Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Selasa, 31 Mac 2009

Diari - Hari yang meletihkan..

Salam semua,

Dah lama tak menulis.. lebih kurang seminggu juga, disebabkan beberapa urusan pejabat yang hmemerlukan tindakan segera.. Rindu betul tak memblog.. mana taknya.. ujung minggu dihabiskan dengan menyiapkan paper projek untuk pengajian sarjana saya di UIAM. Dah minta tangguh 3 kali daripada pensyarah, sebab tak sempat nak siapkan. Sepatutnya, semalam dan hari ini (30 dan 31 Mac 2009) saya perlu menghadiri Kursus Pengurusan Faraid di Institut Latihan Dakwah Selangor, tetapi terpaksa saya batalkan kerana ada perkara yang memerlukan komitmen mendesak daripada saya. Hasrat di hati nak mendalami ilmu Faraid, kerana dalam satu hadis nabi bersabda, " ilmu yang terawal hilang daripada dada manusia adalah ilmu faraid"..sebab itulah bersungguh-sungguh benar saya nak hadiri kursus itu, tapi nak buek camno, tak ada rezeki.. Insyaallah kalau dah ada ilmu, boleh kongsikan dengan masyarakat yang nak tahu mengenai pembahagian harta menurut Islam.

Isnin pagi saya terpaksa 'memanaskan badan' untuk saringan memilih peserta untuk pasukan ping-pong wanita jabatan untuk Karnival Sukan MAIS bersama anak syarikat yang diadakan hujung minggu ini. Alhamdulillah berjaya.. Tapi yang tak bestnya, tak dapat main single, sebab kalah dengan my junior.. sebab dah lama tak main, skill pun dah hilang,..hehehe..Sebelah petangnya, saya habiskan dengan menyiapkan beberapa tugasan pejabat. Selepas waktu pejabat, saya menghadiri sesi latihan untuk team volley ball pulak.. fuhh!! dah lama tak berpeluh-peluh, bila berpeluh2 rasa best pulak.. (walaupun bau asyemm!! hehehe) Malamnya saya ambil sedikit masa (sebelum berehat panjang) untuk menyiapkan projek paper kumpulan saya..
My favorite sport..
Sakit juga tangan menampar!!

Tadi sepanjang hari struggle lagi nak siapkan, tapi tak dapat juga, sebab telefon berdering2 dan ada client. Sebelah petangnya, saya turun latihan volleyball.. habis training ke klinik, sebab tak tahan batuk teruk sangat, dah seminggu.. perut sakit sebab menahan batuk hari-hari.. tapi akibatnya, lepas makan ubat batuk, memanglah rasa nak tidooo.. tengah menaip ni pun dah rasa nak tertidooo..


Koh!Koh! Kahak kahak!! Isk! memang sakitlah tekak ni batuk.. Ya Allah.. Mudah2an cepat lah baik..


Memang lah saya tak suka ubat batuk, especially, bila effectnya kita jadi mengantuk... Dah ngantuk dah ni.. babai!


6 ulasan:

Ustaz Amin berkata...

Ada 2 tafsiran ilmu faraidh di angkat, pertama ramai orang yang sudah tidak tahu faraidh, kedua, orang yang mahir faraidh tidak panjang umur, yang betul, Wallahu a'lam

Leenoh berkata...

Salam Hani.
Pak Ngah baru hilang demam dan batuk, jangan banyak mendedahkan diri dengan cuaca panas,
Sebok kekadang membahagiakan kerana masa berjalan secara berkualiti dan dapat mengelakkan perbuatan sia-sia.
Faraid adalah salah satu cabang ilmu dan pentadbiran kita yang wajib diteruskan dan juga disebarluaskan.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

semoga k.hani cepat sembuh...amien..

nurhanisalwa berkata...

Salam Ustaz Amin,

Terima kasih kerana berikan penjelasan lanjut pasal ilmu faraidh. mudah2an ramai orang2 kita yang berminat untuk belajar ilmu ini daripada terus hilang..

Hunny berkata...

pak Ngah,

terima kasih atas nasihat. Tadi baru berjemur lagi, masa latihan.. Panasss tul.. petang ni nak berjemur lagi.. dah la tak berapa putih, makin hitam la jawabnya.. Insyaallah.. harap2 dapatlah saya mendalami ilmu faraid tu..

Hunny berkata...

fatahiyah,

Amien.. ya rabbal a'lamin.. mudah2an kak hani sihat, especially jumaat ni dan sabtu, sebab ada game volleyball dan pingpong.. Meh la datang.. kami buat di KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, kat Bangi nuuu... Boleh jadi pasukan sorak.. pom-pom girl.. hehehe