Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Khamis, 26 Februari 2009

Peguam Menulis 7 - Hak sama rata?

Salam semua,

Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan program Musawah yang dibuat oleh Sisters In Islam bermula 13 hingga 18 Februari 2009. Saudara Azri pernah mengetengahkan isu ni dalam komen beliau di dalam blog saya. Pertamanya, kerana tujuan program tersebut adalah untuk memperjuangkan hak sama rata di antara lelaki dan wanita, dalam insititusi kekeluargaan, dengan pemahaman yang begitu liberal terhadap Islam. Keduanya, disebabkan pembentang kertas kerja yang dijemput termasuklah yang berfahaman liberal, seperti Dr Ameena Wadud (yang pernah mengimankan solat di USA). Menurut beliau, dalam temuramah oleh wartawan NST, beliau masih lagi mengimami solat, kalau dijemput?!! Ketiganya, pandangan-pandangan peserta program tersebut, sangat liberal dan bertentangan dengan Quran dan Sunnah, antaranya, menuntut supaya poligami diharamkan, pembahagian harta yang adil tanpa mengikut Hukum Faraid di antara lelaki dan wanita (Husein Muhammad). Mereka juga mempertikaikan bahawa Hukum-Hukum yang digunapakai sekarang sudah lapuk, (yang melibatkan institusi keluarga dan pembahagian harta) dan tidak sesuai digunakan. Disebabkan program ini tertutup, saya hanya mendapat input daripada suratkhabar dan media sahaja. Sebenarnya, banyak lagi keputusan-keputusan mereka yang mereka tafsirkan secara liberal kononnya atas alasan persamaan hak kepada wanita.

Pada saya, apapun yang diperjuangkan, hendaklah selaras dengan tujuan Islam, dan menjaga maksud-maksud Syariah. Ramai orang memperjuangkan keadilan dan hak, tetapi masih berlaku tidak adil dan tidak menjaga hak orang lain. Pada zaman sekarang, dalam konteks memperjuangkan keadilan, fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh, dakwa-dakwi, menjadi perkara biasa dalam senario negara. Golongan cendekiawan wanita yang merasa mereka lebih hebat daripada kaum lelaki menuntut supaya hak sama rata diberi kepada mereka, sedangkan dari sudut fizikal dan mental, mereka memerlukan perlindungan dan kasih sayang daripada golongan ini. Islam itu sifatnya adil. Undang-undang hak-hak asasi manusia tidak membataskan antara lelaki dan wanita. Tetapi dari sudut Syariah, telah digariskan kewajipan bagi lelaki dan wanita. Kerana kekuatan fizikal dan mental lelaki yang lebih daripada wanita, lantaran itu kewajipan memberi nafkah, mengetuai keluarga, melindungi wanita, menjaga makan dan pakai wanita dalam keluarganya adalah kewajipan yang dipertanggungjawabkan kepada lelaki, bukannya wanita. Ada banyak lagi kewajipan lelaki, bukan setakat itu saja. Kewajipan ini tidak pernah dipindahkan kepada wanita, melainkan kaum wanita sendiri yang memilih untuk bekerja, menanggung keluarga dsb. (Pengecualian dalam kes melibatkan ibu tunggal). Jujurnya, saya sebagai seorang wanita, sebolehnya saya tak mahu dibebankan dengan kewajipan yang tentunya dipersoalkan kelak. Takut tak mampu nak tunaikan kewajipan. Kewajipan sedia ada pun banyak belum selesai..

Semalam saya dihubungi oleh seorang wakil ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s) untuk mengadakan program untuk mengadakan penjelasan mengenai Musawah atau persamaan di dalam Islam. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai alternatif kepada program yang dibuat oleh SIS baru-baru ini (Musawah, For Equality in the Family). Insyaallah, info mengenai program tersebut (kalau dibuat secara terbuka) akan saya maklumkan kemudian. Mudah-mudahan program ini berjaya memperbetulkan fahaman liberal mengenai Islam yang dibuat sepanjang 5 hari program tertutup yang dibuat oleh SIS itu. Mudah-mudahan kita sedar tanggungjawab masing-masing. Wallahua'lam.

2 ulasan:

Leenoh berkata...

Salam Hani.

Entri ini sangat baik dan bermanfaat sekali. Jelas dan nyata tidak perlu diulas lagi.
Cuma Pak Ngah hendak sentuh tentang kesamarataan yang di tuntut oleh pihak tersebut. Pada pendapat Pak Ngah sampai bilapun tidak akan tercapai kerana hakikatnya memang tidak sama.
Apa yang boleh disempurnakan ialah layanan yang ADIL bukan sama.
Berlaku kepincangan di dalam undang-undang Islam sekarang ini bukan undang-undang yang termaktub di dalam al.Quran itu tetapi, mungkin pelaksanaannya bukan kandungannya, kalaupun berlaku pada kandungan mungkin kerana kandungan yang diambil dan digunapakai bukan undang-undang Islam yang hakiki kerana negara kita sememangnya tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya.
Tentang faraid lelaki mendapat lebih atas dasar mereka bertanggungjawab kepada saudara perempuan mereka tetapi ini tidak dilakukan oleh pihak lelaki, perkara yang silap di sini adalah pelaksanaan dan pemnghayatan terhadap undang-undang bukan undang-undang atau kaedah faraid itu.
Maaf, Pak Ngah faham begitu, tolong beri ulasan balik termasuk yang saya jawab tag mengetag itu hehehe. maaf ye.

Hunny berkata...

Ye Pak Ngah,

Saya sendiri pun tak sanggup nak pikul tanggungjawab lelaki. Besar tanggungjawabnya.. Saya setuju pandangan pak Ngah mengenai masalah dalam pelaksanaan dan penghayatan undang-undang. Betullah tu. Kita doakan ajer mereka sedar akan tanggungjawab masing2.