Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 13 Februari 2009

Berpesan-pesan - Asal-usul solat

Salam semua,

Sekadar berkongsi sedikit info mengenai solat yang saya terima melalui adik saya di emel minggu lalu. Mudah-mudahan ada manfaat dan dapat disebarkan. Mudah-mudahan solat kita semua diterima Allah. Ini kerana, menurut satu hadis, solatlah amalan pertama yang akan dinilai oleh Allah swt di akhirat kelak. Kalau diterima solatnya, amalannya yang lain juga diterima. Kalau buruk solatnya, buruklah amalan lainnya. Mari sama-sama memperbaiki solat kita. Dalam satu hadis dinyatakan, solat itu tiang agama. Barangsiapa yang menunaikannya, bererti dia membangunkan agama. Barangsiapa meninggalkannya, bererti dia menghancurkan agamanya.

Di bawah ini, dinukilkan asal-usul solat:-

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua :- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. Telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya Dan juga anaknya .
Rakaat ketiga :- Bersyukur Dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun .

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan Dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun .

Bagaimana untuk khusyuk dalam solat? Pada saya, jika kita faham makna bacaan dalam solat akan membuat kita lebih khusuk dalam solat. Saya sertakan di sini maksud bacaan-bacaan dalam solat kita.

( Takbiratulihram)
Allah Maha Besar

(Doa Iftitah)
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit Dan bumi,
Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan orang Islam.

(Al-Fatihah)
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan bukan jalan mereka yang sesat.

(Bacaan ketika rukuk)
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan segala puji-pujiannya.

(Bacaan ketika bangun dari rukuk )
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

(Bacaan ketika iktidal)
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
(Bacaan ketika sujud)
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji-pujiannya.

(Bacaan ketika duduk di antara dua sujud)
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah akan daku.
(Bacaan ketika Tahiyat Awal)
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta
Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

(Bacaan ketika Tahiyat Akhir)
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad Dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

(Doa Qunut)
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya .

Sesudah solat, bolehlah menadah tangan dan berdoa, antaranya:-
"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu .....namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu....kami lah hamba yang mengharap belas dariMu. Ya Allah, jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami dan dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia".

Moga2 kita sentiasa memperbaiki solat kita setiap masa. Insyaallah..

AKAN KU SAMPAI KAN WALAU SEBARIS AYAT..

9 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam.
Info yang berguna, masa yang terluang dimanfaatkan sebaik-baiknya, suatu usaha yang patut dipuji.
Syabas, teruskan dengan infomasi yang berikutnya.

Ibnu Hasyim berkata...

Salam perkenalan dari blog ke blog...

Saya baru membaca blog saudari.. Al-hamdulillah.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Pak Ngah,

Terima kasih atas dorongan. Insyaallah, akan ku teruskan berpesan2..

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Haji Hasyim,

Terima kasih sudi ziarah ke blog ku yang penulisnya baru belajar menjadi penulis.:)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

sekargni susah sgt nk dapatkan solat yang betul2 kyusuk kan..tp teringin sgt..

Azri berkata...

Salam ustazah. boleh tahu dari mana dapat cerita asal usul solat ni . Yang kita biasa dengar nabi kita saw turun naik sampai tinggal 5 waktu je. Cerita cerita yang ghaib ni biarlah ada sanad yang sah. Macam ada ustazah kat TV tu cerita hadis palsu..payah juga kan

silya_aquarius berkata...

salam.akak, kalo saya nak amik artikel ni untuk diemail pada rakan2 yang lain sebangai tambahan ilmu. Boleh tak

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

To silya,
Ok. Silalah sebarkan pesanan yang baik2.

To Azri,
Terima kasih atas pesanan tu. Betullah. Kena bersanad dan berdalil. Macam Ahli Sunnah Wal Jamaah, sumernyer bersanad dan berdalil, sebab tulah kita dapat berpegang dengan mazhab ahli sunnah wal jamaah. Pasal ustazah bagi hadis palsu tu, saya tak tau plak. Cuma, saya dah tulis awal2, saya dapat pun dari email, sebab nampak baik dan bermanfaat, saya panjangkan pada kawan2.Nampaknya, respond orang lain positif, kecuali Azri. Biasalah. Mesti negatif punyer komen.. hehe:)

Azri berkata...

Salam Ustazah,

Jangan lah marah. Mana pulak komen ana negative. Ana cuma ingatkan supaya berhati hati kalau bab cerita ghaib ni.