Salam semua,
Pagi tadi saya dilantik sebagai panel penemuduga untuk jawatan L29 di jabatan saya. Sebelum sesi temuduga bermula, saya didatangi oleh seorang makcik berumur dalam lingkungan 60 tahun bersama peguam beliau berkenaan dengan isu harta pusaka arwah suami makcik tersebut. Makcik tersebut dan peguam beliau yang berbangsa India meminta kerjasama daripada saya untuk menyelesaikan isu pertukaran hakmilik tanah pusaka milik arwah suaminya, yang mana pihak MAIS juga mempunyai bahagian di dalam harta pusaka tersebut. Dalam masa yang sangat terhad, (kerana sesi temuduga akan bermula jam 9pagi) saya bersama seorang pegawai daripada Unit Faraid berjaya membantu mencapai satu keputusan yang memuaskan hati makcik tersebut.
Saya kemudiannya bergegas ke lokasi temuduga. Daripada 8 orang calon yang disenarai pendek, 7 orang hadir, dan 6 daripadanya perempuan. Sepanjang sesi temuduga, satu demi satu calon diuji dengan bermacam-macam soalan yang senang dan mencabar. Ada yang dapat menjawab dengan baik, ada juga yang nampak tak bersedia dan lebih banyak tersengih dari menjawab. Ada yang bersemangat, ada yang nampak tak fokus dan jawab benda yang tak ditanya.Selesai sesi temuduga, akhirnya, ketiga-tiga panel berjaya mencari calon yang paling layak.
Pada saya, sesi temuduga tu sebenarnya gambaran sebenar hidup kita. Setiap masa diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Ada ujian yang ringan dan mudah kita hadapi. Ada yang mencabar dan terpaksa diharungi dengan susah-payah. Manusia ini sentiasa diuji. Lebih susah ujian, lebih besar ganjaran yang dijanjikan, kalau kita redha dengan ujian Allah.
Teringat saya lirik lagu kumpulan The Zikr yang popular satu ketika dulu, yang selalu terlintas di fikiran saya, setiap kali ada ujian yang mendatang:
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan,
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan,
Setelah kabus berlalu.. pasti cerah kembali...
Ujian adalah, tarbiyyah dari Allah,
Adakah kita kan sabar,
Ataupun sebaliknya,
Ketenangan yang datang selepas kesusahan,
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan...
Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa sabar dan redha dengan ujian Allah.

2 ulasan:
Nicely put. Hidup ni platform untuk kita menjadi hamba dan khalifah. Adatlah diuji. Lirik lagu kumpulan The Zikr tu mengembalikan nostalgia zaman UIA. Well done sis!
Hehehehe.. Biasaklah Kak J. Saya memang suka nasyid2 ni.. Especially the Zikr.. Baru ni saya beli album baru The Zikr, diorang minta Nazrey (Raihan)nyanyi balik lagu2 diorang. Layan, jangan tak layan..Memang teringat balik zaman muda2..
Catat Ulasan