Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 5 Februari 2009

Diari - Paradigma Baru Kerajaan Islam

Salam semua,

Alhamdulillah. Dengan izin Allah, siang tadi, , akhirnya saya dapat membentangkan kertas kerja untuk Munaqasyah Pemerkasaan MAIS 2009-2011. Objektif utama munaqasyah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli MAIS yang baru dilantik untuk sessi 2009 hingga 2011 mengenai kewajipan dan kuasa MAIS sebagai penasihat kepada DYMM Sultan Selangor. Munaqasyah ini turut dihadiri oleh wakil2 jabatan, ahli-ahli akademik, pakar-pakar ekonomi, aktivis sosial dan pegawai-pegawai kerajaan yang diundang untuk sama-sama memberi sumbang saran untuk memperkasakan Islam di Selangor khasnya, melalui institusi-institusi Islam Selangor.

Sebanyak 6 pembentangan telah dibuat yang berkisar mengenai perjalanan tanggungjawab pihak berkuasa agama di Negeri Selangor. Banyak komen-komen dan idea-idea bernas yang kami terima semasa sesi soal jawab yang diadakan selepas setiap pembentangan dibuat. Paling menarik untuk dikongsikan adalah pandangan seorang panel bahawa selain daripada Kerajaan Negeri, terdapat satu lagi Kerajaan 'Islam' yang diketuai oleh DYMM Sultan selaku Ketua Agama Islam Negeri, dan dilaksanakan melalui MAIS. Menurut beliau juga 'Kerajaan 'Islam' ini adalah tidak tertakluk kepada pemerintahan Kerajaan Negeri, kerana pentadbiran / pengurusannya adalah berbeza, iaitu untuk perkara-perkara berkaitan dengan agama Islam, sedangkan Kerajaan Negeri mentadbir semua urusan negeri selain Islam

Kalaupun pandangan beliau itu boleh dipertimbangkan dan diterima, pada saya, adalah satu kemestian supaya diterapkan kepada 'menteri-menteri Kerajaan Islam' itu, supaya kerajaan Islam itu ditadbir urus mengikut undang-undang Islam, secara islam, corak pemerintahan Islam, pentadbiran dan pengurusan Islam, pendidikan Islam, penyebaran Islam, penguatkuasaan undang-undang Islam. Pendek kata, supaya 'kerajaan Islam itu tidak sesat selamanya, Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah menjadi rujukan utama dalam pentadbiran sesuatu 'kerajaan Islam'. Ini bukan perkara baru, tetapi pelaksanaan islamisasi itu, secara holistik dalam semua cabang 'Kerajaan Islam' yang ditubuhkan, pada saya merupakan paradigma baru.

Insyaallah. Program munaqasyah ini akan diteruskan esok untuk mendapatkan pandangan panel-panel dan peserta-peserta yang hadir untuk membentuk satu resolusi sebagai panduan kepada menteri-menteri Kerajaan Islam yang akan mentadbir kelak.



Tiada ulasan: