Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 20 Februari 2009

Diari - Strike!!!


Salam semua,

Masa rehat yang panjang hari ni saya luangkan dengan bermain sukan kegemaran dengan beberapa orang sahabat. Dah lama tak main, kira lepas geram jugaklah hari ni.. Hehehe.. Main dua game ajer sebab masa tak izin..

Yang tak bestnya, ada jugak beberapa orang lelaki yang tidak bersembahyang Jumaat pun beriadah juga bersama kami. Saya menegur sebahagian pengunjung lelaki yang hadir, dan bertanya mengapa tidak bersolat Jumaat. Seorang lelaki menjawab " Susah nak jawab soalan tu" sambil tersenyum2 tak bersalah. Yang bestnya, kebetulan dia dapat lane sebelah saya, asyik masuk longkang jer bola dia.. Mungkin jiwanya terganggu dan malu dengan soalan saya.. tapi sebab dah bayar, terus main jerlah walau jiwa kacau..

Seorang lelaki lagi, bila saya tanya, beliau dengan selambanya menjawab, "Saya uzur kak". Seorang lagi, awalnya saya nak bertanya, tapi, mendengar perbualan mereka dalam Bahasa Inggeris, saya bertanya sama ada mereka Muslim atau tidak. Mereka kata mereka bukan Islam.

Untuk makluman semua, tidak mendirikan solat Jumaat adalah salah satu kesalahan jenayah Syariah di bawah seksyen 20 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 yang memperuntukkan bahawa orang lelaki yang baligh yang tidak menunaikan solat jumaat di masjid tiga kali berturut2 tanpa uzur syarie atau tanpa sebab munasabah adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3 ribu ringgit, atau dipenjarakan selama tidak lebih setahun, atau kedua2nya. Cabaran di pihak MAIS ialah, untuk membuat tangkapan terhadap golongan ini, di mana semua penguatkuasa lelaki menunaikan solat Jumaat. Kalau ada sapa2 yang ada info pasal sesiapa tak solat jumaat, bolehlah buat report.

Apa yang nak saya kongsikan sebenarnya, manusia ni, fitrahnya kalau dia buat salah, memang dia akan rasa bersalah, dan bila ditegur, memang dia akan malu. Itulah lumrah manusia. Jadi, kalau kita tau ada sahabat2 kita atau saudara mara kita yang buat silap, kenalah tegur.. Satu teguran, satu strike!! Cuma harap2, kita tak kena strike back.. hehehe.. Teringat kata-kata sahabat baik saya, yang juga seorang pendakwah bebas, tegurlah bila nampak kesilapan, kerana Allah yang meminta untuk kita tegur.. Tegurlah dengan berhikmah, bukan dengan emosi dan egoism. Mudah2an, kita dapat membetulkan kesilapan masing2 dan menyeru semua manusia untuk memperbetulkan kesilapan. To all my frenz especially Azri, (yang rajin menegur, kalau saya salah, tegurlah.. :)

Suasana di Bowling Centre, Plaza Alam Sentral, Shah Alam

Mamat ni, jiwanya kacau lepas kena tegur dengan saya. Baling bola asyik masuk longkang.. Kesian..

Antara pengunjung lelaki yang beriadah time solat Jumaat..

Kat dalam pool centre ni, lagi ramai mamat-mamat jiwa kacau tak solat Jumaat, tapi segan nak masuk..
Memang jiwa kacau lah diorang ni.. bukan main bowling pun, tapi termenung jer..

Sapa kata pakai kain tak leh beriadah? We prove it!!

My score, masa second game.. Kepada rakan2 blogger yang minat nak berbowling, bolehlah layan dua tiga game kat sini.. :)

9 ulasan:

Azri berkata...

Salam Ustazah.

ngeri juga kalau dipiirkan apa jadi kalau kainnya tercabut ! Ana rasa mamat tu semua tobat tak nak tinggal jummat

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

salam

hani bestnyer..main bowling...jom bl2 kt main..hhehehe..

Leenoh berkata...

Tak sangka dia pandai main bowling. Pak Ngah kalau main baling pandailah gak.
Kata orang akal yang sihat ada pada badan yang sihat.Dulu Pak Ngah main tenis, sekarang skilnya dah pupus kot. he he he.
Wassalam.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Salam Azri,

Tinggi sangat imaginasi tu.. Insyaallah, tak tercabut kainnya. Tapi, menarik gak idea tu, mana tau berkesan, cuma tak sanggup ana nak cuba!!Huwahuwa..

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Fatahiyyah,

Meh la sesekali kita main sama. Best apa.. :)email to me, nurhani_mais@yahoo.com. Kita fix lah kat mana-mana.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Salam Pak Ngah,

Wah! Terror main tennis rupanya! Bolehlah ajar saya.. Saya memang dari dulu suka aktiviti sukan dan riadah, tapi riadah yang in-door, macam ping-pong, badminton, volleyball. Kalau outdoor, dulu rajin gak jogging. Sekarang sejak pernah jatuh motor (Minah Rempit!) dan terjatuh di gym, kaki ni dah kurang kuat. Cepat sangat kaki ni rasa sakit. Tambah plak dengan pertambahan berat badan,(chomel bak kata Azri.. huhu..) memang la kesian kat kaki nih.. So, just buat yang ringan2 dan tak bagi tekanan pada kaki sangat, macam walking, bowling, & sometimes swimming.. Kadang geram gak tengok adik2 gi main futsal. Syok tu.. berpeluh2.. Takperlah.. buat yang mampu jer.. Kemas rumah, memasak dan basuh kereta pun berpeluh2 juga.. Paling berpeluh, nak jawab soalan orang2 macam Azri. Sweating man!! Hehe..

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

To Azri,

Sila lihat reply saya dalam blog Ustaz Amin. I think anta komen mengenai saya keterlaluan.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

iAllah hani..tp saya x la sehandal hani..kalo main ngan kengkawan pun sy adalah org yg paling terorot..tp iAllah..cdangan yg sgt bagus..ape2 hal kalo hani rajin online ni sy pnya YM kak_yong86@yahoo.com..mergkap e-mail..sy biasa online mlm..huhu

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

To Fatahiyyah,

Ok kak yong. Bila2 nanti kita set date.On your mark, get set, go!!