Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 26 Disember 2008

Renung Sejenak 7- Sejarah vs Al-Quran

Al-Quranul Karim
Salam semua,

Hari ini, satu berita di suratkhabar menarik perhatian saya. Berita tersebut menyatakan bahawa seorang Professor di Universiti Petronas mendakwa bahawa Francis Light bukanlah orang pertama yang membuka Pulau Pinang, tetapi seorang Melayu yang dikenali sebagai Dato’ Jenaton Bin Raja Labu sejak tahun 1749. Beliau berpandangan bahawa keperluan untuk menggali semula sejarah untuk memperbetulkan fakta sejarah tersebut.

Menurut Kamus Wikipedia, sejarah merupakan koleksi maklumat ataupun fakta masa lalu. Apabila digunakan sebagai nama bidang pengajian, sejarah merujuk kepada penyelidikan dan tafsiran rekod-rekod masyarakat manusia. Istilah "sejarah" berasal daripada Bahasa Greek "ιστορία" ("pemerian penyelidikan"), dan mempunyai etimologi yang sama dengan perkataan bahasa Inggeris"cerita" (story).

Ensiklopedia Britannica 1911 pula mengatakan bahawa "dari segi am, sejarah adalah kesemua yang terjadi, bukan sahaja mengenai fenomena terhadap hidup manusia, bahkan juga dengan alam semulajadi. Ia merangkumi segala yang mengalami perubahan, dan sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh sains moden, kesemua alam semesta dan setiap bahagiannya mempunyai sejarah masing-masing kerana tiada sesuatu yang benar-benar tidak berubah-ubah."

Pada saya, Al-Quran bukan sahaja terdapat kesemua yang dikategorikan sebagai sejarah, malahan perkara yang akan datang dan belum berlaku, malahan yang sedang berlaku. Itulah beza Sejarah Melayu dengan kitab Al-Quran, kitab suci bagi orang Islam, yang tidak pernah berubah kandungan atau bercanggah kenyataan di dalamnya. Itulah mukjizat Al-Quran, sebesar-besar mukjizat, yang kekal turun temurun, sejak diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu. Semoga saya dan sahabat-sahabat tergolong di kalangan pencinta Al-Quran. Amin.

6 ulasan:

Azri berkata...

Ustazah, ana setuju sangat dengan apa yang ustazah tulis.
Ana rasa isu yang patut diketengahkan adakah sejarah yang di ajar disekolah itu benar?
Kebetulan ustazah baru melawat melaka. Kita tau Parameswara buka melaka. dia islam . tapi kita tak tahu macam mana dia boleh convert to islam. kita tak tau dimana kubur nya.Kalu pergi melaka kita nampak sejarah orang keristian. Kita tak tahu mana kubur munsyi abdullah. Yang kita tau Jebat penderhaka. Sejarah kita telah dipadamkan oleh system pendidikan kita sendiri. Ini patut di ubah

Hunny berkata...

Setuju dengan Azri. Untuk permulaan, saya rasa kerajaan perlu bagi dana lebih besar pada Universiti-Universiti tempatan untuk mengkaji sejarah Islam di Malaysia.Tak cukup dengan Batu Bersurat Terengganu, Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, 99 Laws of Perak dll.

Azri berkata...

Ustazah,
Kalu tunggu gomen sampai 2020 pun tak ada ape. Media TV boleh memainkan peranan penting. Orang kita kan malas baca buku. Tengok Majah 3 ke ok lah. Yang saya nampak documentari di TV3 dikeluarkan oleh primeworks. Siapa mereka saya tak tau lah. Tapi mereka pasti berminat buat duit dengan mengadakan documentari2 sejarah yang kontroversial. Mungikn masalah nya mereka tak tau nak korek info dari ahli2 sejarah nih. Yang ana tahu salah satu pakar sejarah ni yag pelek nya dia ada lah ahli sains , pensyarah di UPM tapi dia ni memang minat kaji sejarah islam di nusantara.

Hunny berkata...

Yup. Banyak benda pelik sekarang ni.. Angkawasan pun boleh jadik jutawan.. Heheheha..Cuma, pada saya, jangan kondem, tapi beri cadangan alternatif..

Tanpa Nama berkata...

Ustazah, Angkasawan jadi jutawan tak pelik . Itu penting nya marketing. Dia berjaya market himself to get very good pay. Sama lah ustaz ustaz beri cermah. Ada yag bagi cermah saja boleh beli kereta besar. Apa yang peliknya.

Ana dah beri cadangan lah tu! Media TV boleh beri impak segera. macam mee segera.cepat dan sedap. TV3 dok buat misteri nusantara ..buat apa!. Banyak kurafat yang ditonjolkan. Dah elok buat jejak rasol dia tunjuk benda kurafat masa prime time. Mais/ Jais tak complen ke ?
Saya dah cadangkan TV3 buat documentari sejarah. Misalan nya Munysi abdullah atau macam mana islam boleh berkembang di melaka. Macammana paraameswara masuk islam dan .....

Hunny berkata...

Salam tanpa nama,

Media dan TV nak untung ajer. maintain rating penonton ramai. Saya setuju dengan u, kita memang kurang program dokumentari sejarah Malaysia dan Islam di Malaysia.