Assalam semua,
Pagi tadi, aku sempat buat Usrah dengan anak-anak usrah aku. Di MAIS, program usrah ini bermula secara rasminya sejak bulan Ramadhan tahun lepas. Disebabkan aku Naqibah untuk Grup 21, (naqibah tu maksudnya, ketua kumpulan) so, kenalah jalankan tanggungjawab untuk pimpin usrah tu. Walaupun sebenarnya aku tak layak pun untuk MEMIMPIN grup usrah tu, disebabkan tak CUKUP ILMU, dan TAK HEBAT langsung, namun aku TETAP menjalankan tanggungjawab yang diberi.
Pada aku, tak semestinya kena pandai dalam bidang agama baru boleh pimpin usrah. Sebab tak semestinya dalam usrah tu nak cerita pasal topik agama aje kan? Yelah. Istilah 'usrah' sendiri bermaksud 'keluarga', so dalam keluarga, banyak perkara yang kita kongsikan dengan ahli keluarga yang lain. Barulah 'happening' kan dan seronok keluarga kita kan? :D. Tapi jangan lupa. Seronok, seronok tu, jangan lupa ALLAH. So, adalah penting untuk memastikan setiap tindakan kita dan ahli keluarga kita tidak tersasar dari kehendak agama.
Dalam usrah aku, aku lebih suka bertindak sebagai penyelaras. Tetapkan waktu usrah, tentukan surah yang nak dibaca dan topik yang nak dibincangkan. Aku pastikan semua ahli usrah menyumbang buah fikiran masing-masing. Semua orang kena bercakap, dan beri ulasan. Baik pegawai, penolong pegawai atau kerani. Dan, setiap orang kena share at least 1 point daripada ayat / surah yang kami baca.
Contohnya, tadi, kami baca surah Al-Baqarah ayat 1 - 39 beserta tafsiran. Aku memang menekankan supaya tafsiran dibaca setiap kali kami bertadarus, sebab, kalau tak dibaca, tafsirannya macam mana kami nak faham isi al-Quran yang Allah turunkan. Lain la kalau kami ni memang arif dalam bahasa Arab. :P
Berikut adalah antara pengajaran ayat yang dapat kami kongsikan:-
1) Perbandingan orang yang bertaqwa dengan orang munafiq,dan orang fasiq.
2) Sifat-sifat orang yang berjaya
3) Quran itu petunjuk yang benar, selama-lamanya.
4) Janji Allah itu benar, mengenai balasan dan nikmat yang dijanjikan.
5) Isi syurga dan neraka.
6) Yang ingkar perintah perlu didenda.
Akhirnya, bila semua dah beri pandangan, aku buat rumusan dan kesimpulan. Bila aku buat macam ni, barulah aku tau, budak2 usrah aku memang suka BERCAKAP dan BAGI PANDANGAN.. Bila dah cakap susah nak berenti.. Hahaha.. Jangan marah korang.. But, frankly, aku enjoy the session. Barulah seronok berusrah. Korang tak caya, korang cubalah..:)
Bagi aku, USRAH ni, aktiviti yang bagus. Kalau ada masa, buatlah. Macam sharing session, santai tetapi lebih ilmiah, dan matlamatnya, untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan seusrah, sentiasa betulkan NIAT, dan berusaha untuk jadi HAMBA yang LEBIH BAIK. Amin.. muadah-mudahan ada manfaatnya.
"Ilmu Tiada Sempadan"
Nurhani
Shah Alam
8 ulasan:
akak nak join usroh...
ngeeee~
semoga ia bermanfaat
Assalamualaikum...
Sesekali kena jemput juga seorang ustaz agar ianya lebih manfaat
Ibnu maulub,
Boleh..Next time i jemput u bagi pengisian. Boleh? :D
En Razak,
Setiap minggu/bulan memang ada ceramah agama dibuat. kami jemput ustaz luar. Alhamdulillah.. Memang banyak manfaat..:)
Pak Ngah sokong 100%...lagi pun Hani sudah pun ada sasaran...siapa lagi tentulah mahasiswi UITM tu, mencadangkan sahaja.
Wah! Pak Ngah! Semangat macam ini yang saya cari..:)
Budak2 UiTM... Responden yang tepat!! :D
kak..!!!
insyallah..
nnti papehal msg la.. ;-)
Catat Ulasan