Assalam semua,
Hari ni hari pertama aku bekerja untuk tahun ini. Tahun baru 2011. Aku bangun seawal jam 4.40 pagi walaupun niat asal nak bangun jam 3.30. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat sebab Allah panjangkan umur dan beri peluang untuk hidup dan menikmati nikmat kehidupan di dunia sambil beramal untuk akhirat.
Hari ni, rasa semangat nak bekerja. Bekerja dengan lebih rajin. Tahun baru, semangat baru. :) Boss pun baru..:). Harapnya, semangat seperti ini berterusan sampai bila-bila.
Tahun 2010, banyak sejarah suka duka yang dilakarkan. Yang berlalu, biarlah berlalu.Yang penting, terus melangkah ke hadapan. Cabaran dan ujian tetap ada, walau di mana kita berada. Lebih tinggi ilmu dan iman kita, lebih berat cabaran dan ujian Allah buat kita. Tidaklah kita dihidupkan di dunia melainkan untuk diuji. Yang penting, bagaimana kita hadapi ujian dan redha dengan ketentuanNya.
Setiap sesuatu yang dibuat menghendaki pengorbanan dari kita. Yang terbaik dan dituntut, pengorbanan yang disertai dengan keihklasan yang luhur, tidak meminta apa-apa balasan. (Semoga perpisahan barang ke-2 terpenting dalam hidupku dapat ganjaran yang baik dari Allah. Anyway, sudah dapat kembali barang ke3 terpenting dalam hidupku, :D). Betullah.. Kasih sayang yang hadir sentiasa diuji dengan pengorbanan.:). Betul tak Cik Ya?
Anyway, aku berdoa dan berharap semoga tahun ini lebih baik dari tahun 2010 dan tahun-tahun sebelumnya. Aku mahu lebih gembira dan ceria. Lebih sihat dan bersemangat. Mau kejar cita-cita kerana masih ada impian belum terlaksana. Atau mungkin aku perlu pertimbangkan tawaran hebat dari Uitm yang aku terima semalam? :D. Hmmm.. Why not? I guess, it's the first step to reach my dream.. :D.
Permulaan 2011 aku mulakan dengan menyertai operasi Amal Makruf Nahi Mungkar bersama JAIS dan Yayasan Amal. Aku dapat tahu, seramai 140 pasangan ditangkap malam tu. Tak sia-sia kami buat gerak gempur sampai jam 4 pagi. Tapi aku pasti, jumlah sebenar tentu lebih tinggi.
Mudah-mudahan, permulaan yang baik, diakhiri dengan baik juga. Moga Allah permudahkan jalan hidupku dan teman-teman lain. Amin..
"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
7 ulasan:
Assalamualaikum...
Selamat menjalankan tugas..:)
assalamualaikum..boleh awak citerkan keadaan mereka dari segi pakaian dan tingkahlaku ketika ditangkap???
selamat tahun baru kak hunny...
semoa tahun baru buat kak...
Shahrom,
Banyak versi. ada yang menangis, terkejut. macam tak caya kena tangkap. Tapi diorang akur, bila kena soal dan bawak dalam van.
slm kak hunny..slmt menjalani kehidupan baru 2011..moga segalanya berjalan dgn baik n lancar buat kita semua!amiiin..
Selamat Tahun baru buat semua. Moga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang terdahulu.
Salam Oan.. Selamat Tahun baru moga tahun ini lebih bermakna dari tahun2 sebelum2nya....
Catat Ulasan