Salam semua,
Saya termenung sejenak selepas membaca berita mengenai IJN bakal diswastakan. Saya takut membayangkan jumlah kos yang perlu dikeluarkan oleh pesakit-pesakit jantung negara ini utuk membiayai kos rawatan di IJN, sekiranya ia diswastakan. Kita saban hari didedahkan dengan kematian disebabkan penyakit jantung. Menurut Kajian yang dibuat oleh Ketua Jabatan Kardiologi Hospital Umum Sarawak dan Profesor Jemputan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Dr Sim Kui Hian, berkata walaupun penyakit jantung atau berkaitan dengan arteri koronari sering dikaitkan dengan golongan berusia sebelum ini, tetapi keadaan itu sudah banyak berubah. Beliau berkata, dalam kajian yang dijalankannya, pesakit paling muda yang pernah dirawat berusia 23 tahun. "CAD (Coronary Arteri Disease) adalah pembunuh utama di dunia dengan 16.7 juta kematian setiap tahun dan hampir 80 peratus mangsa adalah dari negara berpendapatan rendah dan sederhana," katanya.
Statistik kematian di hospital kerajaan seluruh Malaysia menyaksikan pada 2006, 15.5 peratus wanita meninggal dunia disebabkan sakit jantung manakala 9.9 peratus disebabkan strok. Angka ini tidak jauh beza dengan statistik tahun sebelum itu iaitu 14.9 peratus meninggal dunia kerana sakit jantung manakala 9.8 peratus disebabkan strok. Prof Dr Sim berkata, di kalangan lelaki, antara punca utama CAD tentu saja merokok dan 84 peratus daripada 1.4 bilion perokok datang dari negara membangun.
Selain merokok terdapat banyak lagi faktor risiko CAD. Dianggarkan 11.6 juta orang dewasa berusia 25 hingga 64 tahun berhadapan sekurang-kurangnya satu risiko sakit kronik (diet, tidak bersenam, obesiti, tekanan darah tinggi). Hanya tiga peratus saja daripada orang dewasa di Malaysia yang tidak memiliki faktor risiko itu," katanya.
Pada saya, kerajaan Malaysia tidak wajar meneruskan cadangan penswastaan IJN ini. Fikirkanlah kebajikan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Sudah tentu mereka tidak mampu. Saya bersetuju dengan pandangan beberapa NGO supaya cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd. dibatalkan sama sekali dan bukan sekadar ditangguhkan seperti yang diumumkan Kabinet semalam untuk kebaikan semua rakyat berpendapatan rendah dan sederhana di Malaysia. Renungkan dan fikirkanlah wahai pembesar kerajaan..
Dalam masa yang sama, nampaknya, kenalah kita mulakan langkah untuk menyayangi jantung kita. Kenalah banyak exercise dan jaga pemakanan. Nasihat ini ditujukan untuk semua, khasnya untuk golongan overweight dan obesiti macam saya. Kenalah start jaga makan dan diet nampaknya.. Hehehehe...
Sayangi Jantung Anda,
Ingatlah insan yang tersayang,
Ingatlah kos rawatan yang mahal!!
2 ulasan:
Fakta yang lengkap. Pandangan yang menarik. Berpihak kepada kebaikan golongan majoriti. Saya setuju dengan pandangan Oan atas sebab utama bahawa penyakit jantung adalah antara penyaki pembunuh paling berleluasa dalam Malaysia. Orang yang sakit jantung ni ada yang semenjak lahir, ada yang oleh kerana gaya hidup tak sihat dan kerana faktor usia. Jika diswastakan, maka akan bertambah sesaklah hospital-hospital kerajaan. Tapi mungkin kerajaan akan bertambah kaya sikit. Ye lah, tak perlu tanggung kos atau subsidi pada IJN.
Doktor pengasas IJN, Tan Sri Dr Yahya Awang tidak bersetuju IJN diambil alih oleh badan swasta kerana niat asal penubuhan IJN adalah sebagai badan ulung dalam bidang akademik dan pencapaian profesional. Bukan sebagai badan perdagangan yang besar.
Kerajaan sekali lagi haruslah menimbangkan kepentingan majoriti rakyat sebelum membuat keputusan. Seperti keputusan menaikkan harga petrol RON 97 pada bulan Jun lepas. Dalam masa 6 bulan, harga petrol turun hingga ke tahap lebih rendah daripada kadar sebaik sebelum naik dahulu. Namun, harga barang makanan, tidak banyak yang turun. Kalau turun pun, sedikit sahaja. Harga tiket bas expres, naik dan tak turun2. Oleh itu kerajaan sila lah fikir masak2 untuk jangka panjang demi kebaikan rakyat majoriti.
Yup. I agree with you. Kenalah fikir beban rakyat dulu sebelum buat sesuatu tindakan.
Catat Ulasan