Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 26 Mei 2010

Diari -Mengapa aku diuji?


Salam semua,

Kita sering bertanya mengapa kita sering diuji. Mengapa bukan orang lain? Mengapa rasa kecewa dan sedih? Dan pelbagai persoalan yang berlegar di benak otak kita apabila kita diuji. Akhirnya, saya temui jawapannya dalam satu email di dalam inbox saya. Rupanya jawapan-jawapannya semua sudah ada jawapannya di dalam perlembagaan umat Islam iaitu Al-Quran.

KITA BERTANYA AL-QURAN MENJAWAB

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah me...ngetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." - Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." – Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " – Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." – Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
- Surah Ali-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" – Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…"– Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. " – Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB "… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." – Surah Yusuf ayat 12


Nota: Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin. Sila sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran. Semoga kita semua lebih tabah menghadapi ujian Allah. Aminn..:)


"Berpesan-pesan"

Nurhani

Shah Alam

Isnin, 24 Mei 2010

Diari - Program Ramah Mesra Bersama Mualaf Daerah Klang

Salam semua,

Saat ini, saya masih di Hotel Impian Morib, kerana jemputan menghadiri program Ramah Mesra Bersama Mualaf. Saya dan Ustaz Fahimi tiba seawal jam 2 petang, kerana slot saya bermula pada jam 3pm. Namun, slot saya ditangguhkan ke jam 9 malam. Alhamdulillah, saya dapat berkongsi kesan-kesan pemelukan Islam bersama lebih kurang 40 orang mualaf daerah Klang. Antara lain yang saya kongsikan adalah apabila mereka memeluk Islam, mereka tertakluk kepada undang-undang syariah dan juga undang-undang sivil.

Kini, jam dah menunjukkan pukul 11.30, dan program dialog dengan mereka masih belum selesai. Banyak permasalahan dan isu-isu yang mereka kongsikan. Semakin lama saya dengan mereka, semakin banyak luahan mereka yang saya dapat dengar. Bantuan bulanan, elaun, bimbingan agama, perlindungan dan masalah-masalah lain yang mereka kongsikan. Turut dibangkitkan adalah pegawai mualaf yang kurang mesra. Alhamdulillah, sahabat-sahabat daripada MAIS dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan yang dikemukakan.

Jujurnya, saya amat-amat bersyukur kerana lahir sebagai seorang Islam sejak kecil, dan diberi hidayah sejak lahir. Alhamdulillah..

Malam ini saya diminta menerangkan mengenai kesan-kesan pemelukan Islam. Bersama saya Ustaz Fahimi, Pegawai Syariah MAIS.

Sebahagian muallaf lelaki yang hadir. Pukul 12.30 baru kami dapat bergerak pulang, sebab ditahan oleh mereka. Banyak yang mereka tanyakan untuk mendapatkan penjelasan MAIS.



Peserta yang hadir, muallaf dari daerah Klang. masing-masing khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan.

"Mengharap Redha Ilahi"

Nurhani
Bilik Kelanang
Hotel Impian
Morib

Ahad, 23 Mei 2010

Diari - Presentation..

Salam,

Esok petang saya dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Kesan-kesan memeluk Islam" kepada golongan mualaf / saudara baru dan pendaftar mualaf daerah Kelang. Program dianjurkan oleh Unit Dakwah, Bahagian Pembangunan Insan, MAIS di Hotel Impian, Morib. Pada sebelah malamnya, diadakan sesi dialog bersama dengan peserta.

Menjadi kebiasaan saya untuk menyediakan power point presentation untuk ceramah esok.. Huhu.. Masalahnya, sampai waktu dan saat ini, saya masih tak buat lagi.. Heheheh.. Bila dah terkena penyakit malas tu, memang susah nak diubat.. hahaha.. harap-harap dapat buat research petang ni dan siapkan. :)

"Sajer-sajer"

Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Sabtu, 22 Mei 2010

Diari - New Life..



Salam semua,

Hari ini aku dan adikku ke Tasik Shah Alam. Biasalah. Aktiviti wajib hujung minggu..:) Berkumpul dengan rakan-rakan 'seperjuangan' di tepi Kedai Kopi.. Tapi bukan untuk makan.. but beriadah.. Dah lama dah aku tak makan kat Kedai Kopi tu..

Hari ini aku sampai lambat sket, tunggu adik aku yang bersiap lambat, bak puteri Jawa Kraton terakhir.. Sampai-sampai jer, teman-teman lain dah melompat-lompat ikut step lagu.. Aku dan adikku terus masuk line dan mengikut gerakan teman-teman yang dah berpeluh-peluh..

Aunty Sherry, 44 tahun, (tapi umur metabolisme beliau, 30 tahun pulak!) makin rancak menghayun langkah kaki ke kanan dan ke kiri..

"To the left, double, to the right, double," terdengar suaranya memberi arahan kepada yang lain.

Masing-masing cuba nak follow gerakan Auntie Sherry.. Perghhh.. Penat jugak weii.. Baru beberapa minit dah berpeluh-peluh.. Miss Syafinaz, di depan aku nampak maintain jer.. hehehe.. Akhirnya, kami diminta berlari... Arrrrrgggh!! Part paling aku tak suka, tapi demi kesihatan, aku lari juga.. Lari.. lari... Hnnss.. Hnsss.. tak larat weh! Then? Jalan cepat.. lari balik.. jalan cepat.. Tak larat weh!! Berpeluh-peluh.. Sweating.. Really.. Sampai kat tempat mula-mula, poco-poco pulak.. sebab aku tau, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dah haramkan poco-poco, aku dan adik aku tak join la.. Kitorang ikut rentak lagu, buat aksi sendiri ajer.. janji kuar peluh beb!

Letih gak, but I really like it! Rasa semakin sihat dan ceria.. Saat aku berpeluh-peluh kerana lemakku terbakar dalam proses ketosis, hormon gembira aku pun bertambah.. Hilang rasa tension, duka, lara, sedih...Time posa pun boleh naik tangga 18 tingkat.. hehehe.. Kalau dulu, naik dari tingkat 9 ke tingkat 10 pun naik lif.. My life totally change now..

Aku yakin, kalau aku terus berlari dan berlari.. Melangkah dan terus melangkah... Ia akan jadikan aku lebih gembira dan ceria.. Kalau ia boleh jadikan aku lebih gembira, tentu ia boleh jadikan aku terus berjaya.. So? What are you waiting for? Just run my dear, run! Run for your life!!

Demi Allah! Aku seolah-olah dapat nafas baru.. Kehidupan baru, yang lebih sihat dan ceria.. Alhamdulillah.. Thanks Allah, for keep on giving me chances to enjoy this life.. I am enjoying it.. My new life..:)


"Healthy minds comes from healthy body"

Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

Jumaat, 21 Mei 2010

Diari - Majlis Pelancaran Dana Wakaf MAIS & UKM

Salam semua,

Setelah dua hari bercuti rehat, hari ini saya menggagahkan diri untuk menghadiri Majlis Pelancaran Dana Wakaf UKM. Dana ini diwujudkan untuk mengumpul sumbangan wakaf berbentuk tunai untuk digunakan bagi tujuan penyelidikan oleh Yayasan Canselor UKM. Ini adalah projek pertama wakaf untuk penyelidikan di Malaysia. Sebelum ini, konsep wakaf atau endowment pernah dibuat di Universiti terulung, Al-Azhar dan Oxford. Dana wakaf ini juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk aset daripada mana-mana pihak yang bermurah hati.

Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, TNC UKM. Majlis pelancaran dirasmikan oleh YAD Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Turut hadir adalah CEO CIMB Islamic yang menjadi penaja dan bank pertama yang menawarkan pindahan terus kepada pemunya akaun CIMB kepada dana wakaf ini melalui CIMB Clicks.

Kemudian, majlis diteruskan dengan majlis menandatangani MOU di antara UKM, MAIS dan CIMB Islamic. Bahagian saya terlibat secara langsung dalam projek usahasama ini kerana pihak kami menyediakan dan menyemak perjanjian usahasama yang ditandatangani oleh pihak-pihak. Alhamdulillah. Semoga selepas ini, banyak lagi kaedah berwakaf yang boleh dihasilkan melalui kemajuan dan kecanggihan teknologi untuk menggalakkan lebih ramai orang berwakaf.

VVIP yang hadir, dari kiri :TSU MAIS, YAD Dato' Pengerusi MAIS, Pendaftar UKM, TNC UKM, Dato Dr Muhamad, wakil CIMB Islamic dan CEO CIMB Islamic, Encik Badlisyah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa.

Antara yang hadir, termasuk pegawai kanan MAIS, CIMB dan ahli akademik dan kakitangan UKM.

Encil Badlisyah, CEO CIMB Islamic dan Datuk Dr Muhamad, saksi bagi pihak CIMB Islamic.

Ucapan perasmian oleh YAD Dato' Setia Pengerusi MAIS.

Ucapan En Badlisyah, CEO CIMB Islamic.

Majlis tandatangan MOU Dana Wakaf UKM MAIS.

Bergambar kenangan setelah majlis selesai.

Bertukar-tukar hadiah tanda kenangan. Semoga kerjasama dan usaha sama seumpama ini dapat diteruskan dengan agensi lain untuk menggalakkan ibadah wakaf oleh umat Islam.

Bersama pegawai-pegawai MAIS yang hadir berdiri di belakang Puan Rohana, PRO MAIS, berdiri di barisan hadapan, saya, Pn Zurina, Puan Faridah, (berseluar panjang), kakitangan UKM merangkap urusetia program yang telah 30 tahun berkhidmat di UKM dan Syakirah.

"Wakaf, Amalan Yang Berkekalan"


Nurhani
Shah Alam
Selangor

Rabu, 19 Mei 2010

Diari - MC

Salam semua,

Kerana kesukaran untuk bernafas, semalam saya ke Klinik Soraya di Seksyen 3 Shah Alam untuk mendapatkan ubat dan rawatan. Itupun setelah didesak oleh rakan-rakan sepejabat yang mengatakan selsema saya terlalu teruk.

"Kak Hani. Rasa macam teruk jer selsema akak. I think, baik gi klinik," kata Nora.

"Wei Sis. Awat teruk sangat suara hang? Hang tak pi klinik kaaa?" tanya Nurul, seorang peguam yang menelefon saya.

"Semalam Puan Zurina dah MC 2 hari, nanti Cik Hani pulak MC. Baik Cik Hani check, takut H1N1 jerr.. sekarang kan musim. Cik Hani kan baru balik dari Singapura." cadang Asri, seorang kakitangan di Bahagian saya.

Masin betul mulut si Asri. Pulang dari pejabat, saya dan adik terus ke Klinik Soraya.

"Sakit apa yer?" tanya Dr Norhayati, doktor yang bertugas.

"Saya selsema Doktor. Susah nak bernafas. Kat ofis pasang air cond, terblock hidung saya. Mengah juga la," jawab saya.

"Awak demam ke?" tanya Dr Norhayati lagi.

"Tak sure la Doktor. Saya rasa mata saya jer panas." kata saya.

Dr Norhayati mengambil alat penyukat suhu dan memasukkan ke telinga saya.

"Eh. Awak demam ni," katanya.

"Yer ker? Saya tak perasan pun." jawab saya cepat.

"Memang awak demam. Saya bagi awak rehat dulu, kalau dua hari tak ok lagi, datang balik hari Khamis," katanya.

"Oh ye? Saya selalu kalau demam, memang saya lawan jer Doktor. Saya tak layan sangat. Tu pasal cuti saya pun banyak lagi. Ada 36 hari lagi, tahun ini. Lagipun saya memang sibuk," kata saya.

"Tak boleh macam tu. Kalau kita tak sihat, kita kena rehat. Banyak kes budak-budak muda, dia malas nak layan sakit demam sikit-sikit. Bila kuman dah merebak dalam paru-paru or jantung, tau-tau jer, dah tak ada. Kita perlu pentingkan kesihatan. Kena jaga," nasihat Dr Norhayati.

"Ok lah Doktor. Cuma, saya ada asma ke?" tanya saya ingin tahu.

"Awak memang ada asma ke?" tanya Dr Norhayati.

"Tak ada. Cuma last year, saya kena batuk dan selsema teruk jugak. Dr yang check tu kata, saya ada asma. Sebab ada wheezing sound tu. Dia pakai nebula untuk buang kahak," kata saya.

"Saya check paru-paru awak tadi ok. Kadang-kadang bukan asma, tapi bronkitis, ada kuman dalam paru-paru. sebab tu kena ambil ubat dan jaga kesihatan. Kerja memang kerja juga, tapi kesihatan kena jaga juga," panjang pesanan Dr Norhayati pada saya.

"Ok lah Dr. Jadi, saya kena rehat la ni?" tanya saya lagi.

"Yer. Tak payah pergi kerja dulu. Saya bagi kamu cuti rehat sampai hari Khamis, kalau tak ok, datang jumpa saya semula hari Khamis," pesan Dr Norhayati.

Akhirnya, saya terpaksa akur juga. I need a break. Mungkin sejak kebelakangan ini, tanpa saya sedari, saya telah bekerja lebih daripada kemampuan saya. Niat saya untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh dan menyibukkan diri rupanya memberi impak terhadap kesihatan saya. Tak cukup dengan kerja-kerja pejabat sedia ada, banyak pula program-program di luar yang memerlukan komitmen saya. Semuanya cuba saya penuhi semampu mungkin. Plus dengan aktiviti turun naik tangga dan riadah, semuanya menuntut kudrat empat kerat saya.Cuaca yang tak menentu pun turut menyumbang kepada masalah kesihatan.

Allah Akbar! Syukur Ya Allah! Betapa besar nikmatMu, betapa aku tak mampu untuk membuat semua itu, tanpa Kau izinkan. Hanyasanya Kau yang Maha Kuasa. Bila-bila masa pun Kau katakan,"jadilah!" maka jadilah ia. Aku hanya manusia yang mengharap keredhaanMu. Mudah-mudahan aku cepat sembuh. Amin.

Sebab jarang-jarang makan ubat, rupa-rupanya macam-macam boleh design kat plastik ubat. Ini first time jumpa plastik ubat yang ada doa sebelum makan ubat. Bagus! Yang tak bagusnya, kena habiskan ubat-ubat ni..:(

"Feelin' dizzy and sleepy"
Nurhani

Shah Alam

Isnin, 17 Mei 2010

Diari - Mesyuarat Isu-isu semasa dengan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)

Salam semua,

Seharian ini, saya di pejabat, setelah 10 hari tidak masuk ke pejabat kerana program di PD, terus ke Genting, Singapura dan akhir sekali, Morib. Boleh bayangkanlah surat-surat masuk dan laporan-laporan yang perlu dibaca serta maklumbalas yang perlu disediakan. Disebabkan saya berpuasa, jadi saya terus sahaja membelek dan meminit surat-surat masuk. Lebih kurang 60 lebih surat yang perlu diminit, tak termasuk laporan, panggilan mesyuarat, maklumbalas, dll. Betul-betul menyebabkan saya duduk di kerusi tak bangun-bangun.

Lebih kurang jam 8.30 pagi, Ustaz Fahimi, peguam syarie di pejabat saya berkata,"

"Boss. Hari ni boss pegi mahkamah yer. Kena baca afidavit depan pendaftar," kata Ustaz Fahimi.

"Ok. Pukul berapa?" tanya saya.

"Pukul 9 la boss," jawabnya.

"Ok," jawab saya.

"Lepas tu, boss tunggu di Mahkamah boleh? Tak ada wakil untuk kes MAIS," katanya.

"Tunggu? Hmmm.. Tak boleh la ustaz. Kerja saya banyak ni. Surat-surat ni tak habis tengok lagi. Esok dah ada audit. Kat Mahkamah tu, bukan sekejap. Kalau tak bz, takper saya tunggu, tapi dah 10 hari tak masuk, surat sumer belum minit. Ustaz cari la orang lain. Minta Bahagian yang terlibat," saya mencadangkan.

Jam 9 pagi, kami berdua sudah berada di bawah. Ustaz Fahimi berjaya mendapatkan wakil untuk MAIS. Namun, pemandu masih belum ada. Arrgghhh!!! Tensennya!! Saya terus menghubungi pegawai yang terlibat supaya cepat kerana bimbang terlepas kes. Dalam perjalanan, peguam yang mewakili MAIS menghubungi Ustaz Fahimi, memaklumkan bahawa kenderaannya mengalami kerosakan, dan memerlukan masa 20 minit untuk sampai.

" Adusss!! Pukul berapa nak selesai ni? Nak baca afidavit sekejap ajer, tapi nak menunggu lama pulak.. Kerja banyak ni..,"gerutu saya dalam hati..

"Betul ke 20 minit ustaz? Biasa kereta rosak, lama prosesnya," kata saya.

"Tak sure la boss," jawab ustaz Fahimi.

Akhirnya saya meminta pemandu menghantar saya pulang semula ke pejabat. Menunggu sesuatu yang tak pasti, memang menjengkelkan saya. Banyak masa terbuang menunggu sesuatu yang tak pasti.

"Saya balik dulu buat kerja. nanti peguam dah sampai, call saya yer. Pemandu ada untuk standby," kata saya pada Fahimi.

Lebih kurang jam 9.50, baru lah peguam berkenaan tiba. Saya terus menyelesaikan proses di Mahkamah Syariah dan pulang semula ke pejabat. Saya menaiki tangga dari tingkat G hingga tingkat 10. Semput rasanya setelah lama tak naik tangga. Tambahan pula, saya dihinggapi selsema dan rasa agak sukar untuk bernafas. Saya menyambung tugasan sehingga jam 1 tengahari.

Pada jam 2.22 petang, Puan Rohana, PRO MAIS, datang menjengah ke bilik saya.

"Cik Hani, masuk kan meeting dengan PPIM? Diorang dah sampai," katanya.

"Oh. Ok. Insyaallah. Saya memang dijemput. Kat mana buat?" tanya saya.

"Tingkat 10. TSU baru habis miting JKSM, so maybe dia lambat sket," kata Rohana lagi.

"Marilah," saya mengajak Rohana ke bilik mesyuarat.

Seramai 4 orang wakil PPIM diketuai oleh Datuk Nazim Johan sudah berada di dalam bilik mesyuarat. Tak lama kemudian, TSU MAIS tiba dan terus memulakan mesyuarat. Banyak isu yang disuarakan oleh PPIM terutamanya mengenai isu halal. Menurut Datuk Nazim, hanya terdapat 2 kopitiam yang pernah memohon sijil halal, itupun tidak memperolehi sijil halal. Dan kebanyakan kopitiam menggunakan air rebusan katak untuk memberi rasa manis dalam makanan mereka. Yuks! Loya tekak saya membayangkan air rebusan katak masuk ke dalam mulut dan tubuh badan saya. Tapi itulah realitinya. Menurut Datuk Nazim lagi, ramai pelanggan beragama Islam yang tidak menghiraukan sama ada sesuatu makanan itu halal atau tidak. Dan masih ramai orang beragama Islam yang berkunjung ke kopitiam-kopitiam milik orang bukan Islam.

Beliau turut berkongsi pengalaman dikunjungi oleh Duta Belanda apabila PPIM dan Mydin memboikot barangan keluaran negara tersebut selepas filem Fitna oleh Greetz Wilders yang menghina Rasulullah SAW ditayangkan kepada awam. Beliau turut berkongsi bahawa beberapa pasaraya yang jualan mereka turun kepada 0% apabila JAIS menarik balik sijil halal daripada pasaraya berkenaan. Ini membuktikan umat Islam sebenarnya boleh menentang perkara-perkara mungkar yang dibuat oleh golongan kuffar dengan cara memboikot barangan mereka. Menurut Datuk Nazim lagi, golongan kapitalis memang akan cepat resah dan risau apabila terdapat perkara yang menjejaskan hasil kepada negara mereka.

Masa rasa begitu sekejap berlalu, namun banyak lagi isu-isu lain yang dibincangkan bersama PPIM. Alhamdulillah, banyak perancangan dan aktiviti yang bakal dilaksanakan bersama PPIM untuk menggembling tenaga ke arah kesejahteraan ekonomi dan sosial orang Islam. ANtaranya dengan mewujudkan kiosk-kiosk menjual makanan halal di semua masjid di negeri selangor, dan penubuhan sekretariat untuk menangani isu-isu mencabar agama Islam. Mudah-mudahan pertemuan yang singkat ini merupakan langkah permulaan untuk kerjasama yang lebih besar. Insyaallah, semoga dipermudahkan niat yang baik ini.. Aminn..

Delegasi PPIM diketuai oleh Datuk Nazim Johan. Dari kiri: Encik Mustafa (PPIM), Datuk Nazim, Ustaz Malek (LZS) dan Ustaz Abdul Halem Hapiz (TSU MAIS).

Turut hadir dalam perbincangan, Ketua-ketua Unit dan bahagian di MAIS dan JAIS. Berbaju kelabu semuanya daripada PPIM.

Wakil daripada bahagian Masjid JAIS dan Jabatan Mufti Selangor turut hadir.

Cenderahati kenangan daripada MAIS untuk PPIM. Semoga kita dapat terus bekerjasama.

"Yang Halal Itu Dituntut"

Nurhani

Shah Alam

Diari - Tq Teachers..:)


Salam semua,

Hari ini, 16hb Mei 2010 adalah Hari Guru di Malaysia. Selamat hari Guru kepada semua guru-guru, baik guru akademik, atau bukan akademik. Realitinya, tugas guru bukan hanya terbatas di sekolah dan terhad kepada guru yang mengajar. Di mana-mana pun ada guru, sama ada yang ditauliahkan atau tidak. Di rumah, emak dan ayah adalah guru kita, yang membimbing kita dengan perkara-perkara yang baik dan mengajar kita supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik. Di sekolah, guru kita adalah tenaga pengajar yang mengajar kita, bukan setakat memenuhi silibus mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, tetapi juga berusaha menjadikan kita insan yang lebih baik akademiknya dan akhlaknya. Teman-teman kita juga kadang kala menjadi guru kita, yang membantu kita mencari jalan apabila ada masalah yang datang. Kadang kala, musuh kita juga boleh menjadi guru kita, apabila kita belajar daripada kesilapan dan kekalahan di tangannya.

Alternatifnya, kita juga sebenarnya menjadi guru kepada orang di sekeliling kita. Apabila kita menunjukkan contoh yang baik dan dicontohi oleh orang lain, sebenarnya kita memberi peringatan dan pengajaran kepada yang lain. Dan apabila kita menunjukkan contoh yang tidak baik, kita juga menjadi guru kepada yang lain. Lumrah manusia, memang mudah mempengaruhi dan dipengaruhi. Sewajarnya kita berusaha mencari guru yang betul untuk membimbing kita menjadi insan lebih baik, bukan sebaliknya. Berapa banyak kes pengikut yang disesatkan oleh 'guru' mereka yang dipercayai mampu menjadikan mereka manusia lebih baik. Kita juga sepatutnya berusaha menjadikan diri kita 'guru' yang terbaik, supaya menjadi contoh kepada yang lain, yang ingin memperbaiki diri.

Tidak dinafikan, setiap orang ada kelemahannya yang tersendiri. Kalau pun tidak 100%, paling tidak, kita berusaha memperbaiki kelemahan yang ada. Sekiranya kita pernah membuat kesilapan, disebabkan kelemahan kita, seharusnya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ingatlah, jika kita mempunyai guru, kita juga sebenarnya guru kepada orang lain. Jika kita seorang suami, kita adalah guru kepada isteri dan anak-anak kita. Jika kita isteri, kita adalah guru kepada anak-anak kita. Jika kita anak, kita adalah guru kepada rakan-rakan kita.

Semoga kita semua dapat berguru dengan guru yang terbaik dan menjadi guru yang terbaik untuk orang lain. Selamat Hari Guru 2010 kepada semua guru yang ikhlas dan dedikasai menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Bukan mudah menggalas tanggungjawab ini. Besar pengorbanannya. Yang penting hati kena kuat dan istiqomah. Terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya. Jasa kalian tetap ku kenang.

"Selamat Hari Guru 2010"
Nurhani
Shah Alam

Sabtu, 15 Mei 2010

Diari - Mr Thomas...



Salam semua,

Saat saya menulis entri ini, saya berada di Hotel Impian Morib, untuk program Bengkel semakan fail meja bahagian Undang-Undang MAIS. Setelah beberapa kali Bahagian kami mengalami perubahan perjawatan dan struktur Bahagian, ini kali pertama Bahagian saya menyemak semula fail meja setelah beberapa tahun. Banyak yang perlu ditambah dan diupgrade, khususnya senarai tugas yang bertambah. Kalau sebelum ini, Bahagian saya hanya mempunyai 4 orang pegawai, sekarang sudah bertambah 9 orang pegawai. Jadi, tidak hairanlah kalau tugasan dan tanggungjawab di Bahagian bertambah.

Malamnya, sebelum sesi ketiga berlangsung, kami sempat menonton perlawanan Badminton Piala Thomas di antara pasukan Malaysia menentang pasukan China. Sangat mengecewakan dan terkilan apabilaskuad negara gagal mempersembahkan aksi cemerlang menentang China. Mr Thomas yang diidamkan dan diharapkan oleh semua rakyat Malaysia hanya tinggal kenangan. Saya bersembang dengan kakitangan yang turut menonton sama perlawanan secara live tersebut. Masing-masing mengulas kekalahan Malaysia sebentar tadi.. Macam pengulas sukan pulak..

"Ini mesti sebab ramai yang tak solat maghrib," kata saya.

"Itulah. Pelik juga. Bukannya kita buat di tempat orang, tapi di tempat kita.. Patutnya kita hormat la waktu sembahyang," kata pegawai saya, Zurinah.

"Betullah..Lain lah kalau kita buat kat Denmark ke, China ke... diorang yang control time," saya mengiyakan.

Kami yang menonton di dalam bilik hotel pun penuh semangat menyokong pasukan Malaysia, apatah lagi yang menonton di stadium, tentu lebih bersemangat membara dan tak bangun-bangun dari kerusi. Perlawanan pertama antara Lee Chong Wei dan Lin dan bermula pada jam 7 petang dan berakhir pada jam 7.50. Kemudian, perlawanan beregu pula pada jam 8 malam.. Harapnya, telahan saya tidak benar. Harap-harapnya ramai penonton yang beragama Islam mengambil peluang waktu yang senggang untuk menunaikan solat.

Apapun,tahniah kepada pasukan China kerana berjaya menumpaskan Malaysia dan melayakkan diri ke perlawanan akhir menentang Indonesia.Kepada pasukan Malaysia, usah bersedih. Mungkin belum masanya untuk kita menang pada kali ini. Gandakan usaha untuk merebut Mr Thomas pada perlawanan akan datang. Kalah sekali bukan bererti kalah selama-lamanya.

Kepada peminat-peminat sukan dan penyokong-penyokong Malaysia yang beragama Islam, tak salah menonton dan menyokong apa jenis sukan pun, baik badminton, bola sepak, hoki, bowling, untuk memberi semangat kepada pasukan masing-masing, tetapi perkara yang wajib dan suruhan agama jangan sesekali ditinggalkan. Asal hukum menonton perlawanan bolasepak, harus, tetapi apabila perkara yang mungkar berlaku, dan manusia terlalai disebabkan menonton perlawanan dan sukan, ianya menjadi haram. Berapa ramai yang mampu untuk menonton pertandingan bolasepak liga Inggeris sehingga jam 2-3 pagi yang mengambil masa beberapa jam, tetapi tidak mampu untuk bangun solat Subuh yang mengambil masa lebih kurang 5 minit sahaja. Fikir-fikirkan, semoga yang baik menjad pedoman, yang buruk kita hindarkan. Majulah sukan untuk negara.!

" Usaha Untuk Berjaya"

Nurhani

Hotel Impian
Morib

Khamis, 13 Mei 2010

Diari - Non - stop..

Di MUIS.
Dari kiri : Ustaz Halem (TSU MAIS), Pn Rohaidah, (PSU BPH), Erni (KPP Treasury Selangor), saya, Pn Zaihan (Ketua Akauntan MAIS), Pn Laila (PSU Pengurusan MAIS) dan Ustaz Faizal Mafiz (PP HEI)

Salam semua,

Saat saya menulis entri ini, saya baru saja selesai mengemas kain baju untuk di bawa ke program semakan fail meja Bahagian Undang-Undang MAIS di Morib bermula esok pagi hingga Sabtu. Ini sempena program auditan SIRIM yang akan hadir ke MAIS pada 18hb Mei 2010 ini. Memandangkan struktur perjawatan di Bahagian saya sudah mengalami beberapa perubahan, justeru,saya berpandangan, semakan ke atas fail meja di Bahagian saya amat-amat perlu.

Seharian tadi, saya berada di JCorp, di Johor Bahru untuk program lawatan kami ke sana. Perbincangan kami diadakan di Puteri Pan Pacific Johor Bahru. Hanya pada jam 1 tengahari perbincangan kami selesai. Langsung kami bertolak pulang ke Selangor. Jam 7 petang kami sampai di Shah Alam. Nora, teman serumah saya, menawarkan untuk mengambil saya di pejabat. Alhamdulillah.. thanks Nora!

Insyaallah, banyak yang nak diceritakan hasil daripada pertemuan kami dengan Majlis Ugama Islam Singapura, Pejabat Mufti Singapura, WAREES Berhad (anak syarikat MUIS) dan Johor Corporation. Saya bercadang untuk menulis entri berkaitan dengan pertemuan bersama mereka selepas pulang dari Morib.

Letih memang letih, tetapi begitulah adat berjuang. It's a non-stop responsibilities.. Contohnya, kalau di JCorp, yang dicanang adalah Jihad Bisnes. So, semua kakitangannya perlu menyematkan di dalam pemikiran mereka bahawa jihad bisnes ini berterusan.

Got to pen off now.. Really exhausted, but happy to return to Shah Alam safely. Miss the office, miss my BFF Nomi, and miss to climb up and down of the office stairs..Haha..:) Nite..:)


"Berjalan Melihat Mentafsir"
Nurhani

Shah ALam

Selasa, 11 Mei 2010

Diari - Lawatan ke Majlis Agama Islam Johor

Salam semua,

Saat saya menulis entri ini, saya berada di Hotel Seri Malaysia JB kerana menyertai program lawatan ke Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Ugama Islam Singapura. Ini kali ketiga saya ke MAIN Johor. Pertama kali pada tahun 2006, membuat kajian mengenai wakaf irsod. Kali kedua pada tahun lepas, untuk mendapatkan maklumat mengenai Jawatankuasa MAINS daerah yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Johor. Kali ini, kehadiran kami adalah untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan isu-isu berkaitan muallaf di negeri ini dan juga untuk berkongsi maklumat mengenai apa-apa entiti wakaf yang diwujudkan untuk membantu MAIN Johor dalam membangunkan hartanah wakaf di Johor. Pada kali ini juga, rombongan kami dipecah kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan wakaf dan kumpulan muallaf.

Sehingga ke saat-saat terakhir, saya masih tidak dapat membuat keputusan untuk menyertai kumpulan yang mana. Ini kerana, saya dijemput oleh kedua-dua kumpulan tersebut untuk menyertai grup mereka. Untuk kumpulan muallaf, saya diminta hadir bersama kerana saya merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Muallaf Negeri Selangor, manakala untuk kumpulan kedua, saya merupakan ahli Jawatankuasa Teknikal Perbadanan Wakaf Negeri Selangor.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menyertai kumpulan pertama ,walaupun pada asalnya saya telah memutuskan untuk bersama kumpulan kedua. Ini kerana Puan Zurinah, Pegawai Undang-Undang di Bahagian saya, akan menyertai kumpulan kedua, dan tiada wakil undang-undang di dalam kumpulan pertama.

Alhamdulillah. Banyak info yang dikongsikan bersama dengan Unit Ukhuwah MAINJ yang menguruskan isu pendaftaran muallaf dan bantuan kepada mereka. Saya turut dimaklumkan oleh Puan Zurinah bahawa terdapat banyak info menarik yang dikongsikan oleh wakil-wakil MAINJ. Pertukaran dan perkongsian maklumat seperti inilah yang sepatutnya diteruskan oleh badan-badan Islam untuk memajukan dan memartabatkan Islam. Contoh yang baik harus diteladani dan dicontohi.

Usai sahaja mesyuarat bersama MAIN Johor, kami semua solat di Masjid Abu Bakar yang terletak bersebelahan dengan bangunan MAIN Johor. Selesai solat,kami terus menuju ke hotel. Memandangkan kami keluar di waktu sibuk (peak hour) jadi jalan di sini sesak. Ditambah pula dengan pemandu kami yang tidak mahir dengan jalan di JB. Namun, alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak di hotelpada waktu maghrib. Esok pencarian ilmu kami akan diteruskan di Majlis Ugama Islam Singapura. Semoga Allah memudahkan urusan kami esok. Aminn..


Ketibaan kami disambut oleh pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Sesi perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai bimbingan dan penjagaan muallaf.
Bergambar kenangan di hadapan bangunan MAINJ bersama Timbalan Pengarah JAIJ, Tuan Hj Yahaya. (berdiri di tengah dan memakai kot)
Dari kiri : Pn Rohana, Pn Norhalisa, saya, Ustaz Daruddin (Jabatan Mufti Selangor) Tuan haji Yahaya (TP JAIJ), Ustaz Suhaimi, Encik Samad (LZS) dan Ustaz Jauharul Fardi (MAIS).



"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Hotel Seri Malaysia
Johor Bahru

Ahad, 9 Mei 2010

Diari - Susahnya nak lupa, sukarnya nak maafkan..


Salam semua,

Walaupun dah sepurnama peristiwa itu berlaku, tapi masih sangat-sangat segar dalam ingatanku. Susahnya nak melupakan, sukarnya nak memaafkan.. Betul-betul menusuk kalbu dan sukma ku yang paling dalam. Mana pergi pun terasa. Hati aku cuma sekeping ini, dan ke mana-mana pergi pun, aku bawa ia. Betul lah orang kata, luka di tangan nampak berdarah, luka di hati, siapa yang tahu...

Hari-hari aku berdoa, minta Allah lupakan peristiwa itu dari ingatan aku. Lupakan setiap memori pahit manis. Dan setiap lepas solat pun, aku doa, semoga Allah tunjukkan kebenaran untuk setiap butir kata-kataku.

Ya Allah... sesungguhnya Kau yang beri rasa ini pada aku, dan hanya Kau yang boleh mengambilnya dariku...


"Aku Insan Biasa"

Hunny

Shah Alam

Sabtu, 8 Mei 2010

Diari - Girls Get Together..

Salam semua,

Hari ini, selepas solat subuh, saya terus menggosok baju untuk ke majlis reunion dengan sahabat-sahabat wanita Laws/ UIA batch 1997/2001. Tepat jam 9 pagi, seperti biasa, setiap Sabtu, saya ke Tasik Shah Alam untuk beriadah. Hari ini saya ditemani adik saya, Raihana. Lebih kurang jam 10.30 pagi, saya kembali ke rumah dan bersiap-siap untuk ke program reunion. Saya pergi bersama rakan saya, Edawati, yang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Disebabkan Eda tidak begitu mahir dengan jalan di Selangor (beliau berasal dari Kelantan), jadi dia meminta saya yang memandu keretanya. Kereta agak banyak di Lebuhraya persekutuan. Sepanjang perjalanan ke Mid Valley, beberapa rakan kami yang sudah sampai menelefon bertanyakan lokasi kami.

Jam 1.15 tengahari, kami sampai di Hotel The Garden, Mid Valley. Ini pertama kali saya sampai di hotel ini. Sampai-sampai saja, kami berdua mencari tandas. Tandas yang terhampir dengan kami bayaran masuknya RM5! Tertulis di kaunter di hadapan tandas " Premiere Toilet". Terkejut saya melihat harganya. Entah apa yang special dalam tandas RM5 tu, kami pun tak tau.. agaknya dekat toiletnya boleh baring-baring kot! Hehehehe..

Kami berdua meneruskan perjalanan dan mencari Restoran The Spread yang terletak di Tingkat 6 Hotel tersebut. Sampai di restoran tersebut, saya mendapati bahawa kami adalah di kalangan peserta yang lewat sampai. Sahabat-sahabat lain ada yang seawal jam 11.30 pagi sudah sampai.
Yang seronoknya, yang dah berkahwin dan beranak-pinak, masing-masing datang sendirian berhad, jadi tak terganggu dengan telatah anak masing-masing.

Seronok sungguh bila berjumpa. Saya mengira teman-teman yang hadir. Lebih kurang 19 orang semuanya. Masing-masing tak habis-habis bertanya khabar, itu dan ini. Soalan-soalan seperti anak dah berapa, duduk di mana, kerja di mana sekarang, dll. masing-masing riuh bertanya dan menjawab soalan. Orang perempuan bila berjumpa, memang riuh-rendah. Saya perasan juga beberapa orang pelanggan di meja bersebelahan tersenyum-senyum melihat telatah kami.

Makanan di sini memang sangat sedap. Restorannya pun bersih dan selesa. Sebelum pulang, saya menghulurkan kad nama saya kepada teman-teman yang hadir, supaya mudah mereka menghubungi saya.

"Huyyooo... Punyala banyak kelulusan.. LLB, Diploma Syariah, LLM, Peguam Syarie, Peguam Sivil.. Dahsyat laa.." teman saya Nurul bergurau.

"Alhamdulillah," balas saya pendek, sambil tersenyum.

"Cuba tengok kad Nina, pendek jerrr.. kelulusan satu jerr," Nurul mengusik Nina yang baru menghulurkan kad namanya kepada Nurul.

Kami semua tergelak dengan telatah Nurul. Sebelum bersurai, kami mengambil gambar kenangan di hadapan restoran.

"Jangan lupa masuk facebook yer!" Masing-masing mengingatkan.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, sebab masih lagi memberi kami ruang dan peluang untuk bertemu dan menjalinkan hubungan. Mudah-mudahan selepas ini akan ada pertemuan yang lain pula. Mengukuhkan jalinan ukhuwah, sesuatu yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. Teringat saya satu hadis yang mana mafhumnya, " tidak beriman seseorang mukmin itu melainkan dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri".. Semoga tautan ukhuwah kami berkekalan. Semoga kami bertemu untuk Islam, dan berpisah untuk Islam.. Terima kasih juga kepada Puan Harwina yang bersungguh-sungguh menganjurkan pertemuan ini. Semoga Allah membalas jasanya.. :)



Beriadah di Tasik. Now jadi program wajib..:)

Ntah apa yang kelakar. Dari kiri berdiri : Nor (Peguam), Nurul (peguam) Zureena (Peguam di Suruhanjaya Sekuriti) Edawati (PTD), Irda (Peguam)
Duduk dari kiri: Wina (Peguam) Alice (Pensyarah Polytech MARA), saya.

Posing, jangan tak posing..

Rakan-rakan yang hadir.
Berdiri dari kiri : Ijat (peguam-partner) , saya (LA MAIS), Zahrina (peguam-partner), Irda (peguam-partner), Yusma (peguam Syarie, partner), Nina ( Suruhanjaya sekuriti), Awin (peguam-partner), Adlena (Peguam kanan Persekutuan), Wina (peguam-partner-penganjur).

Duduk dari kiri : Siri Khadijah (peguam), Nordiana (Parlimen), Aimah (suri rumah), Halilah (Pendaftar Mahkamah) , Nor (Peguam), Eda (PTD), Alice (Pensyarah) , Nurul (peguam-partner).


"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani

Shah Alam

Diari- Panel Isu-Isu wanita dan Islam

Salam semua,

Hari ini program saya agak penuh. Selepas menghantar adik yang sedang praktikal di seksyen 8, saya terus bergerak ke IKIM di Jalan Bukit Tunku untuk menghadiri mesyuarat panel isu-isu semasa dan wanita. Hari ini saya memandu sendirian ke sana. Semua pemandu MAIS berkursus di Morib. Sampai di Jalan Duta, saya tersilap masuk ke Lebuhraya DUKE yang terus ke Ampang dan Ulu Kelang. Saya membuat pusingan 'U' dan alhamdulillah, sampai di IKIM tepat-tepat jam 9.30 pagi. Saya menghubungi urusetia mesyuarat, Ustazah Taqwa, memaklumkan ketibaan saya.

"Cik Hani masuk jer terus. Saya dah tag tempat untuk cik. Mesyuarat dah mula," katanya pada saya.

Saya mempercepatkan langkah. Sampai di bilik mesyuarat, saya dapati kerusi-kerusi lain di meja mesyuarat berbentuk "U" sudah dipenuhi. Dato' Wan Muhamad, KP Jakim, sedang memberikan taklimat ringkas mengenai penubuhan Jawatankuasa ini. Saya diminta duduk di sebelah Tuan Mahamad Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Prof Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Pengarah IKIM. Saya memerhatikan panel-panel lain yang hadir. Dato' Wan Muhamad (KP Jakim),Dr Najibah (UIA), Dr Raihanah Azhari (UM), Prof Madya Dr Siti Zalikha (UKM), Zainur Rijal (Peguambela Peguamcara), Tuan Mahamad naser Disa (Jabatan peguam Negara)..

"Dush! Terasa kerdilnya diri ini nak dibandingkan dengan mereka yang hebat-hebat tu.." hati saya berkata. Asalnya, saya hanya dijemput hadir oleh Pengerusi Jawatankuasa, tetapi atas cadangan Tuan Naser, dicadangkan supaya ada wakil Majlis Agama Islam Negeri yang hadir untuk menyelaras polisi dan dasar berkaitan wanita dan Islam di peringkat negeri.

Banyak perkara dan isu berkaitan wanita dan Islam yang dibincangkan, termasuk mengenai bidang kuasa Jawatankuasa yang dibentuk untuk memberi penerangan dan menjelaskan salah faham dan tohmahan terhadap wanita dan Islam.

"Besar sungguh peranan jawatankuasa ini. Semoga Allah mempermudahkan niat baik kami ini," doa saya dalam hati.

Mesyuarat berakhir jam 12.35 tengahari. Usai mesyuarat, kami dijamu dengan makan tengahari. Masa senggang yang ada saya isi dengan berbual-bual bersama cendekiawan-cendekiawan wanita, Prof Dato' Zaleha, Prof Madya Dr Siti Zalikha, PM Dr Raihanah Azhari yang mempunyai begitu banyak pengalaman membentang kertas kerja dan cuba menyelesaikan konflik berkaitan wanita dan undang-undang. Seronok bersembang dengan mereka, tak sedar dah jam 2. Saya meminta izin untuk pulang kerana ada mesyuarat lain yang perlu saya hadiri di sebelah petang.

Sebelah petangnya, saya menghadiri Mesyuarat Exit Conference Audit Indeks Akauntabiliti MAIS yang dianjurkan oleh Bahagian Audit Dalam MAIS. Mesyuarat mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh semua Ketua Bahagian untuk memastikan MAIS mengekalkan indeks akauntabiliti tertinggi dan terbaik di Negeri Selangor, iaitu dengan peratusan melebihi 90% dan empat bintang. Mesyuarat berakhir jam 5.30 petang.

"Boss. Nak bincang sket," Shakirah, kakitangan Bahagian saya memaklumkan, saat saya masuk ke pejabat.

"Dah habis waktu pejabat laaaa," kata saya, teringatkan adik saya yang sedang menunggu saya di pejabatnya.

"Sekejap jer boss," katanya merayu.

"Ok. 5 minit," jawab saya.

Perbincangan yang ringkas itu tidak mengambil masa 5 minit, bahkan 20 minit. Adik saya berkali-kali menghantar sms kepada saya.

"SMS 1 -"Dah tunggu di luar. SMS 2 -"Dah penat berdiri. SMS 3 -"Masih tunggu di luar.."

Saat saya sampai di pejabatnya di seksyen 8, saya nampak dia dah berjalan kaki dari pejabatnya. Mukanya memang muncung, boleh sangkut hanger.. hehehhe.. Sorilah sis.. memang macam ni lah realitinya bekerja di MAIS. Walaupun ada waktu pejabat, tetapi, tak semua perkara dapat diselesaikan dalam waktu bekerja yang ditetapkan. terkadang saya merasakan waktu 24 jam terlalu singkat. But then, itu yang Allah dah beri, so, kenalah kita optimumkan penggunaannya.

Bila dia masuk dan membuka pintu kereta, saya berkata,

"Kalau tau nak jalan kaki tadi, Kak An tak yah ambik.. mesti kurus jalan kaki dari seksyen 8 sampai seksyen 3," kata saya melawak.

"Heleh! Penat tau owang tunggu," jawabnya dengan nada merajuk.

"Sorilah cik ya.. memang selalu pun macam ni.." kata saya.

Pada saya, dalam hidup ini, walau macam mana terbaik pun kita mencuba, ketentuannya tetap pada Allah Yang Maha Kuasa. Kalau Allah sudah mentaqdirkan kemampuan kita hanya setakat itu sahaja, maka kita terpaksa menerimanya. Kalau kita tidak mampu untuk membuat lebih daripada itu, walaupun cita-cita kita ada, tetapi Allah tak izin, kita perlu redha.

Sebab itu, dalam hidup ini, perlu ada tolak ansur, perlu bersedia menerima kelemahan orang lain, perlu juga menerima hakikat diri sendiri ada kelemahan. Allah juga yang Maha Kuasa... :)

Nurhani

Seksyen 3

Shah ALam

Khamis, 6 Mei 2010

Diari - Port Dickson..

Salam semua,

Usai saja mesyuarat MAIS pada 4 Mei 2010, saya dan beberapa orang pegawai MAIS terus bertolak ke Palm Springs, Port Dickson untuk menghadiri Program Bengkel Peraturan Anak Syarikat di Palm Springs, Port Dickson. Program bermula jam 8 malam. Dah 2 hari tak menulis entry baru kerana sibuk dengan bengkel .Tambahan pula, di sana tidak ada WiFi. Jadi, habis sahaja program di sebelah malam, masing-masing terus balik ke bilik, untuk berehat dan tidur. Memang letih juga, tapi seronok sebab macam-macam idea daripada peserta yang hadir untuk menambah baik kawalan Majlis terhadap anak syarikat Majlis. Bengkel 3 hari 2 malam ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian di MAIS.

Sebelah petangnya, selepas solat Asar, kami isikan masa terluang dengan bermain bola tampar. Dah lama tak main, jadi ntah hapa-hapa yang kami tampar.. hehehehe.. Hilang rasa tension setelah berjam-jam memerah otak memikirkan yang terbaik untuk MAIS.

Alhamdulillah, akhirnya draf peraturan yang dibincangkan selama 3 hari 2 malam siap juga. Selepas ini, draf yang sama perlu dibentangkan kepada Majlis dan anak syarikat Majlis. Terima kasih kepada semua Ketua Bahagian yang hadir dan sama-sama memberikan sumbangsaran di dalam program tersebut.

Dato' Azib mempengerusikan Mesyuarat MAIS Bil 2/2010. Sebelah kiri, bersongkok, YB Dato' Hasan Ali, Timbalan Pengerusi MAIS.


Suasana semasa mesyuarat.

Sebahagian anggota Majlis Mesyuarat MAIS.
Dari kiri : Dr Halim Tamuri, Dato Dr Sidek Baba dan Dato' Hj Sarip Hamid.

Sebahagian pegawai MAIS yang hadir dalam mesyuarat. Dari kiri : Puan Rohana (PRO MAIS), Puan Rohaidah (PSU BPH) dan Ustaz Anuar Hamzah (PSU Arriqab)

Kami menaiki coaster baru MAIS ke PD.

Bergambar di dalam coaster sebelum bertolak ke PD.

Sebahagian ketua bahagian MAIS yang hadir. Dari kiri : Puan Zaihan (Ketua Akauntan), Puan Laila (PSU Pengurusan), saya, Puan Norraini (Ketua Audit Dalam), Ustaz Khairie (PSU MAL), Ustaz Suhaimi (PSU BPI), Encik Hamidon (PSU Bhgn Perancang Ekonomi, Ustaz Anuar Hamzah (PSU Ar Riqab), Encik Shah Ruddin (Jurutera MAIS), Encik Hafiz (Pustakawan).

Urusetia dan sebahagian pegawai yang hadir.

Serius...

Riadah time.. :)

Gelanggang bola tampar yang kami gunakan.

"Mengharap Redha Ilahi.."

Nurhani

Palm Springs Resort, Port Dickson.

Isnin, 3 Mei 2010

Diari - Kelahiran





Salam semua,

Sempena Cuti Hari Buruh pada 1 Mei 2010, saya pulang ke kampung dengan perasaan tak sabar. Tak sabar nak melihat anak saudara baru yang lahir pada 24.4.2010 yang lalu. Sampai di kampung, tak puas rasanya menatap wajah anak saudara saya, Najla Iffah Shahzani yang baru berusia 8 hari. Comelnya!! Seronok dan rasa tenang jiwa melihat raut wajah tenangnya. Hilang rasa tension. Lapang aje rasa hati. Allah Akbar! Hebat sungguh ciptaanMu Allah.. melihatnya bisa membuat jiwa ini rasa tenang..:)

Tahniah pada pasangan Cik In dan Ajak, semoga Najla membesar menjadi anak yang solehah, dan cemerlang di dunia dan akhirat.. Amin..:)

Pada hari yang sama juga, kami menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung abang saya, Zulaika, yang berumur 8 tahun. Dah lama tak berkumpul, jadi bila kumpul ramai-ramai, memang best. Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih diberi masa dan ruang untuk menikmati saat-saat indah bersama keluarga.

Begitulah realiti kehidupan ini. Masa beredar tak menunggu kita. Sehingga ke saat-saat terakhir kita pun, masa tetap tak akan menunggu kita.

"Masa hidupmu, di mana kau habisi? Bagaimana kau isi?"

Justeru, sebagai hambaNya yang telah akil baligh, dan bakal dipersoalkan ke mana masa hidup kita dihabiskan, kita perlu bersiap sedia dengan jawapannya. Masa yang diberi kepada kita hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan mematuhi apa yang diperintahkan oleh agama. Mudah-mudahan soalan yang ditanya mampu dijawab dengan baik. Beri masa kepada Allah, diri sendiri dan keluarga, insyaallah kita akan lebih bahagia. Masa untuk Allah, sepanjang masa, insyaallah segala urusan dipermudahkan.. :)

Ala tomey tomey.. :)

Sapa kacau gua tido ni?

I am happy.. :)

Najla dikerumuni sepupu-sepupu lain.

Sangat tenang menatap wajahnya.. really touches my heart lah!

Kek Ika. Beli di Borak-Borak Cafe, Blue Wave Shah Alam. Ada pengesahan halal dari JAIS.

Berbaju hitam, birthday gurl, Ika. Last year, keknya roboh dilanggar sepupu-sepupunya yang berkerumun kat meja. This year, Ika tanya maknya:"Mama, ada kek tak?" Maknya jawab : "Ntahla.. Tengok la Cik An beli ke tak.. ". Ika : "Harap-harap tak roboh lagi.." hehehe..

Makan time!

"Cintai Allah, Cintai Keluarga"

Nurhani

Kg Raja

Kuala Selangor