Sepanjang 3 hari 2 malam yang lalu, saya dijemput sebagai panel untuk menyemak dan memurnikan draf Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Masjid (Negeri Selangor). Peraturan ini dibuat bagi mengurus pelantikan Pegawai Masjid (Nazir, Imam, Bilal dan Siak) dan juga anggota jawatankuasa masjid yang terdiri daripada Timbalan Nazir, Setiausaha, Bendahari, Wakil Pemuda, Wakil Wanita, dan beberapa jawatan lain lagi di dalam pengurusan sesuatu masjid. Peraturan tersebut turut memperuntukkan tanggungjawab Majlis Agama Islam Selangor sebagai pemegang amanah tunggal semua masjid di dalam negeri Selangor, tanggungjawab dan bidang tugas Pegawai masjid dan anggota Jawatankuasa Kariah setiap masjid. Turut hadir bersama dalam perbincangan adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS, Tuan Hj Basori, selaku Pengerusi Bengkel, Penolong Pegawai Undang-Undang Negeri (Seksyen Syariah), Tuan Mohamed Fouzi Mokhtar, kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS, Pegawai Tadbir Agama Daerah (Kadhi Daerah), Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah-daerah. Peraturan-peraturan ini juga turut terpakai kepada surau-surau di seluruh negeri Selangor.
Sebenarnya, telah beberapa kali sesi bengkel diadakan untuk mendraf peraturan ini, dan banyak pihak yang terlibat. Saya berharap, ini sesi pemurnian yang terakhir. Diharapkan semoga peraturan ini kelak dapat membantu memperkemas sistem pengurusan dan tadbir urus masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negeri Selangor. Mudah-mudahan sedikit usaha kami ini diberkati dan dipermudah oleh Allah s.w.t.
Situasi biasa yang saya lalui dalam majoriti perbincangan di MAIS atau JAIS yang ahli perbincangan majoritinya lelaki. Mula-mula malu jugak, tapi lama-lama macam dah terbiasa.
"Memperkasa Undang-Undang Syariah"
Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam
2 ulasan:
Salam Hani.
Senario hari ini amat sesuai tindakan tersebut dilakukan supaya menjadi landasan yang kukuh untuk menggandakan aktiviti memakmurkan masjid dan surau serta menghadapi serangan kesyirikan yang dirancang oleh musuh Islam.
Semoga kaedah yang dimurnikan itu akan memberi kekuatan dan semangat baru dan lebih proaktif serta melegakan kerisauan yang sedang dialami. Insya Allah usaha baik itu akan diberkati Allah.
Salam Pak Ngah,
Insyaallah... Kami cuba yang terbaik.. Mudah-mudahan Allah bantu..
Catat Ulasan