Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 22 Disember 2008

Peguam Menulis 1 - Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988

Salam semua,

Pagi ini saya telah dijemput untuk menyertai taklimat khas berkenaan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) yang dianjurkan oleh JAIS dan Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor. Antara peserta yang hadir termasuklah Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Ketua Polis Selangor dan pegawai-pegawai polis berpangkat inspektor dan ke atas, pegawai-pegawai kanan MAIS dan JAIS dan LZS, serta beberapa orang lain. Taklimat tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Hasan Hj Ali, selaku Exco Agama dan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Selangor. Penerangan mengenai Enakmen tersebut disampaikan sendiri oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor manakala Prof Salleh Buang menerangkan mengenai takat kebebasan beragama di Malaysia.

Antara lain, taklimat yang disampaikan memberi pendedahan berhubung takat kuasa pihak berkuasa yang dilantik untuk mendakwa mana-mana orang bukan Islam yang sengaja menghasut memujuk dan mempengaruhi orang Islam untuk keluar dari Islam atau mengamalkan ajaran atau ugama selain Islam.

Selepas majlis taklimat selesai, sesi joal-jawab diadakan untuk memberi peluang kepada hadirin mengutarakan soalan atau pandangan mereka berhubung taklimat yang diadakan. Saya teringat pandangan salah seorang peserta yang mengatakan bahawa undang-undang tersebut tidak lagi relevan dan bersifat menindas kepada golongan bukan Islam dan mencadangkan supaya ianya dimansuhkan.

Jujurnya, saya kurang bersetuju dengan pandangan beliau. Asasnya, 3 perkara. Pertama, walaupun undang-undang tersebut telah digubal sejak tahun 1988, tetapi ianya diwujudkan selaras dengan undang-undang tertinggi di Malaysia, iaitu Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana, Perlembagaan Persekutuan telah memberikuasa kepada Kerajaan Persekutuan atau Negeri untuk menggubal undang-undang untuk mengawal perkembangan dan penyebaran ugama bukan Islam terhadap orang Islam. Kedua, dari sudut siyasah syarriyahnya, undang-undang ini perlu untuk menjaga agama yang merupakan maqasid syariah yang paling utama, iaitu hifz addin. Yang ketiga, its my common sense, sedangkan ada undang-undang pun, ramai orang Islam kita murtad, kalau tak ada undang-undang yang mengawal, lebih rosak akidah ummat Islam di Malaysia. Sesiapa yang setuju dengan saya, atau dengan pandangan peserta tadi, bolehlah beri komen di sini. Wallahua'lam.. Moga-moga kita tergolong dalam golongan orang Islam yang mempertahankan Islam. Ameen..

4 ulasan:

Ustaz Amin berkata...

syabas dan tahniah

Hunny berkata...

Thanks:)

Tanpa Nama berkata...

sebagai manusia ada pandangannya sendiri ,soal ugama adalah hak sendiri dan tak boleh di paksa ini adalah kerana ia lahir dari dalam hati untuk memilih mana satu yang ia yakin dapat menyelamatkan jiwa dan rohaninya

Hunny berkata...

Salam Tanpa nama,

Islam meletakkan di dalam Al-Quran bahawa tiada paksaan untuk memasuki agama Islam. Kita boleh sebarkan dakwah, tetapi tak boleh paksa seseorang masuk Islam. Tetapi setiap umat islam wajib menjaga agama masing2. Apa yang dibuat oleh Kerajaan adalah selaras dengan Syariah sendiri, untuk menjaga agama Islam.