Saat ini, saya masih di Hotel Impian Morib, kerana jemputan menghadiri program Ramah Mesra Bersama Mualaf. Saya dan Ustaz Fahimi tiba seawal jam 2 petang, kerana slot saya bermula pada jam 3pm. Namun, slot saya ditangguhkan ke jam 9 malam. Alhamdulillah, saya dapat berkongsi kesan-kesan pemelukan Islam bersama lebih kurang 40 orang mualaf daerah Klang. Antara lain yang saya kongsikan adalah apabila mereka memeluk Islam, mereka tertakluk kepada undang-undang syariah dan juga undang-undang sivil.
Kini, jam dah menunjukkan pukul 11.30, dan program dialog dengan mereka masih belum selesai. Banyak permasalahan dan isu-isu yang mereka kongsikan. Semakin lama saya dengan mereka, semakin banyak luahan mereka yang saya dapat dengar. Bantuan bulanan, elaun, bimbingan agama, perlindungan dan masalah-masalah lain yang mereka kongsikan. Turut dibangkitkan adalah pegawai mualaf yang kurang mesra. Alhamdulillah, sahabat-sahabat daripada MAIS dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan yang dikemukakan.
Jujurnya, saya amat-amat bersyukur kerana lahir sebagai seorang Islam sejak kecil, dan diberi hidayah sejak lahir. Alhamdulillah..
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Bilik Kelanang
Hotel Impian
Morib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan