Seharian ini, saya di pejabat, setelah 10 hari tidak masuk ke pejabat kerana program di PD, terus ke Genting, Singapura dan akhir sekali, Morib. Boleh bayangkanlah surat-surat masuk dan laporan-laporan yang perlu dibaca serta maklumbalas yang perlu disediakan. Disebabkan saya berpuasa, jadi saya terus sahaja membelek dan meminit surat-surat masuk. Lebih kurang 60 lebih surat yang perlu diminit, tak termasuk laporan, panggilan mesyuarat, maklumbalas, dll. Betul-betul menyebabkan saya duduk di kerusi tak bangun-bangun.
Lebih kurang jam 8.30 pagi, Ustaz Fahimi, peguam syarie di pejabat saya berkata,"
"Boss. Hari ni boss pegi mahkamah yer. Kena baca afidavit depan pendaftar," kata Ustaz Fahimi.
"Ok. Pukul berapa?" tanya saya.
"Pukul 9 la boss," jawabnya.
"Ok," jawab saya.
"Lepas tu, boss tunggu di Mahkamah boleh? Tak ada wakil untuk kes MAIS," katanya.
"Tunggu? Hmmm.. Tak boleh la ustaz. Kerja saya banyak ni. Surat-surat ni tak habis tengok lagi. Esok dah ada audit. Kat Mahkamah tu, bukan sekejap. Kalau tak bz, takper saya tunggu, tapi dah 10 hari tak masuk, surat sumer belum minit. Ustaz cari la orang lain. Minta Bahagian yang terlibat," saya mencadangkan.
Jam 9 pagi, kami berdua sudah berada di bawah. Ustaz Fahimi berjaya mendapatkan wakil untuk MAIS. Namun, pemandu masih belum ada. Arrgghhh!!! Tensennya!! Saya terus menghubungi pegawai yang terlibat supaya cepat kerana bimbang terlepas kes. Dalam perjalanan, peguam yang mewakili MAIS menghubungi Ustaz Fahimi, memaklumkan bahawa kenderaannya mengalami kerosakan, dan memerlukan masa 20 minit untuk sampai.
" Adusss!! Pukul berapa nak selesai ni? Nak baca afidavit sekejap ajer, tapi nak menunggu lama pulak.. Kerja banyak ni..,"gerutu saya dalam hati..
"Betul ke 20 minit ustaz? Biasa kereta rosak, lama prosesnya," kata saya.
"Tak sure la boss," jawab ustaz Fahimi.
Akhirnya saya meminta pemandu menghantar saya pulang semula ke pejabat. Menunggu sesuatu yang tak pasti, memang menjengkelkan saya. Banyak masa terbuang menunggu sesuatu yang tak pasti.
"Saya balik dulu buat kerja. nanti peguam dah sampai, call saya yer. Pemandu ada untuk standby," kata saya pada Fahimi.
Lebih kurang jam 9.50, baru lah peguam berkenaan tiba. Saya terus menyelesaikan proses di Mahkamah Syariah dan pulang semula ke pejabat. Saya menaiki tangga dari tingkat G hingga tingkat 10. Semput rasanya setelah lama tak naik tangga. Tambahan pula, saya dihinggapi selsema dan rasa agak sukar untuk bernafas. Saya menyambung tugasan sehingga jam 1 tengahari.
Pada jam 2.22 petang, Puan Rohana, PRO MAIS, datang menjengah ke bilik saya.
"Cik Hani, masuk kan meeting dengan PPIM? Diorang dah sampai," katanya.
"Oh. Ok. Insyaallah. Saya memang dijemput. Kat mana buat?" tanya saya.
"Tingkat 10. TSU baru habis miting JKSM, so maybe dia lambat sket," kata Rohana lagi.
"Marilah," saya mengajak Rohana ke bilik mesyuarat.
Seramai 4 orang wakil PPIM diketuai oleh Datuk Nazim Johan sudah berada di dalam bilik mesyuarat. Tak lama kemudian, TSU MAIS tiba dan terus memulakan mesyuarat. Banyak isu yang disuarakan oleh PPIM terutamanya mengenai isu halal. Menurut Datuk Nazim, hanya terdapat 2 kopitiam yang pernah memohon sijil halal, itupun tidak memperolehi sijil halal. Dan kebanyakan kopitiam menggunakan air rebusan katak untuk memberi rasa manis dalam makanan mereka. Yuks! Loya tekak saya membayangkan air rebusan katak masuk ke dalam mulut dan tubuh badan saya. Tapi itulah realitinya. Menurut Datuk Nazim lagi, ramai pelanggan beragama Islam yang tidak menghiraukan sama ada sesuatu makanan itu halal atau tidak. Dan masih ramai orang beragama Islam yang berkunjung ke kopitiam-kopitiam milik orang bukan Islam.
Beliau turut berkongsi pengalaman dikunjungi oleh Duta Belanda apabila PPIM dan Mydin memboikot barangan keluaran negara tersebut selepas filem Fitna oleh Greetz Wilders yang menghina Rasulullah SAW ditayangkan kepada awam. Beliau turut berkongsi bahawa beberapa pasaraya yang jualan mereka turun kepada 0% apabila JAIS menarik balik sijil halal daripada pasaraya berkenaan. Ini membuktikan umat Islam sebenarnya boleh menentang perkara-perkara mungkar yang dibuat oleh golongan kuffar dengan cara memboikot barangan mereka. Menurut Datuk Nazim lagi, golongan kapitalis memang akan cepat resah dan risau apabila terdapat perkara yang menjejaskan hasil kepada negara mereka.
Masa rasa begitu sekejap berlalu, namun banyak lagi isu-isu lain yang dibincangkan bersama PPIM. Alhamdulillah, banyak perancangan dan aktiviti yang bakal dilaksanakan bersama PPIM untuk menggembling tenaga ke arah kesejahteraan ekonomi dan sosial orang Islam. ANtaranya dengan mewujudkan kiosk-kiosk menjual makanan halal di semua masjid di negeri selangor, dan penubuhan sekretariat untuk menangani isu-isu mencabar agama Islam. Mudah-mudahan pertemuan yang singkat ini merupakan langkah permulaan untuk kerjasama yang lebih besar. Insyaallah, semoga dipermudahkan niat yang baik ini.. Aminn..
Delegasi PPIM diketuai oleh Datuk Nazim Johan. Dari kiri: Encik Mustafa (PPIM), Datuk Nazim, Ustaz Malek (LZS) dan Ustaz Abdul Halem Hapiz (TSU MAIS).
Turut hadir dalam perbincangan, Ketua-ketua Unit dan bahagian di MAIS dan JAIS. Berbaju kelabu semuanya daripada PPIM.
"Yang Halal Itu Dituntut"
Nurhani
Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan