Salam semua,
Kelmarin saya menerima satu sms dari sahabat saya Rohana, PRO MAIS.
"Cuba baca artikel yang dipost dalam blog ABu Razeen, teruk sangat lah.. Penghinaan kepada undang-undang islam dan Mahkamah Syariah," Rohana.
"Yer ker? Tak sempat baca lagi lah. Blog mana?" tanya saya.
"Blog Abu Razeen," jawabnya.
Dalam hati saya berkata, mustahil sahabat saya, Abu Razeen akan menulis artikel yang menghina Islam? Apapun, saya menanti sehingga saya membaca artikel berkenaan. Hanya selepas waktu Maghrib tadi, baru saya berkesempatan membaca artikel tersebut. Rupa-rupanya sahabat saya Abu Razeen meng 'copy' artikel tersebut daripada akhbar The Star. Artikel bertajuk "Persuasion, not compulsion" diterbitkan di dalam suratkhabar tersebut pada hari Jumaat 19 Februari 2010 oleh P. GUNASEGARAM, salah seorang editor suratkhabar tersebut. Dalam penulisan tersebut, penulis yang Tak BerGUNA ini mempersoalkan mengenai sebatan yang dikenakan terhadap 3 orang wanita Islam baru-baru ini di Penjara Kajang. Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga Januari tahun ini.
Tanpa mengetahui selok belok undang-undang jenayah Syariah, objektif dan hukuman-hukuman yang boleh dikuatkuasakan selaras dengan undang-undang persekutuan dan negeri, kaedah-kaedah sebatan syarie, bahkan penulis sendiri bukan beragama Islam, dengan beraninya beliau membangkitkan points2 berikut dalam penulisan beliau:-
1) beliau mengatakan bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan undang-undang persekutuan yang menghalang hukuman sebatan dikenakan ke atas wanita;
2) Beliau turut menyatakan bahawa tindakan tersebut bertentangan dengan human's right dan mendiskriminasi wanita;
3) Undang-undang syariah sudah lapuk dan perlu dipinda;
4) kesalahan yang dibuat oleh 3 orang pesalah wanita tersebut bersifat 'personal' dan tidak menyebabkan 'harm to other person";
5) February 9 2010 was a sad black day in the history of our country;
6) terdapat loopholes dalam undang-undang syariah, dan menyentuh sensibiliti most Malaysians;
7) Seks haram means hubungan seks sebelum berkahwin, dan jika kita tak hipokrit, kita akan menerima bahawa perkara ini berlaku setiap masa, di kalangan Muslim dan bukan Muslim. To prescribe caning for such an offence is something that most Malaysians are likely to consider just too much;
8) kalau kesalahan yang sebegini pun dikenakan sebatan, apatah lagi 'minor offences' yang lain, seperti minum arak? Ini akan memberi peluang kepada pihak berkuasa agama untuk menguatkuasakan hukuman sebatan;
7) Ada tanda2 yang menunjukkan bahawa orang-orang Melayu terutamanya wanita berhijrah meninggalkan Malaysia kerana sebagai seorang Muslim kebebasan peribadi mereka is restricted;
8) The best part is this :-Religion is open to interpretation, man interprets it and man can – and does – make mistakes. (Agama terbuka kepada tafsiran, manusia mentafsir dan manusia boleh membuat kesilapan)
9) Religion is about persuasion not compulsion, about faith not certainty, and that is the way we should keep it. (Agama adalah pujukan, bukan paksaan, mengenai kepercayaan bukan kepastian, dan itulah cara yang perlu dikekalkan.)
10) We have all seen what happens when religion – no matter what religion – is carried to extremes and hijacked by bigots. We don’t want public flogging, we don’t want arms chopped off, we don’t want people to be stoned to death, and we don’t want people to be burned at the stake. (kami telah menyaksikan apa yang berlaku apabila agama, tak kisahlah agama apa, dibawa oleh orang yang ekstrim dan disalahguna oleh puak pelampau. Kami tidak mau sebatan awam, tangan kami dipotong, orang direjam sampai mati dan dibakar hidup2)
11) We have already moved way past that. Let’s not allow a small number of religious bigots to take us back into the dark ages. And for that, we all need to stand up and speak up when our individual rights are trampled upon. (Kita telah melepasi saat itu. Jangan benarkan sebilangan kecil puak pelampau membawa kita ke zaman gelap. Dan untuk itu, kita perlu berdiri dan bersuara apabila hak2 individu kita dicabar.)
Managing editor P. Gunasegaram is appalled by the number of sins committed in the name of God. (For Allah sake, this Tak Guna not only committed a sin, but also a crime under federal laws, and he should be fear of that!). Antaranya, seksyen 298A yang memperuntukan seseorang boleh didakwa atas alasan agama yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan permusuhan dan benci-membenci yang boleh memudharatkan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini. Undang-undang lain yang boleh dirujuk adalah seksyen 4 Akta Hasutan.
Untuk memastikan keadilan diberikan kepada umat Islam, saya menggesa pihak polis supaya P Gunasegaram, disiasat dan didakwa di bawah 298A kanun Kesiksaan dan sebagai alternatif Seksyen 4(1) di bawah Akta Hasutan. Saya berpendapat, P Gunasegaram telah membangkitkan ketegangan dan menghina Agama Islam sebagai Agama Rasmi negara Malaysia.
My question to you is, who are you to question our religion and laws? As a matter of fact, it doesnt apply to you at all!!!
I hope I can do something.. Ya Allah. Bantulah Aku dan permudahkan urusanku untuk mempertahankan agamaMu dari musuh-musuh Islam..Aminn..
"Cintai Allah, Cintai Islam"
Nurhani
Seksyen 3
Shah Alam
6 ulasan:
Didalam usaha kerajaan untuk memupuk semangat 1Malaysia, kesemua rakyat adalah wajib untuk menyokong dalam apa jua cara untuk mengekalkan semangat tersebut. Malaysia sebuah Negara yang unik seperti mana yang diuar-uarkan ‘Malaysia truly Asia’. Kedamaian dan kemakmuran Negara ini berpunca dari sikap toleransi atau liberalisasi yang diamalkan oleh tampuk pemerintahan negara ini sejak sekian lama. Hormat menghormati antara satu bangsa kepada bangsa yang lain, semua rakyat diberi peluang untuk maju serta bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing. Tunggak kepada kesejahteraan Malaysia adalah penduduknya yang masih mengamalkan nilai tradisi ketimuran dan perpegang teguh pada agama. Meskipun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam sebagai agama persekutuan namun ia tidak menghalang agama lain diamalkan secara aman dan damai di mana-mana pelusuk persekutuan. Hakikatnya Islam adalah sebuah agama perdamaian, perundangannya pula dinamakan hukum syarak. Melaksanakan hukum syarak dalam segenap kehidupan adalah merupakan kewajipan kepada tiap individu Islam. Memandangkan Malaysia dihuni oleh pelbagai kepercayaan dan dogma rakyatnya, pelaksanaan hukum syarak dari segi perundangan telah disusun suai di dalam Perlembagaan Persekutuan. Jestru, Perundangan Syarak yang diwartakan pada hari ini tidaklah menepati sepertimana yang dikehendaki syarak.
Hukum Syarak yang berkuatkuasa mengikut kuasa wilayah-wilayah persekutuan dan negeri-negeri dalam Malaysia telah menuruti proses perundangan sebelum diluluskan. Antaranya digubal oleh jawatankuasa undang-undang, dibahaskan dalam dewan undangan negeri diperingkat negeri dan dewan rakyat diperingkat persekutuan. Akhirnya, selaku ketua agama Islam, Sultan atau Agong akan meluluskan suatu rang undang-undang yang telah dibahaskan oleh ahli dewan undangan negeri dan dewan rakyat. Antara undang-undang yang telah diluluskan adalah Akta Kesalahan jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 atau Akta 559. Menghormati undang-undang yang berkuatkuasa di suatu kawasan adalah satu tanda kerukunan sesebuah negara, kerana itu Kedaulatan Undang-Undang menjadi asas rukun negara yang keempat. Keistimewaan undang-undang syarak ia hanya terlaksana ke atas orang-orang Islam sahaja. Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidangkuasa atas orang bukan Islam, sekalipun kesalahan yang dilakukan adalah dilakukan secara bersama. Mengambil contoh kes khalwat (close proximity) sekiranya tangkapan dibuat melibatkan pasangan Islam dan bukan Islam, maka pihak yang akan dikenakan tindakan adalah orang Islam sahaja, manakala orang bukan Islam dilepaskan. Oleh yang demikian orang Islam yang berada didalam mana-mana persekutuan adalah bertanggungjawab menjaga diri dari melakukan sebarang perkara yang melanggar hukum syarak. Manakala orang bukan Islam tidak berhak untuk campur tangan dalam urusan agama Islam. Sebarang campur tangan atau pandangan yang berbau kritikan ke atas hal ehwal umat Islam dianggap menghina agama Islam. Ini kerana umat Islam dalam negara ini menghormati kepercayaan agama lain dan tidak akan mengganggu gugat kepercayaan mereka kerana atas dasar hormat menghormati dan tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam.
Tugas pengamal media yang bertanggungjawab adalah untuk memahami dan mengamalkan konsep ini kerana ia adalah dasar keamanan dan perpaduan rakyat negara ini. Hukuman sebat telah dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Februari 2010 yang lalu ke atas 4 lelaki dan 3 perempuan adalah disabitkan atas kesalahan bersetubuhan luar nikah. Kesalahan ini disebut dalam seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman tersebut. Sekiranya pesalah tidak berpuashati dengan hukuman tersebut mereka dibenarkan merayu dalam tempoh 14 dari tarikh hukuman dijatuhkan. Peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) telah dikanunkan sejak tahun 1997. Sejak dari mula dilaksanakan, berbagai bentuk hukuman telah dijatuhkan bersesuaian dengan graffiti kesalahan yang disabitkan. Tujuan hukuman dalam Islam adalah dalam bentuk pengajaran, supaya perkara yang sama tidak berulang dan diambil iktibar oleh orang lain. Kerana itu hukuman asal dari segi syariah dibuat secara terbuka dan disaksikan oleh orang ramai. Namun dalam konteks Malaysia ia dibuat dalam penjara. Islam amat menitikberatkan soal hubungkait antara manusia dan Allah dan manusia sesama manusia. Oleh yang demikian kita mendapati asas perundangan Islam adalah untuk menjaga 6 perkara iaitu agama, diri, akal, keturunan, maruah dan harta benda, ini berbeza dengan penafsiran jenayah dari prinsip sivil. Demi menjaga perkara-perkara tersebut syarak telah menetapkan bentuk hukuman yang terdiri dari Hudud, Qisas dan Takzir yang mana sebahagian besar belum dapat dilaksanakan di Malaysia. Di dalam penulisan yang mengkritik hukuman sebat atas kesalahan persetubuhan luar nikah, mereka membayangkan kesalahan tersebut adalah bersifat individu dan tidak mengganggu keamanan. Penulis tersebut sewajarnya membuat penelitian terhadap angka rasmi yang dilaporkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008, berdasarkan angka ini, secara purata 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Menurut sumber yang sama lagi statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Ini belum didatangkan angka kes bayi yang ditinggalkan atau mati begitu sahaja. Kesan kelahiran anak luar nikah yang diakibatkan persetubuhan haram terlalu banyak, antaranya mendatangkan keaiban terhadap keluarga pelaku, menjatuhkan nilai diri baik wanita mahupun lelaki, anak yang dilahirkan tidak kenal ayahnya, tidak mempunyai nasab atau keturunan yan g jelas lebih malang lagi bayi itu dibunuh. Sepertimana yang dinyatakan, Islam adalah agama yang menjaga diri, keturunan dan maruah. Apakah penulis tidak melihat hubungkait antara semua kesan negatif ini terhadap perkembangan masyarakat atau hanya untuk meraikan keseronokan yang bersifat sementara. Agak malang bagi seseorang pada tahap editor akhbar harian untuk memahami perkara sedemikian dan lebih malang lagi terdapat orang Islam yang berteriak dengan nada yang sama. Sedangkan penerima hukuman telahpun rela dihukum meskipun mereka telah maklum tentang peluang untuk merayu. Semoga Allah memberi keampunan kepada mereka kerana mengakui dan redha menerima hukuman dunia, kerana hukuman akhirat adalah lebih pedih dan berpanjangan.
Salam Hani.
Orang bukan Islam tidak sepatutnya campur tangan dalam hal dalaman Islam kerana pelaksanaan itu tidak melibatkan diri mereka, sama seperti kita tidak mempersoalkan apa yang mereka lakukan atau amalkan di dalam agama mereka yang tidak melibatkan diri kita.
Walaupun pada pandangan kita terdapat perkara-perkara yang dipertikaikan pelaksanaan atau amalannya, dalam hal begini kita tidak mencuit mereka kerana kita memegang kepada ungkapan damai yang berbunyi " Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku".
Salam akhi Abu Razeen,
Terima kasih atas ulasan saudara yang panjang lebar, semoga pengunjung yang singgah dapat memahami betapa Islam itu agama yang syumul dan wajib dipertahankan oleh umat Islam. Islam tidak menghalang agama lain diamalkan, tetapi itu tidak bermakna Islam merelakan agama Islam dicaci dan dihina.. Adalah tidak wajar bagi orang lain, sama ada Islam atau bukan Islam mempertikai agama Islam.
Salam pak Ngah,
Islam sememangnya agama yang selamat dan sejahtera. Tetapi apabila diperangi, kita wajib bertindak balas.
Catat Ulasan