Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 9 Disember 2008

Diari 4 - Aidil Adha 1429h/ 8 Disember 2008- Berkorban kerana agama..


Salam semua,

Semalam umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidil Adha untuk tahun 1429h yang jatuh pada hari Isnin 8hb Disember 2008. Laungan takbir berkumandang sejak malam Ahad dari masjid yang terletak bersebelahan rumah saya. Rasa sayu di hati dan terkenang sejarah-sejarah pengorbanan para anbiya', Rasulullah s.a.w, dan para sahabat demi menyebarkan dakwah Islam ke seluruh dunia.

Selepas solat Isyak, kami beramai-ramai melaungkan takbir dan tahmid. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd. Tersentuh juga hati melihat anak-anak buah yang masih kecil sama-sama melaungkan kalimah-kalimah Allah dan bertakbir dengan penuh semangat. Walaupun mereka masih kecil, mereka perlu dibiasakan dengan zikir, tasbih, takbir,tahlil dan tahmid supaya terisi jiwa2 anak-anak kecil ini dengan kalimah-kalimah suci itu.

Sepanjang hari, saya asyik terfikir, apakah yang telah saya korbankan untuk agama saya? Umur sudah melangkaui 3 dekad, tapi saya tidak pasti apa yang telah saya korbankan untuk Islam. Langsung saya teringat kata-kata seorang pendakwah, bahawasanya dakwah itu ada 5 peringkat, iaitu kepada diri, kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada negara dan kepada ummah. Pada saya, tentu sekali pengorbanan juga boleh dibahagikan kepada 5 peringkat yang sama.

Teringat saya pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat untuk Islam. Harta benda, anak-anak dan isteri semuanya ditinggalkan. Semuanya untuk Islam. Semuanya untuk mendapatkan redha Allah. Termenung saya sejenak, apakah semuanya itu telah saya lakukan? Saya sendiri pun kurang pasti.. Bagaimana dengan anda? Semoga kita dapat renungkan dan sama-sama berkorban untuk Islam.

Berkorban apa saja,
harta ataupun nyawa,
itulah kasih mesra,
sejati dan mulia..
(
Petikan lagu 'Berkorban Apa Saja' nyanyian biduan negara Allahyarham Tan Sri P. Ramlee)


2 ulasan:

Shah Jehan berkata...

Kak J setuju bebenorlah dengan coretan Oan ni. Betapa luasnya scope ajaran Islam ni, termasuklah luasnya erti pengorbanan. Tang umur 3 dekad tu pun, setuju sangatlah... :)

Hunny berkata...

Yelah kak j, dok terfikir dua tiga hari ni, apa yang saya dah buat sepanjang hidup. Hajat saya, sebelum terpejam mata, adalah khidmat saya yang berkekalan untuk Islam, buat bekal dalam kubur..