Dulu, ribut dengan isu bantahan terhadap azan oleh orang bukan Islam. Bising dan mengganggu kata mereka. Lama-lama isu tu senyap. Tak ada tindakan pun diambil terhadap sesiapa. Then, semalam, timbul lagi isu yang sama. Pertikaikan azan juga. Bila umat Islam dah naik angin dan nak isytihar perang, siap ada yang bakar-bakar patung lagi. Aku memang tak suka demo style bakar-bakar macam kat USA dan Indonesia. Mungkin sebab aku pernah masuk Kadet Bomba masa Tingkatan 4 dulu, so, aku tak boleh nampak 'kebakaran', mesti ada rasa tanggungjawab untuk padamkan api. Bila suasana macam dah tak aman, and ada pihak yang tak senang duduk dan bersuara, barulah ada yang sedar diri tu dah buat salah, minta maaf.
Anehnya, mudahnya umat Islam memaafkan jenayah terhadap agama Islam? Walaupun jenayah yang sama telah berulang, sepatutnya hukuman yang berat dikenakan ke atas pihak yang mempertikaikan. Kita ada ISA, dan seksyen 298A Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan kesalahan kepada orang yang menyebabkan rasa tidak damai, perpercahan dan tidak puas hati atas alasan agama.
Satu ketika seorang editor bukan Islam akhbar The Star, mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman sebatan terhadap 3 orang wanita atas kesalahan minum arak, umat Islam terpanggil dan memberi tekanan terhadap syarikat akhbar tersebut, sehingga akhirnya wakil syarikat tersebut meminta maaf. Bukan editornya, tapi wakil syarikat. Apa tindakan yang diambil terhadap editor tersebut, kita pun tak tahu menahu.
Pernah kah kita umat Islam mempersoalkan secara terbuka dan terang-terangan, aktiviti keagamaan penganut lain?Sedangkan kebebasan beragama ini jelas diperuntukkan di dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan. Bukankah azan itu, memang amalan yang JELAS, NYATA dan TERANG adalah amalan agama Islam? Lebih-lebih lagi apabila ianya dilaungkan di dalam negara yang menyatakan di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Ironinya, yang mempertikaikan soal AZAN itu, seorang peguam. Biar betul? Peguam betul atau olok-olok? Kalau peguam, tentu dia jelas kedudukannya dan akibat tindakannya di sisi undang-undang negara Malaysia.
Malam ni aku tengok berita, Sultan Selangor dah beri perkenan kepada Kerajaan Negeri Selangor untuk mengadakan sidang DUN tergempar bagi meminda Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Harapnya pindaan tu tambah kuasa Sultan dalam hal berkaitan agama dan pentadbiran negeri, boleh rotan penjenayah syariah, bukan setakat dapat kuasa lantik SUK sahaja.
Maaflah. Entry kali ni beremosi. Aku nak beri amaran. Kepada sesiapa yang tak suka dengan amalan beragama Islam oleh umat Islam di Malaysia tak perlu nak pertikaikan agama Islam. Keluar saja dari Malaysia. Duduk negara lain yang tak beri kebebasan kepada umat Islam untuk amalkan agamanya. Tak ada laungan azan, tak ada undang-undang jenayah syariah. Negara Malaysia telah memperakukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu undang-undang tertinggi Malaysia, satu kedudukan istimewa terhadap agama Islam. Islam lebih tinggi dari agama lain. DO RESPECT OUR RIGHTS AND LIBERTIES AS MUSLIMS, IF YOU WANT THE REST TO RESPECT YOURS.
Sampai bila kejadian ni nak berulang? Buat salah, sindir agama orang, then mintak maaf.
Kesan tindakan peguam Ng kepada umat Islam. Tak sangka kat Malaysia dah ada demonstrasi bakar-bakar ni.
Surat Peguam Ng Kian Nam kepada PM Malaysia.
Allahu Akbar!!
"Islam Agamaku"Nurhani
Shah Alam
5 ulasan:
mmm...tula pasal...
Assalamualaikum...
Agaknya peguam tu tak tahu tentang Perkara 3 tu kot...
duduk Pantai Hill Park tkt 21... dengar bunyi azan sangat kuat?... dia tak tutup pintu tingkap ape?
rumah akak dgn masjid tak sampai 1km pun tapi klu azan subuh ngan maghrib slalu tak perasan sbb masa tu pintu tingkap dah tutup rapat mcm kedap bila dah buka tingkap baru dengar bunyi...
mengada la Cina tu... nak duduk 'aman dan sunyi' jgn la duduk rumah flat la... huh
assalamualaikum..terbukti sistem pendidikan kita telah gagal mendidik rakyat menghormati agama lain..ia perlu dirombak
Ini masalah 'Problem Solving Problem'; maknanya sengaja direka cipta untuk menunjukkan pihak tertentu itu dapat menyelesaikan masalah.
Catat Ulasan