Halaman

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu (benar-benar)di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kamu (wahai manusia) dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah kamu dengan kesabaran".


Al-Asr : 1-3

Aku hanya peguam biasa-biasa, tetapi punya cerita luar biasa.. kerana, kamu mungkin tak bisa rasa, apa yang aku rasa...

Ahad, 15 Februari 2009

Peguam Menulis 5 - Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid & Jawatankuasa Kariah Masjid (Negeri Selangor) 2001

Salam semua,

Hari ini saya akan kongsikan mengenai satu undang-undang yang digubal dan dikuatkuasakan oleh Majlis Agama Islam Selangor untuk mengawal dan memantau pengurusan masjid-masjid di Negeri Selangor. Undang-undang ini dinamakan Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid & Jawatankuasa Kariah Masjid (Negeri Selangor) 2001. Kaedah-kaedah ini dibuat selaras dengan kuasa MAIS sebagai pemegang amanah semua masjid dan surau di dalam Negeri Selangor, di bawah seksyen 96 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, bertujuan untuk digunakan sebagai garis panduan oleh pihak MAIS, pegawai masjid dan AJK yang dilantik dalam menguruskan dan mengawal pentadbiran sesuatu masjid. Kaedah ini menyatakan mengenai tugas-tugas pegawai masjid iaitu Nazir, Imam, Bilal dan Sial serta AJK yang dilantik, termasuklah Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan Biro-biro yang dilantik, aturan mesyuarat, aduan dan laporan oleh Pegawai Masjid, peletakan jawatan, dll. Kaedah-kaedah ini juga memperuntukkan kuasa MAIS dalam pentadbiran masjid-masjid seperti melantik Pegawai masjid dan AJK, membatalkan dan menamatkan pelantikan dengan bersebab, (sebab-sebab ada dinyatakan di dalam kaedah-kaedah tersebut) mengaudit dan mengarahkan supaya diaudit kewangan semua masjid dan surau, serta membuat penyiasatan atas aduan yang diterima mengenai pengurusan sesuatu masjid dan surau. MAIS juga boleh mengambil alih pentadbiran sesuatu masjid dan surau atas peelanggaran sebab-sebab yang dinyatakan di dalam kaedah-Kaedah tersebut.

Antara sebab-sebab yang boleh memberi kuasa kepada MAIS untuk menamatkan jawatan seseorang pegawai atau mengambil alih sesuatu masjid adalah apabila sesuatu masjid dijadikan gelanggang politik. Penceramah-penceramah politik dijemput, bukan membincangkan mengenai isu agama dan kerohanian, tetapi isu politik termasuk kutukan kepada parti politik yang lain. Berdasarkan pengalaman saya, pertikaian dan sentimen politik yang ekstrim memberi kesan buruk terhadap pentadbiran dan pengurusan sesuatu masjid dan surau. Sampaikan ada masjid yang tidak mahu berimamkan Imam yang dilantik, disebabkan berbeza parti. Mesyuarat juga tak pernah diadakan, sebab perbezaan parti. Terkini pula, isu mengenai fahaman Wahabi, yang memberi kesan kepada pengurusan sesuatu masjid. Saya sering dihubungi oleh Pegawai Penyelaras Masjid Daerah yang menyelaraskan masjid di daerah-daerah mengenai pertikaian yang berlaku disebabkan perbezaan fahaman ini. Justeru, insyaallah, saya dan seorang pegawai MAIS, sering mengadakan program penerangan Kaedah-Kaedah ini dengan kerjasama ILDAS (Institut Latihan dan Dakwah Selangor). Ini kerana, kami merasakan keperluan untuk menjelaskan Kaedah-Kaedah ini kepada Pegawai Masjid dan AJK Masjid supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing seperti digariskan di dalam Kaedah-Kaedah tersebut.

Sebahagian Pegawai Masjid dan Penyelaras yang hadir semasa Kursus Pemahaman Kaedah-Kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah Masjid di ILDAS pada 2-3 Februari 2009 yang lalu.

Pegawai-pegawai agama Islam Bahagian Pengurusan Masjid JAIS yang turut serta dalam Bengkel pemahaman ini untuk memantapkan lagi ilmu masing-masing.

Selepas program pemahaman, saya dan rakan saya menyediakan modul isu-isu untuk dibincangkan oleh peserta di dalam sesi bengkel supaya mereka tidak hanya memahami teori, tetapi juga praktikal penyelesaian masalah di masjid berdasarkan kepada Kaedah-kaedah tersebut.

Apapun, pada saya, penguatkuasaan Kaedah-Kaedah ini, hanya akan terlaksana sepenuhnya hanya dengan sokongan daripada semua pihak, lebih-lebih lagi Pegawai dan AJK yang dilantik. Justeru, sewajarnya institusi masjid dan surau ini tidak dicampuri dengan urusan politik, tetapi diimarahkan dengan aktiviti beribadah dan menjalankan program-program agama. Kalau semua orang menerapkan perkara ini di dalam minda masing-masing, insyaallah, institusi masjid dan surau di negeri Selangor dapat diperkasa secara total. Mudah-mudahan hasrat murni ini diberkati Allah. Amin..

22 ulasan:

Azri berkata...

Salam Ustazah,

Pelik sungguh pegangan Mais. Politik dan agama tak boleh campur. Boleh tak ustazah beri dalil dalil nya. Politik = kuasa = kejayaan islam.

Issue masjid di politikan ni ada satu issue putar belit UMNO. Bila UMNO control masjid baru lah dikatakan salah guna politik untuk mati kan masjid.

Ini fahaman sekularis. Masjid untuk sembayang dan ritual sahaja.

Hati hati lah ustazah. Takut takut ustazah bershubahat mematikan masjid. Nauzubillah.

Tapi ana setuju kalau badan ini mamantau masjid tak mati, akaun tak disalah guna, mesjid keaadan terjaga bersih ceria

wallahua'lam

DrSam berkata...

salam,
lakukan yang terbaik dan ikhlas. Insyaallah.

Leenoh berkata...

Assalamualaikum.

Sdri. Nurhanisalwa.
Mauduk ini sangat baik untuk diketengahkan supaya ramai orang dapat mengetahui peranan masjid dan peranan MAIS. Saya pun telah menulis satu tajuk ringkas mengenai pengurusan masjid tetapi ianya merujuk kepada masjid di Kedah di bawah kerajaan terdahulu.

Memanglah berpolitik parti di masjid akan memberi aplikasi yang tidak baik kepada anak qariahnya tetapi hendaknya janganlah dengan sebab larangan berpolitik parti di masjid akhirnya bahagian-bahagian tertentu dilarang untuk disampaikan kepada ahli jamaah. Ajaran Islam adalah suatu panduan cara hidup, di dalamnya terkandung ilmu politik dan lain-lain berkenaan dengan kehidupan di dunia dan di akhirat. kalau Islam diibaratkan seperti baju, politik parti hanyalah seperti poketnya sahaja. Oleh itu, jika bercakap mengenai Islam secara keseluruhannya bermakna di sana tersentuh juga politik.
Pengajaran Islam di masjid perlulah disampaikan secara jujur tanpa ditambah dan dikurangkan atas tujuan tertentu.
Larangan mengaktifkan politik berparti di masjid adalah disokong tetapi jangan melarat kepada larangan berceramah dan memberi penerangan tentang berpolitik secara yang disarankan oleh Islam.
Pendeknya seluruh kandungan al.Quran dan al.hadis dan lain-lain perlulah menjadi sukatan pelajaran yang selayaknya diajar atau disampaikan di masjid.
Apa yang menjadi masalah ialah, apabila dijelaskan, diajar atau disampaikan ceramah tentang pengurusan dan pentadbiran Islam di masjid mereka yang kurang faham Islam akan mengkategorikan sebagai berpolitik parti.

Ini adalah sebahagian daripada pandangan saya mengenai masjid. Saya bersetuju dengan penjelasan di atas tetapi rasanya saya akan lebih bersetuju kalau dikatakan tiada larangan berpolitik di masjid tetapi apa yang dilarang hanyalah berpolitik parti.
Sekian.

Azri berkata...

Leenoh kata "tetapi apa yang dilarang hanyalah berpolitik parti."

Realiti di malaysia politik berparti. Ni tak boleh nak elak. Nak selindung selindung pun ramai bukan nya bijak sangat nak tafsir.

Misalnya amat jelas pemimpin UMNO tolak HUDUD. Wakil rakyat UMNO di Parlimen tolak usul hapuskan judi. Jadi pakcik makcik yang sokong pemimpin UMNO tak subahat ke? Macam mana nak berselindung tanpa sebut parti dlm ceramah ustaz ustaz?. Kena cakap direct kalu tak mereka tak faham.

wallhua'lam

Ibnu Hasyim berkata...

Lihat tulisan ini dalam blog saya, sebagai penjelasan mengenai peranan masjid dalam kehidupan..

Monday, September 24, 2007. Antara Masjid Negara KL & Masjid Huai Sheng China..

Allahu 'aklam.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

saya pling x suka kalo soal agama dicampur adukkan dalam politik. politik just politik..kalo bab agamani berkait dengan hukum ALLAH..kt sebagai khalifah sepatutnya manage kan bnda2 mcmni mengikut landasan yg btul..

Tanpa Nama berkata...

Mardhatillah,
Ini bukan soal suka atau tidak suka. ini soal aqidah, aqidah wajib dijaga, tidak kira di mana kita berada, anda kata "politik just politik" adakah boleh buat apa sahaja ketika kita berpolitik, adakah ketika itu Allah tidak melihat kita. kalau begitulah caranya bagaimana kita akan dapat mardzatillah.
Wassalam.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

to tnpa nama>

tq.sy rs anda salah fhm.mksd sy politik just politik tu..ia..bg sy politik itu untuk urusan dunia...dan kita tidak blh mencampur adukkan soal agama dan politik. Untuk membicarakan soal politik pg lah tmpat yg lebih sesuai..bkan di surau atau msjid. Sebaliknya di surau dan masjid kt mmperbnyakkan aktiviti keagamaan.mgajak golgn rmaja untuk terus mnjdi rakan msjd..terima kasih..wahualam

Azri berkata...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...politik itu urusan dunia..

kesian sungguh. anta ( anti ?) salah satu manusia yang berjaya di berus cuci otaknya oleh juak juak islam hodori..ada had..ada hari. islam cuma ritual sahaja.

politik urusan dunia?. politik jadi urusan dunia kalau tidak berpandu pada ajaran islam.

politik islam bukan untuk kejar pangkat, jadi YB lepas tu sapu project tanpa kira halal haram

politik=kuasa. kuasa diperolehi adalah untuk memimpin manusia ke jalan Allah. politik islam atas batas halal haram. Rasuah, fitnah , sexs sedekah...no way.

Macam mana boleh kita memimpin kalau tak ada kuasa. Mana munkin kita tegak kan undang islam kalau tak ada kuasa. mana mungkin kita hapus kan judi arak dan macam macam maksiat kalu tak ada kuasa politik. Mana mungkin kita beri pendidikan islam yang sempurna untuk anak anak tanpa kuasa memerintah...dan macam macam lagi kalau tak ada kuasa.

Awas ! anta akan di tanya nanti , apa sudah anta usahakan untuk menangkan islam..apa anta jawab kat malaikat..cis itu politik..ana tak campur..? Apa ana sembayang, baca koran, tahlil , baca yassin , zikir 10000 kali sehari aje boleh garentee masuk syurga ke ?


allahua'lam







to tnpa

singamaraja berkata...

Auuum

Salam ziarah

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) berkata...

to Azri
trima ksih ats peringtan anta kpd ana..mgkin ana kurg fahami isu politik ini. Mgkin lepas ini ana akan lebih cuba memahami..tp x perlulah gnakan perkataan yg kasar.(Cis! x septutnya perkataan tu kluar)..dan ana x mahu blog sahabat ana ni dijadikan perdebatan antara kita dengan perkataan yg kurg sopan.syukran.. :)

Azri berkata...

Memanglah ana sengaja tulis Cis utk bagi sikit feeling orang yang sikap sombong konon nya politik bukan urusan nya.

Amat malang lah kalau ustaz2 ustazah2 kita yang bertanggung jawab memperkasakan islam di bumi selangor ini masih kata politik tak da dlm agama

Hunny berkata...

Lama ana tak post entry. Rupanya blog ana dah semakin 'panasss'.. Terima kasih lah pada semua yang beri komen, especially Azri.

Saya setuju dengan pandangan Pak Nagh Leenoh, politik dan agama memang tak boleh dipisahkan, kerana salah satu bahagian Islam adalah politik. Mungkin sebab ana kurang arif politik, jadi istilah yang ana guna tersilap. Maaflah, sebab statement tu mengundang kontroversi. Apa yang ana maksudkan, objektif peraturan masjid itu dibuat adalah jelas, iaitu untuk menjaga kesucian institusi masjid dan surau serta mengelakkan masjid dan surau digunakan sebagai medan politik kepartian, kutuk mengutuk sesama Islam. Pendek kata, masjid sebagai institusi untuk menyatupadukan ummah dan ukhuwah Islamiyyah. Kalau dalam masjid pun orang bertikai disebabkan perbezaan politik, di mana lagi ummat Islam boleh bersatu?

Nak cerita politik/siyasah Islamiyyah, tak ada masalah, tapi bukan politik kepartian. If nak cerita politik parti, UMNO, PAS, PKR, gunalah tempat lain. Banyak platform lain boleh guna, selain masjid, kenapa mesti buat di masjid? Contohnya, tetiba blog ana pun jadi medan membahas isu politik?? Tapi ok jer.. dharurat:)Kena jelas pada yang kurang faham..

Kesian kat Azri. Azri yang begitu arif dan terror pasal politik, sepatutnya nampak benda ni dari awal. Pelaksanaan peraturan, bukan UMNO yang buat, tapi MAIS, sebuah badan Islam, not a political body. Sekarang EXCO Agama Islam Kerajaan Selangor, merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor, merupakan Timbalan Pengerusi MAIS, tak ada pulak dia ban peraturan ni? Bahkan setiap tindakan dia buat ikut peraturan juga?? Pelik ni.. Takkan pengikut setia tak tau??? :) Kalau tidak, dah tentu awal2 lagi dia dah caangkan supaya MAIS stopkan pemakaian peraturan ni.. Bahkan untuk pelantikan keanggotaan baru, kami sit down sama2 bincang pelaksanaan, walaupun mungkin ada perbezaan parti. Selesai masalah. Tak ada pulak kata undang2 tu UMNO buat, orang PAS tak nak ikut?? Tak ada pulak isu matikan masjid?? Tak ada isu fahaman sekularis?

Kalau nak cakap direct, cakaplah di tempat lain. Macam kat blog ana. Ana rasa masing2 bebas keluarkan pandangan masing2, sebab tu ana tak ban pun mana2 komen. Ana raikan pandangan orang lain. Masing2 ada hak dan kebebasan untuk bersuara. Undang-undang ada. Tapi pandangan ana, dalam konteks berpolitik, kenapa kena sempitkan untuk bersuara di masjid? Terus terang saya, melalui pengalaman saya, kalau ada waktu senggang, saya cuba merajinkan diri untuk solat jemaah di Masjid Negeri. Rasa tenang dan seronok solat di sana. Sebab yang hadir semuanya atas satu tujuan. Lillahi ta'ala.Ini sebenarnya yang cuba dikekalkan oleh pihak MAIS di masjid2 lain.


Nasihat saya pada Azri, jangan terlalu sempitkan pemikiran anta dengan beranggapan,hanya badan2 Islam yang akan dipersoalkan dan bertanggungjawab memperkasa Islam. Semua umat Islam adalah bertanggungjawab. Azri pun bertanggungjawab. Pada saya, sebab itulah, kerjasama dan networking antara kerajaan Islam dan ummat Islam adalah paling penting. Bukan hanya tahu menempelak dan mencari2 kesalahan, tetapi sepatutnya membantu mengatasi kelemahan yang ada. Di pihak MAIS, kita sentiasa berusaha untuk memartabat Islam sebaik mungkin, seberapa daya. Dan Azri,Jangan ingat perkara yang ditanya kepada oleh malaikat tidak ditanya kepada anta:)Fikir2kan.. Wallahua'alam..


Tak ada masalah untuk dipakai. Kalau orang PAS rasa pemakaian peraturan tu, tak memilih dia orang UMNO or PAS,

Hunny berkata...

Maaflah. Komen yang perenggan akhir tu terlebih sudah! Abaikan ajer..

..nOWa.. berkata...

akhirnya.. =)
saya sangat bersetuju dengan penguatkuasaan peraturan masjid ini..politik kepartian tidak sesuai diperbincang dan diperdebatkan di rumah allah..sekiranya ada kelapangan dan tiada halangan untuk jemaah atau menimba ilmu di masjid, tinggalkanlah 'ketotokan kepartian' kita dirumah buat sementara waktu..xberdosa pun..wallahualam..

Leenoh berkata...

Hani,
Pada mulanya Pak Ngah berharap entri ini akan diikuti dengan komen yang juga ilmiah, sebab itu Pak Ngah menjaga kualitinya dengan memberi komen secara rasmi dengan memulakan atau menyebut Sdri. Nurhani Salwa dan tidak menggunakan panggilan Hani atau Pak Ngah tetapi akhirnya datang komen yang begitu rupa maka harapan Pak Ngah pun terkikis sedikit.
Tetapi dengan jawapan Hani itu telah pulih semula harapan asal. Jawapan Hani Pak Ngah sokong sepenuhnya, itulah sebenarnya hakikat ajaran Islam.
Walau apapun komen yang kita terima, bagi Pak Ngah itu adalah suatu peluang kepada orang yang berilmu untuk menyampaikan dakwah kepada sasarannya. Orang yang faham kekadang tidak memahami situasi orang yang tidak faham dan sering juga menerima jawapan yang memeranjatkan.
Pada pendapat Pak Ngah , Sdri. Madhatillah ( Fatahiyyah ) dan Sdr.Azri mereka berdua sama-sama menyintai Islam bukan menyintai pemimpin, Kalaupun menyintai pemimpin biarlah kerana Allah. marilah kita sama-sama memahami ajaran Islam itu secara menyeluruh dan lebih mendalam lagi supaya pegangan kita tidak menjadi taqlid.
Syabas jawapan Hani tepat dan dapat menambahkan kefahaman tentang pentadbiran dan khasnya mengenai kefahaman Islam.Diharap akan muncul lagi entri yang berkualiti seperti ini.
Maaflah kerana memberi ulasan yang agak panjang.

Sekian. Wassalam.

Hunny berkata...

Terima kasih kepada Pak Ngah Leenoh dan Nowa atas komen masing2. Rupa2nya, ramai dok tunggu jawapan saya.. hehehe :-)Maaflah sibuk sikit. Apapun, insyaallah, program penjelasan dan pemahaman undang-undang, khususnya yang dikuatkusakan oleh MAIS, akan saya buat dengan konsisten, sama ada secara rasmi melalui seminar2 dan kursus2, atau tidak rasmi, di dalam blog saya, bertujuan untuk memberi kefahaman dan penjelasan kepada umat Islam, mengenai enakmen-enakmen dan peraturan2 yang dikuatkuasakan di negeri Selangor. Mudah2an Allah terus memberi ilham dan kekuatan kepada saya untuk terus menulis dan kepada rakan2 untuk terus berkongsi maklumat2.

Hunny berkata...

Lupa nak tulis,

Pak Ngah, nak tulis komen panjang2 pun takper.. Ini blog bebas bersuara..Azri pun..hehe..

Azri berkata...

Salam ustazah.

Mana ada komen ana kepartian. Ana bukan ahli PAS atau mana mana parti. ana penyokong islam.

ana tak kira lah siapa yang duduk kat hot seat kat Mais tu. Manusia mudah alpa bila dah dapat duduk kerusi empuk.

cerita asal nya ustazah tulis politik dan agama tak boleh campur. di sokong pula oleh Fatahiyyah. bab ni yang ana tak setuju. kalu semua dah sedar dan setuju islam merangkumi politik ..alhamdullilah tak sia sia type kat komputer buruk ni ..Allah jua yang beri hidayah.

permilihan ajk masjid pun ada politik nya juga ustazah

ustazah tulis "..Bukan hanya tahu menempelak dan mencari2 kesalahan, tetapi sepatutnya membantu mengatasi kelemahan yang ada..".

Jangan lah marah ustazah. Ana suka baca blog anti. Agaknya sebab bloggernya comel kot. Tapi bila ana baca sesuatu yang tak betul tak kan ana senyap je. kan kita kena pesan pada kebenaran. ana rasa apa yang ana pesan tu benar ..ana memang tak pandai tulis berlapik lapik takut nanti maksud nya jadi samar samar. Truth hurts.

Ana rasa sudah beri komen yang positif misal nya kenapa politik itu penting. Rasanya komen ana bukan takat buat komen aje. dlm berpesan ni ana sabar juga ustazah..mana ada tulis kotor atau bukan bukan.

Ini lah antara usaha sikit ana yang sikit ilmu ni. Ana ngeri terpikir soaalan malaikat nanti kalu ana tak tegur.

Semuga kita semua selamat dunia akhirat.

Allhua'lam

abuyya berkata...

Di sana ada perbezaan antara perkataan teguran dan nasihat. Teguran apabila di sana ada kesilapan. Nasihat lebih berbentuk umum sebagaimana hadis nabi yang bermaksud "Agama (cara hidup) itu adalah nasihat.Kemudian para sahabat bertanya,"Untuk siapa Ya Rasulallah?"Untuk Allah, RasulNya, dan umat Islam semuanya."

Nasihat saya:
Apa yang diperkatakan Sdra Azri adalah sebagai suatu teguran atas kesilapan fikrah kerana isu pemisahan agama dan politik telah dipolitikkan oleh yang kurang arif tentang erti Islam. Islam adalah satu nizom (sistem) cara hidup merangkumi semua aspek. Ia ibarat satu rumah bermula dengan asas aqidah (rukun iman) dan rukun Islam sebagai tapak rumah kemudian dilengkapi dengan dindingnya dengan balutan sistem ekonomi, sistem siasah (politik), sistem kemasyarakatan dan kebudayaan/sosial dan ditutupi dengan atap jihad (sistem jihad). Maka lengkaplah ia sebagai sebuah rumah Islam/Muslim.

Kita kena mendalami ilmu Islam, barulah kita dapat memberikan pandangan dan pendapat menurut kacamata Islam sebenar. Kalau tidak kita akan membuat suatu kesilapan pandangan bukan sahaja boleh menyebabkan orang lain terpesong malah boleh membawa dosa. Saya masih lagi terngiang dengan nasihat seorang sahabat kepada saya,"Ustaz, hati-hati dengan berblog atau komen di dunia maya...dengan satu klik anta boleh mengundang neraka atau mendapat syurga."

Suatu perkara yang perlu difikirkan, kalaulah kita hamba Allah hanya disuruh untuk beribadah semata-mata, samalah kita dengan ajaran Kristian yang akhirnya menyebabkan berlakunya fahaman sekularisme "Give to God what belongs to God, Give to Caesar what belongs to Caesar."(Berikan Tuhan hak agama, berikan Pemerintah hak memerintah/berpolitik).

Politik kepartian atau NGO Islam adalah wadah untuk mencapai kepada matlamat iaitu menjadi khalifah dan membina khilafah di muka bumi. Inilah kaedahnya kerana untuk membuat kerja Islam tidak boleh dilakukan secara individu..memerlukan jamaah atau kumpulan. Maksud firman Allah, "Hendaklah ada satu kumpulan/umat/jamaah dari kalangan kamu yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran...." Untuk melakukannya perlukan kuasa maknanya perlu dilakukan oleh pemerintah/orang yg berkuasa. Sebab itulah maksiat, murtad, zina, bunuh, letup orang dan pelbagai masalah umat Islam hari ini akibat dari yang mempunyai kuasa tidak melaksanakan perintah Allah malah perlembagaan negarapun tidak berdasarkan quran dan sunnah. Lihat kaedah usul,"Mala yatimmul wajib illa bihi fahuwa wajib.(Sesuatu perkara yang diperlukan untuk menyempurnakan suatu perkara yang wajib lain akan menjadi wajib(yang asalnya tidak wajib). " Contoh, wudhuk asalnya sunat tetapi ia menjadi wajib apabila seseorang nak mendirikan solat. Begitu juga berpolitik atau apa saja gerakan yang boleh mendapatkan kuasa pemerintahan adalah wajib bagi menegakkan negara Islam atau pemerintahan Islam bagi melaksanakan keadilan berdasarkan hukum Allah.

Hunny berkata...

salam Azri,
terima kasih atas teguran anta. Insyaallah penulisan di dalam blog ini akan saya perbaiki dari semasa ke semasa.

Hunny berkata...

Salam Abuyya,

Serangkap pantun untuk abuyya,

Lidah buaya diburu dikejar, walau payah tolong ambilkan,saya lawyer baru belajar, kalau salah tolong nasihatkan.:)

TQ atas nasihat. Banyak manfaatnya pada saya. Mudah2an penulisan saya mengundang syurga.