Salam semua,
Sempena Cuti Hari Buruh pada 1 Mei 2010, saya pulang ke kampung dengan perasaan tak sabar. Tak sabar nak melihat anak saudara baru yang lahir pada 24.4.2010 yang lalu. Sampai di kampung, tak puas rasanya menatap wajah anak saudara saya, Najla Iffah Shahzani yang baru berusia 8 hari. Comelnya!! Seronok dan rasa tenang jiwa melihat raut wajah tenangnya. Hilang rasa tension. Lapang aje rasa hati. Allah Akbar! Hebat sungguh ciptaanMu Allah.. melihatnya bisa membuat jiwa ini rasa tenang..:)
Tahniah pada pasangan Cik In dan Ajak, semoga Najla membesar menjadi anak yang solehah, dan cemerlang di dunia dan akhirat.. Amin..:)
Pada hari yang sama juga, kami menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung abang saya, Zulaika, yang berumur 8 tahun. Dah lama tak berkumpul, jadi bila kumpul ramai-ramai, memang best. Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih diberi masa dan ruang untuk menikmati saat-saat indah bersama keluarga.
Begitulah realiti kehidupan ini. Masa beredar tak menunggu kita. Sehingga ke saat-saat terakhir kita pun, masa tetap tak akan menunggu kita.
"Masa hidupmu, di mana kau habisi? Bagaimana kau isi?"
Justeru, sebagai hambaNya yang telah akil baligh, dan bakal dipersoalkan ke mana masa hidup kita dihabiskan, kita perlu bersiap sedia dengan jawapannya. Masa yang diberi kepada kita hendaklah diisi dengan perkara-perkara yang bermanfaat dan mematuhi apa yang diperintahkan oleh agama. Mudah-mudahan soalan yang ditanya mampu dijawab dengan baik. Beri masa kepada Allah, diri sendiri dan keluarga, insyaallah kita akan lebih bahagia. Masa untuk Allah, sepanjang masa, insyaallah segala urusan dipermudahkan.. :)

Sapa kacau gua tido ni?
Berbaju hitam, birthday gurl, Ika. Last year, keknya roboh dilanggar sepupu-sepupunya yang berkerumun kat meja. This year, Ika tanya maknya:"Mama, ada kek tak?" Maknya jawab : "Ntahla.. Tengok la Cik An beli ke tak.. ". Ika : "Harap-harap tak roboh lagi.." hehehe..
"Cintai Allah, Cintai Keluarga"
Nurhani
Kg Raja
Kuala Selangor
6 ulasan:
comelnya baby ni ...iras iras muka saya kecik kecik ...beza kulit jer. saya sweet black. semuga baby ni jadi pendakwah yang hebat!
our najla..missssssss uuuuuu~
Salam muharrikdaie,
Hehehe.. puji diri sendiri nampaknya.. ahahahaha.. Amin... semoga maqbul doa tu.. :)
Cik Mellankolia,
Huhuhu.. betul betul rinduuu...
comey pulak anak cik in dlm blog cik an ni.hehe...
Cik In,
tengok la makciknyer yang empunya blog ni.. ahahahaha..
Catat Ulasan