Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 10 Disember 2008

Diari 5 - Now you see, now u don't..


Gambaran kereta Eddy yang dicuri pada 9 Disember 2008.
No plat WMK 9135. Sesiapa yang ada maklumat bolehlah menghubungi saya
di nombor 019-264 7640.

Salam semua,

Semasa menulis artikel ini, seorang sahabat saya sedang dalam kesusahan, kerana keretanya baru saja dicuri. Sahabat saya, Eddy, meninggalkan kunci keretanya dengan hand phone di dalam kereta rakannya. Mereka kemudiannya telah pergi ke Subang Parade untuk membeli belah. Kereta Myvi milik rakannya itu dikopak dan pencuri melarikan handphone dan kunci kereta Eddy. Bertambah malang lagi, nombor kereta Eddy ada tertera pada salah satu tag kunci beliau. Alamat rumah rakan Eddy pula dapat dikesan melalui surat2 dan dokumen yang terdapat di dalam kereta tersebut. Apabila mereka menyedari hal tersebut, mereka berdua bergegas pulang ke rumah. Seperti yang dijangka, pencuri tersebut telah melarikan kereta Gen2 milik Eddy. Mereka terus membuat laporan polis.

Perkara seperti ini, memang tidak pernah dijangka. Sekejap tadi kita lihat, barang milik kita ada. Dalam masa sekejap, dah tak ada.. Sama juga dengan tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. 4 hari lepas, kalau kita melalui lebuhraya MRR2 di Ulu Klang, kita tentu dapat melihat rumah-rumah mewah tersergam indah di tepi lebuhraya tersebut. Tetapi hari ini, semuanya ranap disebabkan tanah runtuh yang meragut nyawa beberapa penghuni yang mendiami kawasan tersebut. Now u see, now u don't.

Persoalannya, bersedia tak kita menghadapi apa jua kehilangan yang telah ditakdirkan? Adakah kita redha dengan kehilangan harta benda atau orang tersayang? Yang paling penting, adakah kita bersedia untuk menerima hakikat kehilangan nyawa kita? Adakah cukup bekalan kita? Sama-samalah kita fikirkan dan memuhasabah diri sendiri. Mudah-mudahan kita tergolong di dalam golongan yang bersedia untuk dunia dan akhirat.

Untuk Eddy, takziah dan moga redha dan tabah dengan tadkir Allah. Tentu ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.



2 ulasan:

Shah Jehan berkata...

Hi Oan. Assalamualaikum. Berat mata memandang, berat lagi bahu Eddy yang terpaksa menderita kehilangan harta kesayangannya. Namun, berat hati itulah intipati diuji Allah. Kalau benda yang tak beri kesan pada hati kita, tidaklah namanya kita teruji, betul tak... Semoga Eddy redha dan sabar dan positif menghadapi kemelut kehidupannya ini. Alangkan kehilangan harta benda pun kita dah terpempan, inikan pulak kehilangan nyawa. Manusia takkan pernah bersedia untuk semua ni. Cuma kekuatan iman yang menentukan tahap penerimaan atas qadha dan qadar ketentuan Allah. Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Terima kasih juga atas komen Oan pada blog saya yang telah menyuntik semangat supaya saya dapat terus menulis. Pada saya, menulis ni sukar. Sebabnya nak kena perah otak karang dan susun idea supaya apabila tersurat, pembaca faham. Itu yang susah. Mungkin saya belum biasa memblog, maka kadangkala terasa terhimpit dan sukar untuk berkarya. Oan kata pandangan saya menyokong ulamak. Mestilah. Ulamak tu kan pewaris nabi. Mungkin kalau saya tahap ulama jugak, baru lah boleh nak komen ulamak. Macam Dr Asri Zainul Abidin ke. You are doing a great job here Oan. Tak kira lah apa bahasanya. Yang penting pembaca mendapat mesej yang Oan nak sampaikan. Your English pun terrer tu... belum cuba belum tahu. Tak cuba, takkan tahu... :)

Hunny berkata...

Kak J, saya ni blogger baru, dan saya memang rajin lawat blog orang lain yang dah lama bertapak. But I really impressed with my frenz who do their blogs in English language. I ada juga visit najlah ishaknyer blog. Walaupun ringan, but lot of stuff and ideas to be shared.. Anyway, hope that kak J will continue blogging and writing and most important, keep in touch!