Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 19 Mac 2009

Diari - Dari Selangor ke Negeri Sembilan..



Salam semua,

Selama dua hari (18 dan 19hb Mac 2009) saya berada di Negeri Sembilan untuk satu projek penyelidikan usahasama di antara pihak MAIS, UITM dan UIAM. (Maaf, tak dapat nak disclose kajian mengenai apa, kerana terikat dengan perjanjian sebagai penyelidik). Di pihak MAIS, seramai 3 orang pegawai Bahagian Undang-Undang MAIS termasuk saya dilantik sebagai Ahli Pasukan Penyelidik yang telah memulakan projek penyelidikan ini sejak 2008 lagi. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Kumpulan Penyelidik, Prof Madya Dr Mohamed Azam Bin Mohd Adil, dari Institut Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM. Sepanjang dua hari, pihak kami telah membuat lawatan dan perbincangan di tiga jabatan penting di Negeri Sembilan iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan . Sepanjang dua hari satu malam di sana, banyak maklumat dan info-info yang dikongsi mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam dan penyelarasan kerja di antara tiga institusi ini dibincangkan, hasil daripada pertemuan kami dengan ketua-ketua jabatan tersebut. Mudah-mudahan pertemuan dengan jabatan-jabatan ini dapat mengukuhkan jaringan kerja antara insitusi-institusi agama dan memudahkan penyelarasan dan penguatkuasaan undang-undang Islam di kedua-dua negeri. Moga-moga jambatan persaudaraan atas nama Islam ini akan terus terjalin, demi bangsa, agama Islam dan negara.

Mendengar penerangan dan taklimat daripada YAA Ketua hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

Saling bertukar-tukar buah tangan dengan YAA Dato' Hussin, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah, Negeri Sembilan.

Bergambar kenangan di hadapan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan. Dari kiri, Prof Madya Dr Mohamed Azam bin Mohd Adil, Pesyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM dan Ketua Projek Penyelidikan, saya, Cik Nurul Shakirah (Research Assistant) dan Encik Suzaini (Academic Staff UITM).

Pada hari kedua kami mengadakan lawatan dan perbincangan di Jabatan Mufti Negeri Sembilan.Berbaju hijau SS Timbalan Mufti Negeri yang mengetuai sesi taklimat, berbaju kuning, Ustaz Mat Zaki (Penolong Mufti), dan dua orang wakil NGO Islam, Ustaz Danial Hakim Boey dan Cikgu Muhamad Adnan. Seronok sungguh berbincang, dari jam 9.30 pagi sampai tak sedar dah 12.30 tengahari..

Destinasi terakhir lawatan kami adalah ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Dato' Ishak (berbaju batik), Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan yang sudi melayan kehadiran kami walaupun sibuk dengan tugasan pejabat. Banyak info-info yang diberi semasa sesi perkongsian ilmu bersama beliau sepanjang pengalaman beliau sebagai pengamal undang-undang dan State LA di beberapa negeri.

Memberi token cenderamata daripada MAIS dan CITU kepada Dato' Ishak kerana kesudian beliau melayani pihak kami. Terima kasih banyak-banyak Dato'!

Bergambar kenangan bersama Dato' Ishak, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan dan beberapa pegawai kanan beliau sebelum bertolak pulang.

Adakah ini destinasi terakhir, atau baru permulaan? I guess, this is just the beginning.. After all, we need to submit the research, and we might come back to this state for further research.. I guess..

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan selamat. Cuma terkilan sebab tak sempat nak rasa cendol sedap dekat area Rembau, berdekatan tol Senawang, kerana masa tak mengizinkan. Dengar kata, siap boleh refill lagi kalau dah habis.. Menarik tu.. Tapi, lain kali la kott.. Selamat Tinggal Negeri Sembilan.. Pada yang sudi menerima kunjungan kami,terima kasih banyak.. Jemputlah datang ke Selangor pulak..

9 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Syabas. saya beranggapan ini adalah menderap langkah ke hadapan, semoga mendapat pertolongan Allah dan berjaya dengan cemerlang.

Hunny berkata...

Yup Pak Ngah,

Aminnn.. :)

Ustaz Amin berkata...

Teruskan,semoga dibantu Allah

Unknown berkata...

Salam Hani.

Banyak juga kerja Hani ya. Tapi baguslah sebab kerja2 tu adalah untuk kebaikan masyarakat juga. Semoga usaha yang baik sentiasa dipermudahkan Allah.

ibnu_maulub berkata...

tahniah kak...
apa mcm...?? chat..??
tpi kalau tengok bdn konfem sihat..
huwahuwa... gurau je... jgn mare taw...

Ustaz Amin berkata...

Bila nak update..

Hunny berkata...

Salam Ustaz Amin,

Terima kasih atas sokongan. Sekarang ni, banyak tugasan lain perlu diberi priority. Insyaallah, ada masa saya update..

Hunny berkata...

To Kak Chik,

Terima kasih atas sokongan. Mudah2an kajian yang dibuat bermanfaat.

Hunny berkata...

Ibnu Maulub,

Hehehe.. sedapnyer mengata.. Allah bagi rezeki lebih kat kesihatan Kak Hani ni, terima ajer.. Syukurrrr :) Hehehe..