, and tak nak jadi kawan aku. Its ok. Pilihan di tangan beliau. Thanx WR atas pesanan. Maybe aku pun bakal ikut jejak langkah beliau, mendelete FB aku, cuma tak tau bila.
Tapi aku tak putuskan silaturrahim dengan dia. Tok Guru aku pesan, berdosa putuskan silaturrahim. Aku sentiasa welkam beliau jadi sahabat aku, walaupun dah 2 kali dia REMOVE aku, and tak nak jadi kawan aku. Its ok. Pilihan di tangan beliau. Thanx WR atas pesanan. Maybe aku pun bakal ikut jejak langkah beliau, mendelete FB aku, cuma tak tau bila.
"Renung Sejenak"
Nurhani
Nurhani
Shah ALam
Pengasas FB
FB Bekas suami Maya Karin