Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 12 Februari 2009

Diari - Muallaf

Salam semua,

Insyaallah pagi ini, saya dijemput sebagai salah seorang panel untuk Program Bengkel Pemurnian Peraturan-Peraturan Pendaftaran, Penjagaan & Pengajaran bagi Muallaf peringkat Negeri Selangor. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memurnikan peraturan tersebut sebelum diwartakan sebagai satu undang-undang. Bengkel yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Insan MAIS dan Bahagian Undang-Undang MAIS ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Mufti Selangor.

Insyaallah, saya dan panel-panel yang terlibat akan berusaha sebaik mungkin untuk meneliti keseluruhan peruntukan draf undang-undang tersebut demi memastikan golongan muallaf di Selangor diperkasa dari sudut pendaftaran, penjagaan dan pendidikan mereka. Ini kerana, golongan muallaf ini, adalah di kalangan individu yang baru memeluk Islam ataupun orang bukan Islam yang hatinya lembut dan jinak kepada Islam. Kerana masih baru memeluk Islam, kebiasaannya mereka masih lagi mengamalkan amalan-amalan semasa sebelum memeluk Islam, seperti membela anjing, atau masih hidup bersama pasangan yang belum memluk Islam, memberi makan kepada Tuhan sembahan mereka, atau masih lagi pergi ke tokong atau kuil. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu golongan ini, untuk menjaga dan memberi bimbingan agama kepada mereka supaya mereka menjadi 'true Muslim & Mu'min', dan bukan memeluk Islam hanya semata-mata kerana mahu berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama Islam.

Dari sudut pendaftaran muallaf pula, pendaftaran seseorang yang telah memeluk Islam sememangnya penting dan perlu, sebagai bukti bahawa seseorang itu telah memeluk Islam. Sekiranya terdapat pertikaian mengenai status agama seseorang muallaf, keterangan bertulis di dalam Buku Daftar Muallaf merupakan bukti yang kuat bahawa seseorang itu telah Islam. Pihak MAIS banyak terlibat menyelesaikan kes-kes pengurusan jenazah muallaf yang dipertikaikan status agamanya oleh keluarga si mati yang tidak mengetahui bahawa si mati telah memeluk Islam. Di dalam kes seperti ini, adalah menjadi tanggungjawab kita semua, khususnya pihak MAIS untuk menguruskan jenazah muallaf tersebut menurut cara Islam. Insyaallah, semoga mesyuarat ini nanti dapat membuahkan hasil demi memartabatkan Islam dan institusi muallaf di Selangor. Mudah-mudahan usaha ini diberkati Allah.

2 ulasan:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

kt dl ada join sukarelwan Perkim..tp kt x aktif sgt..seronok sebenarnya dpt membantu saudara seIslam..atau yang berminat dengganya.

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin berkata...

Betullah. Memang syok dapat bantu orang. Moga dapat diteruskan, sebab golongan mualaf ni memang perlu support kita semua..