Berjogging bertiga..:) |
Assalam semua,
Tadi aku solat Asar di ofis, sebab nak terus gi joging kat Tasik Shah Alam. Time aku takbir untuk rakaat kedua, tiba-tiba...
"TAP!!"
GELAP... |
Gelap pandangan aku. Tak nampak apa-apa. Sejadah pun aku tak nampak. Gelap gelita. Bilik tempat aku solat tu, memang tak ada tingkap langsung. Dinding semata-mata. Mak aii!! Hampess betul sapa yang matikan lampu tu. Tapi tak pe. Aku maafkan orang tu, sebab maybe dia ingat dah tak ada orang kat ofis time tu. Lagipun dah habis ofis hour. Tinggal 2-3 orang kakitangan jer termasuk aku yang ada di pejabat.
Namun, aku manusia biasa. Memang tak khusyuk dah aku solat. Tapi aku tetap teruskan. Bacaan aku kuatkan, sebab kegelapan tu menyebabkan aku terfikir yang bukan-bukan. Nauzubillah...
Yang bagusnya, suasana demikian menyebabkan aku terasa seperti aku berada dalam kubur. Rasa sunyi sangat. Sepi sangat. Aku cuma dapat dengar suara aku jer...
Agaknya, macam ni lah dalam kubur nanti. Cuma bezanya, sama ada kubur kita diterangi dengan cahaya dan nyaman kesan daripada ibadah yang kita laksanakan, atau gelap-gelita dan dipenuhi dengan binatang berbisa yang menyiksa kita hingga hari kiamat dek kerana dosa yang kita lakukan. Nauzubillahiminzalik.. Mudah-mudahan Allah terima ibadah kita dan mengampunkan dosa-dosa kita sebelum kita disemadikan di rumah transit kita di alam kubur dan dibangkitkan semula.
Nyamannya berjoging di tasik.. Banyak pepohonan hijau melindungi kami dari terik matahari. |
Usai solat Asar, aku terus ke Taman Tasik Shah Alam. At last, I am back on track..:P. Tak sempat habiskan satu round larian dan jalan cepat, aku bertembung dengan Nora dan Shikin yang dah keletihan berlari.
"Nanti jumpa kat tempat sit up sana tau," kata Nora dengan gaya jurulatihnya.
Aku bersetuju. Kami masing-masing membuat sit up 50 kali sebelum ke kawasan refleksiologi dan untuk menyiksa kaki masing-masing berjalan di atas batu-batu yang menyakitkan. Then, kami decide untuk pulang setelah wajah Nora bertukar menjadi hijau. (Mau muntah Badang..:P). Kami bertiga berjalan beriringan di bawah rimbunan pepohonan yang hijau merimbun menuju ke kereta aku yang aku park di Kedai Kopi. Kami baru saja melalui sepohon pokok yang rimbun apabila tiba-tiba....
Subhanallah... |
"PRAAKKKKKK!!!"
Dahan pokok tersebut sebesar batang pokok pisang gugur ke bumi betul-betul di belakang kami. Mujur sangat-sangat ianya tak menimpa kami, tapi memang hampir sangat. SIPI sangat, orang kata. Kalau kami lambat sikit melintasi pokok tersebut, konfem kena kat kami. Alhamdulillah, syukur... Kalau kena kat kami, tak pasal-pasal jer 30 orang jejaka yang gagah perkasa lagi hensem plus beriman terpaksa angkat kami bertiga yang cedera parah ditimpa dahan pokok tersebut. Pastu, tak pasal-pasal kami bertiga terpaksa buat istikharah nak pilih yang mana satu untuk jadi calon suami, sebab selamatkan kami. (Haruskah?)
Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat-sangat. Syukur sebab kami semua selamat. Aku pesan pada Shikin dan Nora supaya buat sujud syukur, sebab terselamat dari malapetaka yang tak dijangka.
Moral of the stories, Allah Maha Kuasa. Semua yang berlaku atas kehendak dan kuasa Dia. Klausa ini, kalau dalam agreement yang aku draf, ianya dipanggil, ACT OF GOD, atau, TAQDIR TUHAN. Allah Maha Kuasa, manusia tak ada kuasa. Kita sebagai makhluk tak mampu nak halang bila perkara yang di luar kawalan seumpama ini berlaku. Apa yang kita mampu buat adalah sentiasa berDOA supaya kita dijauhkan daripada bahaya dan bala' bencana tersebut. Aminn.
"Allah Maha Kuasa Manusia Tiada Kuasa"
Nurhani
Shah Alam
9 ulasan:
jogging bagos untuk kesihatan.hehe
Allah nak selamatkan kita tak kira masa atau ketika...
tu nak suruh kita sentiasa ingat kat dia...
:)
Si para-para,
Betullah tu..:)
syukur ALHAMDULILLAH...
tapi part 30 jejaka yang gagah perkasa tu, mmg tak bole blaaahh punya impian...
ade hati nak pilih jadi calon suami lak tu...
haayyyaakkk...kak hunny weii...
agak2 laa...
miahahaha...
sit up 50x..sangat mantap...mesti keras jer perut lepas tuh.bila muscle pecah mula sakit keesokan paginya..
seorang lawyer yang sangat aktif...yezza!
dalam berjogg sempat lagi fikirkan calon suami ek..haha.hunny..hunny.
pernah dengar orang kata..kita mampu laksana takdir yang terencana..
Assalamualaikum...
Bagus tu berjogging jaga kesihatan dan saya pun buat setiap hari kecuali ada halangannya...
Solat di dalam gelap makruh hukumnya tapi ini gelap yang datang....jangan terbaca qunut dah la...haha..!!!.
folo & BW...
kalo free mehla jenguk belog ai..
salam kenal!(^_^)
alhamdulillah xde apa yang x elok jadi...
wah,bestnyaa....alangkah bestnya kalau dpt join...
Catat Ulasan