Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Jumaat, 13 Februari 2009

Diari - Valentine's Day


Salam semua,

Esok 14 Februari, adalah hari yang istimewa dalam hidup saya. Setiap tahun saya akan sambut dengan orang yang paling saya kasihi dalam hidup. Esok, saya akan raikan dengannya di satu tempat yang istimewa.Tak sabar nak tunggu esok..:)

Jangan salah sangka. Saya tidak menyambut Valentine's Day yang diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Kebangsaan. Saya cuma meraikan HARI LAHIR IBUKU yang kebetulan jatuh pada 14 Februari setiap tahun.

Teringat saya petikan hadis Rasulullah saw, di mana seorang sahabat bertanya, siapakah yang patut ku taati dan kasihi selepasmu ya Rasulullah? Rasulullah menjawab." Ibumu,ibumu, ibumu (3 kali) dan kemudian barulah beliau menyebut "ayahmu". Insyaallah, mudah-mudahan kita tergolong dalam insan-insan yang sentiasa mengasihi dan mendoakan ibubapa masing-masing, terutama ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita. Sayangi ibu, sesungguhnya syurga itu di telapak kaki ibumu..

Kepada semua adik-adik dan remaja @ pasangan kekasih yang merancang untuk merayakan Valentine's Day, diharap dapat membatalkan rancangan tersebut. Kepada semua yang membaca, diharap dapat menyampaikan seruan ini dan menegur sesiapa yang kita tahu merancang untuk menyambutnya. Tegurlah kerana Allah yang menyuruh ditegur @ dibetulkan kesilapan seseorang, daripada terus melakukan dosa dan kemungkaran. Tegurlah, berpesan-pesanlah, kerana mudah-mudahan teguran dan pesanan kita berkesan, mudah-mudahan Allah merahmati apa yang kita lakukan. Insyaallah. Allah bersama kita..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

3 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam.
Pak Ngah sangat bersetuju dengan istilah hari lahir daripada menggunakan istilah hari jadi kerana rasanya istilah itu lebih tepat.Semoga ibu Hani sihat walafiat dan ditambahkan iman.
Sekian.

Unknown berkata...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk ibu Hani. Semoga dia sentiasa sihat dan sejahtera sokmo (loghat Klate) agar dapat beramal ibadah ke jalan Allah. KakChik pun setuju dipanggil hari lahir sebab kita mana boleh pasti bila tarikh sebenar kita dijadikan. Allahu'alam.

Hunny berkata...

Salam pak Ngah dan Kak Chik,

TQVM atas doa tu. Mudah2an Allah makbulkan doa Pak Ngah dan Kak Chik. Moga ibu saya sihat walaupun dah 63 tahun dan ditambahkan iman. Saya setuju dengan pandangan Pak Ngah dan Kak Chik pasal istilah hari lahir dengan hari jadi. Hari lahir lebih tepat..