Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 11 Mei 2010

Diari - Lawatan ke Majlis Agama Islam Johor

Salam semua,

Saat saya menulis entri ini, saya berada di Hotel Seri Malaysia JB kerana menyertai program lawatan ke Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Majlis Ugama Islam Singapura. Ini kali ketiga saya ke MAIN Johor. Pertama kali pada tahun 2006, membuat kajian mengenai wakaf irsod. Kali kedua pada tahun lepas, untuk mendapatkan maklumat mengenai Jawatankuasa MAINS daerah yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Johor. Kali ini, kehadiran kami adalah untuk berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan isu-isu berkaitan muallaf di negeri ini dan juga untuk berkongsi maklumat mengenai apa-apa entiti wakaf yang diwujudkan untuk membantu MAIN Johor dalam membangunkan hartanah wakaf di Johor. Pada kali ini juga, rombongan kami dipecah kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan wakaf dan kumpulan muallaf.

Sehingga ke saat-saat terakhir, saya masih tidak dapat membuat keputusan untuk menyertai kumpulan yang mana. Ini kerana, saya dijemput oleh kedua-dua kumpulan tersebut untuk menyertai grup mereka. Untuk kumpulan muallaf, saya diminta hadir bersama kerana saya merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Muallaf Negeri Selangor, manakala untuk kumpulan kedua, saya merupakan ahli Jawatankuasa Teknikal Perbadanan Wakaf Negeri Selangor.

Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menyertai kumpulan pertama ,walaupun pada asalnya saya telah memutuskan untuk bersama kumpulan kedua. Ini kerana Puan Zurinah, Pegawai Undang-Undang di Bahagian saya, akan menyertai kumpulan kedua, dan tiada wakil undang-undang di dalam kumpulan pertama.

Alhamdulillah. Banyak info yang dikongsikan bersama dengan Unit Ukhuwah MAINJ yang menguruskan isu pendaftaran muallaf dan bantuan kepada mereka. Saya turut dimaklumkan oleh Puan Zurinah bahawa terdapat banyak info menarik yang dikongsikan oleh wakil-wakil MAINJ. Pertukaran dan perkongsian maklumat seperti inilah yang sepatutnya diteruskan oleh badan-badan Islam untuk memajukan dan memartabatkan Islam. Contoh yang baik harus diteladani dan dicontohi.

Usai sahaja mesyuarat bersama MAIN Johor, kami semua solat di Masjid Abu Bakar yang terletak bersebelahan dengan bangunan MAIN Johor. Selesai solat,kami terus menuju ke hotel. Memandangkan kami keluar di waktu sibuk (peak hour) jadi jalan di sini sesak. Ditambah pula dengan pemandu kami yang tidak mahir dengan jalan di JB. Namun, alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak di hotelpada waktu maghrib. Esok pencarian ilmu kami akan diteruskan di Majlis Ugama Islam Singapura. Semoga Allah memudahkan urusan kami esok. Aminn..


Ketibaan kami disambut oleh pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

Sesi perbincangan dan perkongsian maklumat mengenai bimbingan dan penjagaan muallaf.
Bergambar kenangan di hadapan bangunan MAINJ bersama Timbalan Pengarah JAIJ, Tuan Hj Yahaya. (berdiri di tengah dan memakai kot)
Dari kiri : Pn Rohana, Pn Norhalisa, saya, Ustaz Daruddin (Jabatan Mufti Selangor) Tuan haji Yahaya (TP JAIJ), Ustaz Suhaimi, Encik Samad (LZS) dan Ustaz Jauharul Fardi (MAIS).



"Berjalan, Melihat & Mentafsir"
Nurhani
Hotel Seri Malaysia
Johor Bahru

Tiada ulasan: