Assalam semua,
Sabtu lepas, aku dengan jayanya berjaya menyudahkan tugasan pertama yang diamanahkan kepadaku sebagai part-time lecturer di UiTM. Ada seramai 20 orang pelajar yang hadir ke kelas aku. Majoriti pelajar aku perempuan. 3 orang ajer lelaki. Betullah lelaki dah hampir pupus di Universiti. :P
"Ada lagi yang tak datang," kata seorang anak murid aku.. Cewah! Anak murid tuu... Hahaha..
Betullah hidup macam roda. Sekejap kita di atas, sekejap di bawah. Dulu aku pelajar DLSA. Menuntut ilmu dengan PM Dr Azam Adil, PM Dr Mohd Amin, Tuan Fouzi, Madam Suzaini, Madam Rafizah, Dr Yusoff. Sekarang, aku pulak yang mengajar.
Pelajar-pelajar aku ada yang sanggup datang dari JB setiap minggu semata-mata nak ambil DLSA. Aku sanjung tinggi orang orang yang bersemangat nak terus belajar macam diorang, walau terpaksa berpisah dengan keluarga tercinta. (Tahniah kepada Bad, semoga terus diberi kekuatan untuk meneruskan pengajian walau terpaksa berjauhan dengan yang tersayang..:)
Alhamdulilah.. Selesai sesi pertama. Slaid yang aku sediakan pagi sebelum masuk kelas memang berguna. Mudah-mudahan sedikit ilmu yang aku kongsikan, dapat diterima dan difahami oleh mereka. Selebihnya, aku serah pada Allah.
"Kalau tak dapat 100% atau 80%, harap-harap kamu dapat 20% daripada yang saya ajar pun dah cukup baik," kata aku sebelum menamatkan kuliah hari itu. Itulah harapan aku. Dan juga ketakutan aku. Harapan aku, semoga diorang faham. Ketakutan aku, takut, bimbang diorang tak faham. Kiranya fi khaufi warraja'.. (Takut tapi mengharap)
Apapun, walaupun aku dah mengajar, namun, aku tetap akan meneruskan pencarian ilmu aku. :)
"Ilmu Asas Iman"
Nurhani
Shah Alam
6 ulasan:
alhamdulilah...
teruskan perjuanganmu dalam mendidik anak bangsa..
tahniah kak sedaraku... ;-)
Assalamualaikum...
Moga terus diberikan kekuatan serta dengan izin~NYA..
Ibnu Maulub dan en Razak,
Amin.. Thanx..:)
assalamualaikum..semoga ilmu yang awak titipkan kan berguna utk mereka semua..semoga awak dilimpahi rahmat Allah SWT
Menyebar ilmu, belajar ilmu dan mengajar ilmu yang bermanfaat pahalanya mengatasi solat sunat dengan syarat dibuat dengan ikhlas, ikhlas bermaksud melakukannya semata-mata kerana Allah.
Cehwaaah...bersyarah dengan pensyarah merangkap peguam pulak...bergurau ya :)
Sahrom dan pak Ngah,
Aminnn.. Insyaallah..:)
Catat Ulasan