Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 8 Februari 2010

Diari - Selamat Pengantin Baru Mai!!

Salam semua,

Usai saja bengkel saya selama 3 hari bersama pegawai-pegawai masjid Jabatan Agama Islam Selangor, saya dan beberapa orang kakitangan MAIS bergerak menuju ke Jalan Kebun untuk memenuhi undangan perkahwinan seorang kakitangan MAIS, Mai. Disebabkan saya tidak membawa kereta saya, saya menumpang kereta Shikin, seorang kakitangan baru di MAIS. Sepanjang perjalanan ke sana, beliau yang memang peramah, tak henti-henti bercerita. Dia turut bertanya saya soalan-soalan mengenai jodoh dan pertemuan.

Kami sampai di sana lebih kurang jam 2.30 petang. Memandangkan rumah pengantin betul-betul di hadapan jalan besar, memang mudah nak mencari rumahnya, tetapi agak susah nak parking, sebab betul-betul depan jalan. Alhamdulillah, ada anggota-anggota RELA yang ditugaskan untuk membantu tetamu yang datang.

Disebabkan tak ada parking, saya mencadangkan supaya Shikin mem'block' sahaja kereta di hadapan kami, dan meninggalkan nombor telefonnya di atas dashboard. Lagipun, kami sekejap saja. Saya melihat tetamu tak putus-putus hadir, termasuk Pengarah JAIS, Dato' Khusrin dan isteri beliau.

Sewaktu Dato' Khusrin mencari-cari tempat sesuai untuk duduk, saya menyapanya,

"Assalamualaikum Dato'."

"Waalaikumsalam Eh! Macam kenal ajer.." jawabnya sambil tersenyum. Saya mempelawa beliau duduk di kerusi kosong berhampiran dengan tempat kami berempat duduk. Tak lama kemudian, isterinya bersalaman dan duduk dengan kami.

"Dato' sedara dengan pengantin ke?" tanya saya.

"Tak lah. Ayahnya Imam, sebab tu saya kenal."

"Oooh.. Patutlah.." Jawab saya.

"Yang mana satu yer pengantinnya? Ayahnya kata kerja kat MAIS. Tak perasan saya." tanyanya pada saya.

"Pengantin lelaki kat sana, pengantin perempuan nya yang ini ," jawab saya sambil jari telunjuk menghala ke arah saya, sengaja nak bergurau dengan Dato' Khusrin. Dato' Khusrin dan rakan-rakan yang lain tergelak dengan lawak saya.

"Tapi, kalau Dato' tengok pengantinnya hari ini, esok kalau Dato' jumpa lagi tentu dah tak ingat, sebab pengantinnya dah jadi transformer (berubah)," tambah saya lagi kerana kebiasaannya pengantin perempuannya dimekap dengan agak tebal oleh mak andamnya, sehingga sukar dikenali. (Jangan marah ye Mai, gurau ajer!! Ya Ampun!! Apapun, kau memang maintain cun semalam!)

Apapun, saya seronok makan kenduri semalam, sebab lauk pauknya memang menyelerakan. Agaknya sebab orang Jawa masak kot? Tahniah kepada pasangan pengantin Mai dan suami, semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh hidup berumahtangga. Semoga menjadi suami dan isteri solehah. Moga dapat zuriat yang soleh dan solehah. Amin...


Bergambar kenangan bersama Raja Sehari. Dari kiri: saya, suami Mai (lupa nama), Mai, Shikin dan Tikah.

Bakal-bakal pengantin bergambar close up bersama pengantin perempuan yang berseri-seri.

"Mengharap Redha Ilahi"
Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam

2 ulasan:

ibnu_maulub berkata...

salam kak..
jenuh dah aku tengok gambar orang lain kawin..
bilalah nak rasa nasi minyak akak..???
huwa..huwa.huwa..
jgn marah..
nanti cepat tua.. :p

Hunny berkata...

Salam dik,

Jom lah Kak hani belanja makan nasi minyak kat Restoran Pak Mal.. sekarang pun boleh... hehehe:)