Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 18 Februari 2010

Diari - Alhamdulillah.. Akhirnya bantuan Allah tiba juga..

Salam semua,

Sepanjang empat bulan kebelakangan ini, saya benar-benar dilanda kesibukan dan kekhuatiran tidak dapat menyiapkan kerja-kerja dalam tempoh yang ditetapkan. Ini kerana, saya ke'hilang'an dua orang pegawai di Bahagian, seorang memilih haluan sendiri dengan membuka firma guamannya, (Ustaz Juraish) dan seorang pegawai lagi meng'hilang' kerana cuti bersalin (Puan Zurinah).

So, for the past 4 months, here I am, keep working in the office, trying to settle all the unfinished works. Mood pun semakin bercelaru, senang naik angin dan stress melampau. Itu kenangan 4 bulan lalu, sehinggalah hari ini...

"Assalamualaikum boss. Ustaz Fahimi yang ganti Ustaz Juraish tu dah masuk hari ini.." kata Shakirah, pegawai di Bahagian saya saat saya melangkah masuk ke pejabat pagi tadi.

"Yer ker? Alhamdulilah.... syukur," jawab saya.

Saya memanggil Fahimi ke pejabat dan berbincang mengenai struktur Bahagian dan tugasan yang perlu dibuat. Tugas pertama yang saya beri kepadanya adalah menghadiri Mahkamah Syariah sebagai wakil untuk kes-kes bagi pihak MAIS. Saya turut memintanya membaca satu fail kes untuk persediaan mesyuarat bersama Jabatan Mufti Selangor pada sebelah petangnya.

Sesungguhnya saya sangat-sangat bersyukur kepada Allah. Sekurang-kurangnya ada pegawai yang membantu untuk menghadiri mahkamah dan memantau perjalanan Unit Syariah Bahagian Undang-Undang MAIS yang mempunyai tugasan yang semakin mencabar hari demi hari dengan pelbagai isu dan polemik. Thanks Allah, atas bantuanMu kepada kami. Semoga pasukan kami lebih kuat dan cekap dengan kehadiran seorang pejuang baru. Kepada Fahimi, banyak yang perlu kau pelajari di universiti MAIS. Apa yang kau dengar dan perhati dari dunia luar tak sama dengan apa yang kau alami di universiti MAIS. Tentu ada hikmahnya kau ada di sini. Semoga kau ikhlas dan komited dalam perjuangan untuk membantu MAIS. Semoga dengan kehadiranmu dalam pasukan ini dapat membantu memartabat perundangan syariah di Selangor. Try your best and welcome to the group!


"Memartabat Undang-Undang Syariah"

Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam

10 ulasan:

Unknown berkata...

Salam Hani.
Syukur kan bila bantuan yang diperlukan telah sampai. Semoga ringanlah sedikit beban di pejabat dan hilanglah segala tekanan.

..nOWa.. berkata...

ustaz fahimi kerja lebih masa semalam, itu petanda baek punyoo!! - paparazi melaporkan..

JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI berkata...

Salam ziarah.Lihatlah, betapa Allah pasti membantu orang yang berjuang di jalanNya.Jawatan Pegawai Syariah Allah tak biarkan lama kekosongan. Hanya 6 1/2 purnama je kosong. Kira OK la nak dibandingkan dengan kekosongan jawatan Pegawai Wasiat seketika dulu. Selamat datang kepada KHALIFAH al-Thani. Tanya kat dia bila nak ada blog sendiri? :-)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

huhu..k.hani..jgn stress2

KUNTONG berkata...

Salam pagi Jumaat Hani, Syukur Alhamdulillah dalam sibuk2 anda dapat juga membuat kerja dengan sempurna,dn kmudian dpt pembantu plak tu. Mudah2an Allah SWT sentiasa mmberi kesihatan pada Hani dan famili.

Hunny berkata...

Kak Chik,

Alhamdulillah... harap2nya dapat lah bantu tugasan di pejabat.. :)

Hunny berkata...

salam Nowa,

Harap2 bukan mula2 jerr.. tapi sampai akhir perkhidmatan kat MAIS.. hehehe... mamarazi melaporkan :)

Hunny berkata...

Ayong,

Stress memang ada, cuma dapat kontrol ke tak ajerr.. alhamdulillah, sekrang dapat kawal sket :)hahaha..

Hunny berkata...

Salam Ustaz Juraish,

Rupa2nya 6 bulan setengah dah Ustaz tak ada ek? Patutlah rasa semakin tua kat sini.... Rupanya dah 6 bulan pecah otak berfikir.. hehehe.. Mudah-mudahan kehadiran Khalifa atthani mempermudah urusan MAIS.. Blog? nanti tanya Tuan Punya badan.. :)

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Berat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Hilangkan ketegangan dengan membuka minda positif dan mahmudah....insya Allah, Allah akan bersama anda.

Selamat berjuang dan maju jaya.