Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 1 Januari 2011

Diari : 1.1.11 di D' Curve Damansara

"Hahahahhahahhaa!! JUDI?? Hari-hari saya berjudi kak," kata budak lelaki berseluar skin (ketat) dan baju t-shirt ketika aku beri sekeping phamplet "JUDI HARAM" kepadanya,

Astaghfirullahalazim. Laung aku dalam hati. Aku cuma senyum dan berdoa, moga budak lelaki itu berubah kelak, sebelum terlambat.

"Haahahhaha!! Gejala sosial?? Bertaubat??" Itu respon yang aku terima waktu aku beri phamplet "GEJALA SOSIAL BERTAUBAT" kepada seorang budak perempuan belasan tahun, yang berpakaian ketat menampakkan seluruh lengkuk tubuhnya.

Kalau kau adik aku, dah lama aku lempang kau adik! BIADAP! Laung aku dalam hati. Astaghfirullah. Sukarnya menjaga hati dalam keadaan ini.

Aku hulurkan lagi phamplet. Kali ini JOM SOLAT dan BACA QURAN.

"Hari-hari saya baca Quran kak. Quran tu, sume saya hafal," kata seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 20-an. Seluar skin juga. Aku tergumam. Pakaian kamu, sikap kamu, kedatangan kamu ke sini dik, hilang 30 juzuk hafazan!!

MUZIK. BINGIT.. BISING...

Tak suka.. Rimas.. Panas.. 
Pandang kiri, budak-budak lelaki muda, melayu Islam, belasan tahun, berpakaian ketat dan ranggi, sibuk menyembur buih kepada semua pengunjung yang lalu lalang.

Pandang kanan, gadis-gadis Melayu belasan tahun berpakaian tak cukup kain, skirt paras atas paha (hot pants dan hot skirts), seluar ketat, sendat. Berjalan dengan gembira dan bebas. 
"Happy New Year Kak!" kata seorang budak lelaki, sambil menyembur buih kepada aku. Aku saman kau baru tau!! Berani betul!

MAKIN PANAS. MAKIN HANGAT. MUZIK MAKIN RANCAK. PEMUDA PEMUDI MAKIN LIGAT.

Aku teruskan langkah ke depan.. MASYAALLAH!! Ratusan manusia, barangkali ribuan, sedang terkinja-kinja meraikan TAHUN BARU 2011. Menari, menyanyi, goyang, gelek, minum, konsert.. 

Perempuan, lelaki, bercampur-campur. Pegang tangan dengan gembira. Menari, menyanyi.Tak ingat MATI. Tak ingat!! Nauzubillah.. Takut dan bimbang kalau Allah MURKA dan turunkan AZABnya saat itu.. Tak mau! Tak mau mati di tempat seperti ini. Walau niat aku untuk meninggalkan PESAN,ada yang LALAI.

Mereka sudah HILANG MALU. Hilang ADAB. Aku hampir tak dapat bezakan, yang mana Islam, yang mana bukan Islam. Pakaian kebanyakan SAMA. Ketat, sendat, lekat..

BENCI!!!!

Ada yang menjeling, TAK SUKA. Ada yang menyindir, BENCI. Ada yang memaki, ada yang membisu. Paling membencikan, ada yang mau BERSALAMAN dengan kami. Kalau perempuan tak mengapa. Ini LELAKI!! Sungguh KURANG HAJAR..

Menci! Menci! Tak suka!!

Aku mara ke depan lagi. Phamplet masih berbaki di tangan. Kumpulan manusia di hadapan aku masih bersorak-sorak. MAKIN MERIAH.
"Kak. Saya ingat akak jangan ke depan lagi kak. Bahaya." Seorang remaja lelaki memberi amaran kepada aku. 

Aku menghentikan langkah. Keselamatan perlu diutamakan. Aku bimbang perkara buruk berlaku pada aku dan teman-teman wanita lain. Bilangan kami terlalu  sikit dibandingkan dengan MEREKA. Aku edarkan phamplet yang masih berbaki. Lautan manusia di tengah masih rancak menari dan menyanyi. Lupa Allah. Lupa AKHIRAT. Lupa MATI. Lupa bahawasanya ALLAH boleh tarik nyawa kita BILA-BILA masa. Lupa ALlah boleh turunkan Azab bila-bila masa Dia kehendaki.

Allah.. Berilah hidayah pada mereka. Berilah aku dan teman-teman lain kekuatan untuk meneruskan dakwah lapangan seperti ini. Berilah kami pertolongan untuk kami teruskan usaha ini. Mencabar. Sungguh mencabar dakwah di zaman Generasi X ini. Inilah the real generasi x, generasi masa kini.

(Penemuan selepas operasi bersama JAIS pada malam Tahun Baru 2011 di D Curve, Damansara)

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

7 ulasan:

incik berkata...

ni bukan cerita sedih je nih..tapi NGERI!mintak dijauhkan diri sendiri dan ahli keluarga daripada terjebak..amiiin..

tahniah kak..usaha sungguh murni..

white rose berkata...

Ya Allah, ngeri sy baca cerita kak nih...

sungguh BESAR t/jwb akak & kawan2 akak dlm melaksanakan misi ni...

TERUSKAN PERJUANGAN kak!!!

jangan putus asa...

p/s: ade tak salinan pamplet2 semua tu? sy nak, akak bole emailkan kepada sy...
nufaa84@yahoo.com.my

thanks ye kak...

Abd Razak berkata...

Penjajahan tinggalkan segala yang kita nampak hari ni banyak membawa kepada kerosakan dan gejala sosial. Contohnya sambut tahun baru membabitkan semua pihak...

Moga Allah beri taufik dan hidayah kepada kita semua

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum..awak duk kuala selangor ke?? yg kat tesco tue erk

DrSam berkata...

Salam Hani. Satu usaha dan gerakan yang patut dicontohi lebih ramai golongan yang memperjuangkan Islam. Tahniah! Itu semua merupakan usaha zionis melalui 5F (food, fun, family, fashion, film) untuk merosakkan Islam. Nampak gayanya usaha itu berkesan (lihat generasi muda sekarang) dan jika tidak dibendung pasti pendokong agama kita di masa hadapan akan rosak binasa. Nauzubillah.

Teruskan usaha murni itu Hani!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

selamat tahun baru

Hunny berkata...

Shahrom,

I orang kampung. Ke Tesco lebih kurang 20 minit. Awak orang Kuala ke?