Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Rabu, 19 Mei 2010

Diari - MC

Salam semua,

Kerana kesukaran untuk bernafas, semalam saya ke Klinik Soraya di Seksyen 3 Shah Alam untuk mendapatkan ubat dan rawatan. Itupun setelah didesak oleh rakan-rakan sepejabat yang mengatakan selsema saya terlalu teruk.

"Kak Hani. Rasa macam teruk jer selsema akak. I think, baik gi klinik," kata Nora.

"Wei Sis. Awat teruk sangat suara hang? Hang tak pi klinik kaaa?" tanya Nurul, seorang peguam yang menelefon saya.

"Semalam Puan Zurina dah MC 2 hari, nanti Cik Hani pulak MC. Baik Cik Hani check, takut H1N1 jerr.. sekarang kan musim. Cik Hani kan baru balik dari Singapura." cadang Asri, seorang kakitangan di Bahagian saya.

Masin betul mulut si Asri. Pulang dari pejabat, saya dan adik terus ke Klinik Soraya.

"Sakit apa yer?" tanya Dr Norhayati, doktor yang bertugas.

"Saya selsema Doktor. Susah nak bernafas. Kat ofis pasang air cond, terblock hidung saya. Mengah juga la," jawab saya.

"Awak demam ke?" tanya Dr Norhayati lagi.

"Tak sure la Doktor. Saya rasa mata saya jer panas." kata saya.

Dr Norhayati mengambil alat penyukat suhu dan memasukkan ke telinga saya.

"Eh. Awak demam ni," katanya.

"Yer ker? Saya tak perasan pun." jawab saya cepat.

"Memang awak demam. Saya bagi awak rehat dulu, kalau dua hari tak ok lagi, datang balik hari Khamis," katanya.

"Oh ye? Saya selalu kalau demam, memang saya lawan jer Doktor. Saya tak layan sangat. Tu pasal cuti saya pun banyak lagi. Ada 36 hari lagi, tahun ini. Lagipun saya memang sibuk," kata saya.

"Tak boleh macam tu. Kalau kita tak sihat, kita kena rehat. Banyak kes budak-budak muda, dia malas nak layan sakit demam sikit-sikit. Bila kuman dah merebak dalam paru-paru or jantung, tau-tau jer, dah tak ada. Kita perlu pentingkan kesihatan. Kena jaga," nasihat Dr Norhayati.

"Ok lah Doktor. Cuma, saya ada asma ke?" tanya saya ingin tahu.

"Awak memang ada asma ke?" tanya Dr Norhayati.

"Tak ada. Cuma last year, saya kena batuk dan selsema teruk jugak. Dr yang check tu kata, saya ada asma. Sebab ada wheezing sound tu. Dia pakai nebula untuk buang kahak," kata saya.

"Saya check paru-paru awak tadi ok. Kadang-kadang bukan asma, tapi bronkitis, ada kuman dalam paru-paru. sebab tu kena ambil ubat dan jaga kesihatan. Kerja memang kerja juga, tapi kesihatan kena jaga juga," panjang pesanan Dr Norhayati pada saya.

"Ok lah Dr. Jadi, saya kena rehat la ni?" tanya saya lagi.

"Yer. Tak payah pergi kerja dulu. Saya bagi kamu cuti rehat sampai hari Khamis, kalau tak ok, datang jumpa saya semula hari Khamis," pesan Dr Norhayati.

Akhirnya, saya terpaksa akur juga. I need a break. Mungkin sejak kebelakangan ini, tanpa saya sedari, saya telah bekerja lebih daripada kemampuan saya. Niat saya untuk bekerja lebih bersungguh-sungguh dan menyibukkan diri rupanya memberi impak terhadap kesihatan saya. Tak cukup dengan kerja-kerja pejabat sedia ada, banyak pula program-program di luar yang memerlukan komitmen saya. Semuanya cuba saya penuhi semampu mungkin. Plus dengan aktiviti turun naik tangga dan riadah, semuanya menuntut kudrat empat kerat saya.Cuaca yang tak menentu pun turut menyumbang kepada masalah kesihatan.

Allah Akbar! Syukur Ya Allah! Betapa besar nikmatMu, betapa aku tak mampu untuk membuat semua itu, tanpa Kau izinkan. Hanyasanya Kau yang Maha Kuasa. Bila-bila masa pun Kau katakan,"jadilah!" maka jadilah ia. Aku hanya manusia yang mengharap keredhaanMu. Mudah-mudahan aku cepat sembuh. Amin.

Sebab jarang-jarang makan ubat, rupa-rupanya macam-macam boleh design kat plastik ubat. Ini first time jumpa plastik ubat yang ada doa sebelum makan ubat. Bagus! Yang tak bagusnya, kena habiskan ubat-ubat ni..:(

"Feelin' dizzy and sleepy"
Nurhani

Shah Alam

8 ulasan:

ana berkata...

salam..bagus la dapat rehat, aziah PA TSU pun demam..kat DEMC skrg, kena masuk wad...suspect H1N1...harap2 xder apa2 la. Tapi perasan tak, kebanyakan yg balik dr spore semua demam...

..nOWa.. berkata...

berehatlah..semoga cepat sembuh..

ibnu_maulub berkata...

salam kak~
la awat teruk sngt 2..
jgn rjin sngt taw keje tu..
mase rileks pun mesti ade..
akak rehat la dulu k......... ;)

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Jangan lupa ... sebaik-baik pekerjaan adalah sederhana.

Hunny berkata...

salam Ana,
alhamdulillah, demam sket jer.. harap2 tak melarat ke penyakit lain plak.. ramai ke yang demam? yang kak hani perasan, Puan Zurina demam.. yang lain2 tak tau pulak.. memang musim agaknya..

Hunny berkata...

salam Nowa,

Thanx :)Aminn..

Hunny berkata...

salam Aliff,

Insyaallah.. Terima kasih atas pesanan tu.. :)

Hunny berkata...

Salam Pak Ngah,

:) Baikkkk!!!! :)