Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 22 Mei 2010

Diari - New Life..



Salam semua,

Hari ini aku dan adikku ke Tasik Shah Alam. Biasalah. Aktiviti wajib hujung minggu..:) Berkumpul dengan rakan-rakan 'seperjuangan' di tepi Kedai Kopi.. Tapi bukan untuk makan.. but beriadah.. Dah lama dah aku tak makan kat Kedai Kopi tu..

Hari ini aku sampai lambat sket, tunggu adik aku yang bersiap lambat, bak puteri Jawa Kraton terakhir.. Sampai-sampai jer, teman-teman lain dah melompat-lompat ikut step lagu.. Aku dan adikku terus masuk line dan mengikut gerakan teman-teman yang dah berpeluh-peluh..

Aunty Sherry, 44 tahun, (tapi umur metabolisme beliau, 30 tahun pulak!) makin rancak menghayun langkah kaki ke kanan dan ke kiri..

"To the left, double, to the right, double," terdengar suaranya memberi arahan kepada yang lain.

Masing-masing cuba nak follow gerakan Auntie Sherry.. Perghhh.. Penat jugak weii.. Baru beberapa minit dah berpeluh-peluh.. Miss Syafinaz, di depan aku nampak maintain jer.. hehehe.. Akhirnya, kami diminta berlari... Arrrrrgggh!! Part paling aku tak suka, tapi demi kesihatan, aku lari juga.. Lari.. lari... Hnnss.. Hnsss.. tak larat weh! Then? Jalan cepat.. lari balik.. jalan cepat.. Tak larat weh!! Berpeluh-peluh.. Sweating.. Really.. Sampai kat tempat mula-mula, poco-poco pulak.. sebab aku tau, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dah haramkan poco-poco, aku dan adik aku tak join la.. Kitorang ikut rentak lagu, buat aksi sendiri ajer.. janji kuar peluh beb!

Letih gak, but I really like it! Rasa semakin sihat dan ceria.. Saat aku berpeluh-peluh kerana lemakku terbakar dalam proses ketosis, hormon gembira aku pun bertambah.. Hilang rasa tension, duka, lara, sedih...Time posa pun boleh naik tangga 18 tingkat.. hehehe.. Kalau dulu, naik dari tingkat 9 ke tingkat 10 pun naik lif.. My life totally change now..

Aku yakin, kalau aku terus berlari dan berlari.. Melangkah dan terus melangkah... Ia akan jadikan aku lebih gembira dan ceria.. Kalau ia boleh jadikan aku lebih gembira, tentu ia boleh jadikan aku terus berjaya.. So? What are you waiting for? Just run my dear, run! Run for your life!!

Demi Allah! Aku seolah-olah dapat nafas baru.. Kehidupan baru, yang lebih sihat dan ceria.. Alhamdulillah.. Thanks Allah, for keep on giving me chances to enjoy this life.. I am enjoying it.. My new life..:)


"Healthy minds comes from healthy body"

Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor

2 ulasan:

Unknown berkata...

assalamualaikum hani.
tahniah kerana memulakan hidup baru untuk diri yang lebih sihat. baca tulisan hani ni buat kakchik rindu pada kelas aerobik yang dah 2 bulan kakchik tak hadir kerana urusan bisnes.
seronok kan dapat berpeluh beriadah. merasakan degupan jantung yang kencang kemudian kembali normal sangat-sangat kakchik suka. badan jadi segar selepas bersenam.

p/s: org macam tak kisah je pasal fatwa poco2 tu

Hunny berkata...

Salam kak Chik,

Betullah! Rasa happy sangat pas bersenam..macam dapat semangat baru.. hehehhe.. Pasal poco2 tu, maybe sebab tak diwartakan, thats why ramai tak tau..