Setelah dua hari bercuti rehat, hari ini saya menggagahkan diri untuk menghadiri Majlis Pelancaran Dana Wakaf UKM. Dana ini diwujudkan untuk mengumpul sumbangan wakaf berbentuk tunai untuk digunakan bagi tujuan penyelidikan oleh Yayasan Canselor UKM. Ini adalah projek pertama wakaf untuk penyelidikan di Malaysia. Sebelum ini, konsep wakaf atau endowment pernah dibuat di Universiti terulung, Al-Azhar dan Oxford. Dana wakaf ini juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk aset daripada mana-mana pihak yang bermurah hati.
Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, TNC UKM. Majlis pelancaran dirasmikan oleh YAD Dato' Setia Hj Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Turut hadir adalah CEO CIMB Islamic yang menjadi penaja dan bank pertama yang menawarkan pindahan terus kepada pemunya akaun CIMB kepada dana wakaf ini melalui CIMB Clicks.
Kemudian, majlis diteruskan dengan majlis menandatangani MOU di antara UKM, MAIS dan CIMB Islamic. Bahagian saya terlibat secara langsung dalam projek usahasama ini kerana pihak kami menyediakan dan menyemak perjanjian usahasama yang ditandatangani oleh pihak-pihak. Alhamdulillah. Semoga selepas ini, banyak lagi kaedah berwakaf yang boleh dihasilkan melalui kemajuan dan kecanggihan teknologi untuk menggalakkan lebih ramai orang berwakaf.

"Wakaf, Amalan Yang Berkekalan"
Nurhani
Shah Alam
Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan