Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 6 Januari 2011

Diari : Dato' Khusrin Angkat Sumpah SUK Selangor

Assalam semua,

Alhamdulillah, walaupun pagi tadi aku dan beberapa orang pegawai kanan MAIS berkumpul di Hotel Carlton untuk menyudahkan penyediaan plan tranformasi MAIS, kami masih berjaya mendapatkan berita mutakhir bekenaan dengan majlis angkat sumpah Dato' Khusrin sebagai SUK Selangor yang baru melalui teman kami, Ana yang berada di sana.

"MB dan semua EXCO datang. Ramai giler press. Polis preman pun banyak." Itu antara kandungan SMS yang aku terima dari Ana.

Lebih kurang jam 12 tengahari, Ustaz Halem, TSU MAIS, hadir menyertai bengkel kami, usai majlis di istana.


"Macam mana ustaz?" tanya saya.

"Alhamdulillah.. Semua ok. Selesai." jawab Ustaz Halem, pendek.


Alhamdulillah.. Syukur.. Walaupun masih terdapat bantahan dan ketidakpuasan hati di pihak kerajaan negeri mengenai pelantikan tersebut, namun sekurang-kurangnya, Dato' Khusrin telah pun menunjukkan kesungguhan untuk berkhidmat dengan jujur dengan melafazkan sumpah untuk taat setia terhadap kerajaan negeri Selangor, tanpa mengira parti siapa yang memerintah.Harapnya, kesungguhan beliau disambut dengan baik oleh kerajaan negeri Selangor.

Ini gambar-gambar sekitar majlis tersebut. Aku terperasan ada wajah yang ku kenal.. Eh! Itu Ana ker?? :P

Dari kiri :  MB, Mr X, Dato' Khusrin, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Patik berjanji untuk taat setia kepada kerajaan negeri Selangor.."



Ana jadi saksi..:P. Clear kot!!


Harapnya isu ni tak diperbesarkan. Tuanku pun dah titah tadi. Aku tengok dalam Buletin Utama dengan Nora. Kepada Dato' SUK baru, selamat bekerja. Walaupun tak boleh masuk mesyuarat,  of course kerja lain banyak lagi. Semoga negeri Selangor terus cemerlang di bawah kepimpinan barisan pemimpin kerajaan negeri Selangor dan DYMM Tuanku.

"Just My Opinion"
Nurhani
Shah Alam

6 ulasan:

white rose berkata...

wah...amik laporan dari kak ana ye...
patut la kak ana busy sesangat...

nak settle hal ni, kurang laa sikit kebusyian akak berdua kan...

TAHNIAH diucapakan kpd SUK Selangor...

semoga terus bersemangat WAJA dalam melaksanakan tugas...

Hunny berkata...

WR,
Wah! Begitu pantas kau mengomen yerr..:) Kami berdua memang rakan sekerja..:)

Unknown berkata...

alhamdulillah,selesai sume...

ingtkan kak hunny ada skali

ana berkata...

WR ni memang pantas...hehehehe

sahromnasrudin berkata...

alhamdulillah..semoga beliau istiqamah dlm tugasnya

ibnmustaffa berkata...

Jangan ada kes seperti di Masjid Kampung Medan sudahlah....