Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 22 Februari 2009

Berjalan, Melihat dan Mentafsir - Wahyu Pertama

Salam semua,

Semalam, pagi-pagi lagi dah terpacak di pejabat untuk operasi 'Ops Susun' bersama kakitangan Bahagian Undang-Undang MAIS. Ini disebabkan pihak kami memohon 4 kabinet fail tambahan untuk menempatkan fail-fail di Bahagian yang bertambah banyak. Permohonan untuk penyewaan premis MAIS sahaja sudah melebihi 150 fail, tak termasuk lain-lain perjanjian, kes-kes mahkamah sivil dan syariah, pandangan undang-undang, gubalan undang-undang, wakaf, wasiat, faraid, etc. Disebabkan ruang pejabat yang terhad, kami terpaksa membuat pengubahsuaian susun atur pejabat untuk menempatkan keempat2 kabinet fail tersebut. Buku2 ilmiah, jurnal-jurnal, akta-akta dan bahan-bahan bacaan semuanya ditempatkan di dalam bilik saya sementara menantikan Mini Library diwujudkan di bahagian kami. Sebahagian daripada bahan-bahan bacaan tersebut khususnya Akta dan Enakmen digunakan oleh saya dalam menyediakan pandangan undang-undang.

Selepas selesai tugasan, lebih kurang jam 3.30 pm, saya dan seorang kakitangan bahagian telah ke Shah Alam City Centre untuk membuat bayaran bil Maxis beliau. Ramai juga pengunjung yang hadir, kebanyakkannya orang Melayu, membeli-belah di ruang legar yang membuat tawaran menarik dan potongan harga sehingga 70% untuk pakaian berjenama. Dalam hati saya berbisik, " Betul ker aku dalam zaman gawat ni? Macam tak caya jer.."

Kerana tak ada apa yang nak saya beli di ruang legar, saya terus ke kedai buku MPH yang berada di Tingkat 1 kompleks beli belah tersebut. Yang seronoknya, saya melihat ramai orang-orang Melayu berada di dalam kedai tersebut yang turut menawarkan potongan harga untuk buku2 yang terpilih. Ibu bapa turut membawa anak-anak kecil mereka untuk melihat dan memilih sendiri buku-buku kegemaran mereka. Semasa saya melalui ruang buku kanak-kanak, seorang kanak-kanak lelaki (lebih kurang 5 tahun) berkata kepada ibunya, " Ibu! Ibu! tolong tengokkan buku abang kejap, abang nak gi belah sana". Seronok saya melihat kanak-kanak sekecil itu sudah dilatih untuk membiasakan diri di kedai-kedai buku dan memilih sendiri bahan bacaan mereka. Saya turut membeli dua buah buku sebagai bahan bacaan ringan. "Ini perkembangan positif," getus hati saya.

Berdasarkan pengalaman saya, secara umumnya, orang-orang Melayu, kurang minat untuk membaca, khususnya bacaan ilmiah. Berkemungkinan ini disebabkan sejak kecil, ibu bapa lebih suka mengajak anak mereka membeli-belah pakaian, makanan dan barangan, tetapi bukan buku. Anak-anak tidak dididik dan dilatih 'berkawan' dan 'bermesra' dengan buku2 dan bahan2 bacaan. Mereka hanya 'berkawan' dengan buku bila di sekolah, dan dipaksa oleh guru untuk membuat latihan tambahan. Pada mereka, buku hanya dibaca untuk markah dan peperiksaan, tidak lebih dari itu. Aktiviti membaca hanya untuk lulus peperiksaan, dan peluang melanjutkan pelajaran. Bahan2 bacaan mereka terhad dengan subjek yang diajar. Sebab itu, kita lihat ramai anak2 kita, bila cuti semester atau cuti sekolah, tak ada yang nak membaca. Sebab dah ada kawan lain yang lebih menarik dari buku, i.e, ASTRO, Computer games, Internet, movies, etc.

Justeru, pada pandangan saya, aktiviti membaca ini, perlu diterapkan pada generasi akan datang, supaya amalan membaca ini menjadi satu tradisi dan adat bangsa kita. Bagaimana nak membudayakan amalan membaca ini? Sebagai permulaan, mulakan dengan bacaan ringan, tak kisahlah ilmiah atau tidak. Guna kaedah yang kita selesa, Internet, media, telefon, etc. Kedua, kita boleh mulakan dengan mensasarkan kepada diri sendiri, satu tahun 1 buku @ 1 bulan 1 buku atau terpulang kepada kemampuan masing2. Ketiga, menghadiahkan sahabat/saudara-mara sebuah buku sempena hari lahir @ ulangtahun, kita pun dapat pahalanya, setiap kali dia membaca. Keempat, untuk anak-anak peringkat rendah, latih mereka 'berkawan' dengan buku dengan mengajak ke kedai2 buku dengan lebih kerap. Kelima, untuk babies dan toddlers, bacakan anak-anak kecil kita sepotong cerita pendek (yang bermanfaat) sebelum mereka tidur. Saya kira, kalau diamalkan keempat2 strategi di atas, rakyat Malaysia lebih pandai daripada rakyat-rakyat negara lain di dunia kerana rajin membaca.

Sekadar pandangan dari seorang insan yang cuba merealisasikan wahyu pertama yang diturunkan.. Iqra'.. Mungkin sahabat2 ada pandangan lain yang lebih baik. Yang paling penting, sebagai umat Islam jangan lupa membaca dan memahami kandungan Al-Quran..Fikir-fikirkan dan selamat beramal!! Wallahua'lam.

Suasana di ruang legar pusat membeli-belah SACC.

Gawat ker tak ni?Hmmm.. Gawat kott.. tak ramai shopping..

Tak ramai kat sana, rupanya ramai kat sini..

Kat sini lagi ramai!! Baguih nyer..
MPH Bookstore, SACC Mall, sesak dengan pengunjung dengan tawaran harga buku yang menarik.

Suasana dalam MPH, Plaza SACC Mall. Ramai orang2 kita yang memilih buku dan membaca buku2 pilihan. Satu perkembangan positif.

Geram tengok buku kanak-kanak ni. Cantik2. Pengedar buku kanak-kanak biasanya akan membuat bahan bacaan kanak-kanak menarik untuk dibaca. Kadang-kadang saya tertanya-tanya juga, kenapa zaman saya kecik2 dulu, buku2 macam ni tak ada..

Meh ramai2 mulakan tradisi membaca untuk menjadi manusia berilmu dan memajukan bangsa, agama dan negara.. Meh ramai2 gi MPH! Tawaran menarik! Sementara stok masih masih ada!!

Salah sebuah buku yang saya beli. Nak start baca dah ni.. hehe..

5 ulasan:

Ustaz Amin berkata...

Membaca satu amalan mulia, tetapi tidak semua bahan bacaan membantu kita menjadi mulia, melatih memilih bahan bacaan sama penting dengan melatih minat membaca. Jika minat membaca dipupuk dari bahan bacaan yang keji, ia akan menjadikan kita seolah rajin membaca, tetapi semakin rosak pemikiran kita.

Ada dua cara membentuk sikap membaca. Pertama biasakan terus membaca, kedua biasakan berfikir dan ingin ambil tahu. Orang yang berfikir dan nak ambil tahu nanti akan terpupuk membaca.

Ada orang yang cuba pukuk rajin membaca tanpa berfikir, nanti tabiat ini akhirnya hilang. Jadi, berfikir dan membaca dan membacalah sambil berfikir.

Leenoh berkata...

Membaca sifatnya sangat umum oleh itu pilihlah bahan bacaan yang berfaedah sambil membaca latihlah cara berfikir,seperti kata Ustaz Amin.

Fikirlah secara kreatif, kritis, proaktif dan seumpamanya, ramai yang menghafaz banyak ilmu tetapi tidak dapat membuat rasional terhadap sesuatu isu apabila mereka berhadapan dengannya.

Hidayah dan ilmu perlu disepadukan supaya sesuatu keputusan itu menjadi tepat dan benar.
Kepada Allah jua kita menyerahkan diri.
Wassalam.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

To Ustaz Amin,

TQVM atas pandangan ustaz. Betullah tu. Fikiran kita, adalah hasil daripada apa yang kita baca. Insyaallah, saya akan pilih bahan bacaan yang baik dan bermanfaat.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

To Pak Ngah,

TQ atas pesanan. Ilmu tanpa amal, bak pohon tanpa buah, sia-sia dan tidak bermanfaat. Mudah2an ilmu yang dihafaz dapat diamal dan digunakan sebaiknya, bukan hanya disimpan di dalam jiwa.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

hani..

memg best kalo shopping buku..sama naik ngn shopping baju..sy blh dduk berjam2 dlm kedai buku especially MPH..tp x pernah wat lg..tp MPH ni bagus cz dia kasi kt dduk2,belek buku2 dia..so customer puas hati..lgpun bnyak choice..