Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Sabtu, 8 Mei 2010

Diari - Girls Get Together..

Salam semua,

Hari ini, selepas solat subuh, saya terus menggosok baju untuk ke majlis reunion dengan sahabat-sahabat wanita Laws/ UIA batch 1997/2001. Tepat jam 9 pagi, seperti biasa, setiap Sabtu, saya ke Tasik Shah Alam untuk beriadah. Hari ini saya ditemani adik saya, Raihana. Lebih kurang jam 10.30 pagi, saya kembali ke rumah dan bersiap-siap untuk ke program reunion. Saya pergi bersama rakan saya, Edawati, yang berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya.

Disebabkan Eda tidak begitu mahir dengan jalan di Selangor (beliau berasal dari Kelantan), jadi dia meminta saya yang memandu keretanya. Kereta agak banyak di Lebuhraya persekutuan. Sepanjang perjalanan ke Mid Valley, beberapa rakan kami yang sudah sampai menelefon bertanyakan lokasi kami.

Jam 1.15 tengahari, kami sampai di Hotel The Garden, Mid Valley. Ini pertama kali saya sampai di hotel ini. Sampai-sampai saja, kami berdua mencari tandas. Tandas yang terhampir dengan kami bayaran masuknya RM5! Tertulis di kaunter di hadapan tandas " Premiere Toilet". Terkejut saya melihat harganya. Entah apa yang special dalam tandas RM5 tu, kami pun tak tau.. agaknya dekat toiletnya boleh baring-baring kot! Hehehehe..

Kami berdua meneruskan perjalanan dan mencari Restoran The Spread yang terletak di Tingkat 6 Hotel tersebut. Sampai di restoran tersebut, saya mendapati bahawa kami adalah di kalangan peserta yang lewat sampai. Sahabat-sahabat lain ada yang seawal jam 11.30 pagi sudah sampai.
Yang seronoknya, yang dah berkahwin dan beranak-pinak, masing-masing datang sendirian berhad, jadi tak terganggu dengan telatah anak masing-masing.

Seronok sungguh bila berjumpa. Saya mengira teman-teman yang hadir. Lebih kurang 19 orang semuanya. Masing-masing tak habis-habis bertanya khabar, itu dan ini. Soalan-soalan seperti anak dah berapa, duduk di mana, kerja di mana sekarang, dll. masing-masing riuh bertanya dan menjawab soalan. Orang perempuan bila berjumpa, memang riuh-rendah. Saya perasan juga beberapa orang pelanggan di meja bersebelahan tersenyum-senyum melihat telatah kami.

Makanan di sini memang sangat sedap. Restorannya pun bersih dan selesa. Sebelum pulang, saya menghulurkan kad nama saya kepada teman-teman yang hadir, supaya mudah mereka menghubungi saya.

"Huyyooo... Punyala banyak kelulusan.. LLB, Diploma Syariah, LLM, Peguam Syarie, Peguam Sivil.. Dahsyat laa.." teman saya Nurul bergurau.

"Alhamdulillah," balas saya pendek, sambil tersenyum.

"Cuba tengok kad Nina, pendek jerrr.. kelulusan satu jerr," Nurul mengusik Nina yang baru menghulurkan kad namanya kepada Nurul.

Kami semua tergelak dengan telatah Nurul. Sebelum bersurai, kami mengambil gambar kenangan di hadapan restoran.

"Jangan lupa masuk facebook yer!" Masing-masing mengingatkan.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah, sebab masih lagi memberi kami ruang dan peluang untuk bertemu dan menjalinkan hubungan. Mudah-mudahan selepas ini akan ada pertemuan yang lain pula. Mengukuhkan jalinan ukhuwah, sesuatu yang sangat-sangat dituntut oleh Islam. Teringat saya satu hadis yang mana mafhumnya, " tidak beriman seseorang mukmin itu melainkan dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri".. Semoga tautan ukhuwah kami berkekalan. Semoga kami bertemu untuk Islam, dan berpisah untuk Islam.. Terima kasih juga kepada Puan Harwina yang bersungguh-sungguh menganjurkan pertemuan ini. Semoga Allah membalas jasanya.. :)



Beriadah di Tasik. Now jadi program wajib..:)

Ntah apa yang kelakar. Dari kiri berdiri : Nor (Peguam), Nurul (peguam) Zureena (Peguam di Suruhanjaya Sekuriti) Edawati (PTD), Irda (Peguam)
Duduk dari kiri: Wina (Peguam) Alice (Pensyarah Polytech MARA), saya.

Posing, jangan tak posing..

Rakan-rakan yang hadir.
Berdiri dari kiri : Ijat (peguam-partner) , saya (LA MAIS), Zahrina (peguam-partner), Irda (peguam-partner), Yusma (peguam Syarie, partner), Nina ( Suruhanjaya sekuriti), Awin (peguam-partner), Adlena (Peguam kanan Persekutuan), Wina (peguam-partner-penganjur).

Duduk dari kiri : Siri Khadijah (peguam), Nordiana (Parlimen), Aimah (suri rumah), Halilah (Pendaftar Mahkamah) , Nor (Peguam), Eda (PTD), Alice (Pensyarah) , Nurul (peguam-partner).


"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani

Shah Alam

2 ulasan:

a kl citizen berkata...

meriahnya ya...
masing2 dah berjaya alhamdulillah

Hunny berkata...

Salam KL Citizen,

Alhamdulillah.. :)