Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Isnin, 17 Mei 2010

Diari - Tq Teachers..:)


Salam semua,

Hari ini, 16hb Mei 2010 adalah Hari Guru di Malaysia. Selamat hari Guru kepada semua guru-guru, baik guru akademik, atau bukan akademik. Realitinya, tugas guru bukan hanya terbatas di sekolah dan terhad kepada guru yang mengajar. Di mana-mana pun ada guru, sama ada yang ditauliahkan atau tidak. Di rumah, emak dan ayah adalah guru kita, yang membimbing kita dengan perkara-perkara yang baik dan mengajar kita supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik. Di sekolah, guru kita adalah tenaga pengajar yang mengajar kita, bukan setakat memenuhi silibus mata pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, tetapi juga berusaha menjadikan kita insan yang lebih baik akademiknya dan akhlaknya. Teman-teman kita juga kadang kala menjadi guru kita, yang membantu kita mencari jalan apabila ada masalah yang datang. Kadang kala, musuh kita juga boleh menjadi guru kita, apabila kita belajar daripada kesilapan dan kekalahan di tangannya.

Alternatifnya, kita juga sebenarnya menjadi guru kepada orang di sekeliling kita. Apabila kita menunjukkan contoh yang baik dan dicontohi oleh orang lain, sebenarnya kita memberi peringatan dan pengajaran kepada yang lain. Dan apabila kita menunjukkan contoh yang tidak baik, kita juga menjadi guru kepada yang lain. Lumrah manusia, memang mudah mempengaruhi dan dipengaruhi. Sewajarnya kita berusaha mencari guru yang betul untuk membimbing kita menjadi insan lebih baik, bukan sebaliknya. Berapa banyak kes pengikut yang disesatkan oleh 'guru' mereka yang dipercayai mampu menjadikan mereka manusia lebih baik. Kita juga sepatutnya berusaha menjadikan diri kita 'guru' yang terbaik, supaya menjadi contoh kepada yang lain, yang ingin memperbaiki diri.

Tidak dinafikan, setiap orang ada kelemahannya yang tersendiri. Kalau pun tidak 100%, paling tidak, kita berusaha memperbaiki kelemahan yang ada. Sekiranya kita pernah membuat kesilapan, disebabkan kelemahan kita, seharusnya kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ingatlah, jika kita mempunyai guru, kita juga sebenarnya guru kepada orang lain. Jika kita seorang suami, kita adalah guru kepada isteri dan anak-anak kita. Jika kita isteri, kita adalah guru kepada anak-anak kita. Jika kita anak, kita adalah guru kepada rakan-rakan kita.

Semoga kita semua dapat berguru dengan guru yang terbaik dan menjadi guru yang terbaik untuk orang lain. Selamat Hari Guru 2010 kepada semua guru yang ikhlas dan dedikasai menjalankan tugas dan amanah yang diberikan. Bukan mudah menggalas tanggungjawab ini. Besar pengorbanannya. Yang penting hati kena kuat dan istiqomah. Terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya. Jasa kalian tetap ku kenang.

"Selamat Hari Guru 2010"
Nurhani
Shah Alam

4 ulasan:

ibnu_maulub berkata...

salam kak..
mekaceh~
pengalaman adalah sebaik2 guru..
lame x jumpe akak~
maybe dlm minggu rase cam nak jumpe plak~

Hunny berkata...

Waalaikumsalam dik,
Betullah..pengalaman adalah guru terbaik. Nak jumpa,anytime..:) My door is always open..:)

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Secara tidak rasmi semua manusia adalah guru.

Hunny berkata...

salam Pak Ngah,

Yupp!! Agree with you.. itulah kesimpulannya..:)