Salam semua,
Hari ini program saya agak penuh. Selepas menghantar adik yang sedang praktikal di seksyen 8, saya terus bergerak ke IKIM di Jalan Bukit Tunku untuk menghadiri mesyuarat panel isu-isu semasa dan wanita. Hari ini saya memandu sendirian ke sana. Semua pemandu MAIS berkursus di Morib. Sampai di Jalan Duta, saya tersilap masuk ke Lebuhraya DUKE yang terus ke Ampang dan Ulu Kelang. Saya membuat pusingan 'U' dan alhamdulillah, sampai di IKIM tepat-tepat jam 9.30 pagi. Saya menghubungi urusetia mesyuarat, Ustazah Taqwa, memaklumkan ketibaan saya.
"Cik Hani masuk jer terus. Saya dah tag tempat untuk cik. Mesyuarat dah mula," katanya pada saya.
Saya mempercepatkan langkah. Sampai di bilik mesyuarat, saya dapati kerusi-kerusi lain di meja mesyuarat berbentuk "U" sudah dipenuhi. Dato' Wan Muhamad, KP Jakim, sedang memberikan taklimat ringkas mengenai penubuhan Jawatankuasa ini. Saya diminta duduk di sebelah Tuan Mahamad Naser Disa, Peguam Kanan Persekutuan. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Prof Dr Zaleha Kamaruddin, Timbalan Pengarah IKIM. Saya memerhatikan panel-panel lain yang hadir. Dato' Wan Muhamad (KP Jakim),Dr Najibah (UIA), Dr Raihanah Azhari (UM), Prof Madya Dr Siti Zalikha (UKM), Zainur Rijal (Peguambela Peguamcara), Tuan Mahamad naser Disa (Jabatan peguam Negara)..
"Dush! Terasa kerdilnya diri ini nak dibandingkan dengan mereka yang hebat-hebat tu.." hati saya berkata. Asalnya, saya hanya dijemput hadir oleh Pengerusi Jawatankuasa, tetapi atas cadangan Tuan Naser, dicadangkan supaya ada wakil Majlis Agama Islam Negeri yang hadir untuk menyelaras polisi dan dasar berkaitan wanita dan Islam di peringkat negeri.
Banyak perkara dan isu berkaitan wanita dan Islam yang dibincangkan, termasuk mengenai bidang kuasa Jawatankuasa yang dibentuk untuk memberi penerangan dan menjelaskan salah faham dan tohmahan terhadap wanita dan Islam.
"Besar sungguh peranan jawatankuasa ini. Semoga Allah mempermudahkan niat baik kami ini," doa saya dalam hati.
Mesyuarat berakhir jam 12.35 tengahari. Usai mesyuarat, kami dijamu dengan makan tengahari. Masa senggang yang ada saya isi dengan berbual-bual bersama cendekiawan-cendekiawan wanita, Prof Dato' Zaleha, Prof Madya Dr Siti Zalikha, PM Dr Raihanah Azhari yang mempunyai begitu banyak pengalaman membentang kertas kerja dan cuba menyelesaikan konflik berkaitan wanita dan undang-undang. Seronok bersembang dengan mereka, tak sedar dah jam 2. Saya meminta izin untuk pulang kerana ada mesyuarat lain yang perlu saya hadiri di sebelah petang.
Sebelah petangnya, saya menghadiri Mesyuarat Exit Conference Audit Indeks Akauntabiliti MAIS yang dianjurkan oleh Bahagian Audit Dalam MAIS. Mesyuarat mencadangkan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh semua Ketua Bahagian untuk memastikan MAIS mengekalkan indeks akauntabiliti tertinggi dan terbaik di Negeri Selangor, iaitu dengan peratusan melebihi 90% dan empat bintang. Mesyuarat berakhir jam 5.30 petang.
"Boss. Nak bincang sket," Shakirah, kakitangan Bahagian saya memaklumkan, saat saya masuk ke pejabat.
"Dah habis waktu pejabat laaaa," kata saya, teringatkan adik saya yang sedang menunggu saya di pejabatnya.
"Sekejap jer boss," katanya merayu.
"Ok. 5 minit," jawab saya.
Perbincangan yang ringkas itu tidak mengambil masa 5 minit, bahkan 20 minit. Adik saya berkali-kali menghantar sms kepada saya.
"SMS 1 -"Dah tunggu di luar. SMS 2 -"Dah penat berdiri. SMS 3 -"Masih tunggu di luar.."
Saat saya sampai di pejabatnya di seksyen 8, saya nampak dia dah berjalan kaki dari pejabatnya. Mukanya memang muncung, boleh sangkut hanger.. hehehhe.. Sorilah sis.. memang macam ni lah realitinya bekerja di MAIS. Walaupun ada waktu pejabat, tetapi, tak semua perkara dapat diselesaikan dalam waktu bekerja yang ditetapkan. terkadang saya merasakan waktu 24 jam terlalu singkat. But then, itu yang Allah dah beri, so, kenalah kita optimumkan penggunaannya.
Bila dia masuk dan membuka pintu kereta, saya berkata,
"Kalau tau nak jalan kaki tadi, Kak An tak yah ambik.. mesti kurus jalan kaki dari seksyen 8 sampai seksyen 3," kata saya melawak.
"Heleh! Penat tau owang tunggu," jawabnya dengan nada merajuk.
"Sorilah cik ya.. memang selalu pun macam ni.." kata saya.
Pada saya, dalam hidup ini, walau macam mana terbaik pun kita mencuba, ketentuannya tetap pada Allah Yang Maha Kuasa. Kalau Allah sudah mentaqdirkan kemampuan kita hanya setakat itu sahaja, maka kita terpaksa menerimanya. Kalau kita tidak mampu untuk membuat lebih daripada itu, walaupun cita-cita kita ada, tetapi Allah tak izin, kita perlu redha.
Sebab itu, dalam hidup ini, perlu ada tolak ansur, perlu bersedia menerima kelemahan orang lain, perlu juga menerima hakikat diri sendiri ada kelemahan. Allah juga yang Maha Kuasa... :)
Nurhani
Seksyen 3
Shah ALam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan