Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 3 Januari 2011

Peguam Menulis : Pelantikan SUK Baru Negeri Selangor

Assalam semua,

Nampaknya tak selesai lagi kemelut yang sedang berlaku dalam Kerajaan Negeri Selangor. Sampaikan my ex-boss kena wat statement. Kesian dia. Tak pasal-pasal jer rating dia naik, walaupun tak sehebat Khairul Fahmi, keeper for the Malaysian team untuk Piala Suzuki.

Korang baca sendiri lah. kat sini. Malas nak komen. Aku cuma nak share dari sudut perundangan. 

Menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, 1959, pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam di peringkat Kerajaan Persekutuan. 

Bab 3 LII (1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyebut:

“Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.”

Suruhanjaya perkhidmatan yang berkenaan adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan. Oleh itu, pelantikan SUK baru Selangor oleh Ketua Setiausaha Negara adalah bertepatan dengan  Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tersebut dan tidak sewajarnya dipertikaikan. Sehubungan dengan itu juga, terdapat cadangan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk meminda undang-undang tersebut supaya kuasa pelantikan SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri diberi kepada Sultan dan Menteri Besar. 

Boleh refer pandangan pakar yang lain dan kenyataan MAIS terhadap isu ini.

Cuma, pada hemat saya, dari sudut protokol, ada baiknya jika pelantikan tersebut dimaklumkan terlebih dahulu kepada pentadbiran kerajaan negeri terlebih dahulu demi  menjaga perhubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Harap-harap dapatlah isu ini diselesaikan secara aman seperti titah Tuanku Sultan Selangor. Kalau asyik gaduh, sapa nak jaga Selangor terchenta ni..

K lah. Mau tido. Nak bangun awal. Azam tahun baru..:)

"Just My Opinion"
Nurhani
Shah Alam
Selangor 

8 ulasan:

ithink.iwrite berkata...

ape pun, Dato' Khusrin adalah pemimpin yang baik, bertanggungjawab dan yang menurut perintah...vote Dato' K...yeh!!!

teringat kata-kata dato' K kepada saya, .."awak,..meh masuk balik kewangan JAIS.. buat akaun JAIS,..kawan baik awak dah xde dah...(huhuhu..lucu2.)

white rose berkata...

urmm...
susah nak nilaikan situasi ini...

semuanya perlu kerjasama semua...

Hunny berkata...

ITIW,

yup. U are write sis.

Hunny berkata...

WR,

kerjasama dan persefahaman nak selesaikan isu.

ana berkata...

takyah gaduh...majlis formal pelantikan 6hb ni, sekali ngan pelantikan our BOD...alamak den cuti nie, harap2 preparation ok.

sahromnasrudin berkata...

saya tetap tidak setuju dengan kerajaan negeri..ia wajar tidak dipolitikkan..sebenarnya nak maklum pun tak perlu..lepas nie, nak lantik ketua jabtan semua kne maklum gak ke?? huru hara negeriku tercinta huhuhuhu

Tanpa Nama berkata...

sian Dato K...xbaik taw gdh2..dah dia layak xkira la dia sokong pe..eee tb2 geram yg teramat ni...

Hunny berkata...

Ana,

Hoefully everything is ok..